PART 3 : KALAU BUKAN MENINGITIS , APA PULAK SAKIT SEBENAR ?

untuk penceritaan lebih jelas, boleh rujuk di link berikut :

PART 1
PART 2



8 NOVEMBER 2015

semalaman tidur di wad, bukanlah sesuatu yang selesa bagi akak.
pastinya parents lain yang duduk di wad yang sama dengan nan ni macam tu jugak.





nan dirujuk ke pakar kanak-kanak.
sebelah kanan katil nan, ada budak perempuan dalam lingkungan umur 3-4 tahun.
semput.
menangis sepanjang malam.
kesian akak tengok ibunya..
terpaksa dukung pujuk anak sepanjang malam.



katil depan hujung belah kanan, 
budak lelaki demam denggi.
dah besar jugak..
nenek yang teman dalam wad.


ada yang baby demam kuning.
comel sangat-sangat baby tu.



alhamdulillah..
1 malam tanpa sawan berulang.
wayar melilit-lilit kat tangan nan masih ada.


semalam, bila ujian daripada lumbar puncture menunjukkan tiada kuman, 
maka doktor mula bertanya soalan-soalan lain mengenai nan.


ada pernah jatuh ? tak
kot-kotlah pernah jatuh kat sekolah, nan pun jawab takde.
doktor risau kalau-kalau pernah ada kecederaan di kepala sebelum-sebelum ni.



ada tanda lahir ?
ada.
doktor terus check.
doktor kata "owh.. ini tak berapa jelas"



akak tanya, apa kaitan tanda lahir dengan sakit nan ?
doktor kata, biasanya tanda lahir datang dengan penyakit yang diwarisi daripada keluarga sebelumnya.
first time akak dengar benda ni.
terkejut.


lalu sejarah nan daripada kecik dicungkil semula.
nan ada kembar.
lahir pra-matang (33w-34w)
nan 2nd twin.
G6PD
prolong jaundice
umur 2 bulan pernah masuk wad.
sawan demam masa kecik ? takde
perkambangan di sekolah ? ok



cerita tu diulang-ulang sehingga doktor boleh discuss sesama mereka begitu lancar macam nan tu sebahagian daripada family mereka.
akak salute bab ni.



yang best kat HSI ni..
wad selesa sangat-sangat.
doktor bagus.
nurse pun  best!


ubat nan dicucuk melalui tiub kat tangan (maaf, andai istilah salah).
ubat ni kalau masuk, memang sakit nurse kata.
boleh dilihat dari muka nan yang menahan sakit sambil tangan sebelah lagi pegang tangan yang dimasukkan ubat tu.


botol ubat tu diletakkan dalam 1 mesin.
mesin tu akan disetkan masa untuk mesin tu tolak sikit-sikit ubat masuk dalam tube kat tangan nan.
kalau set masa sekejap, sakit akan lebih sikit sebab ubat tu berasak-asak nak masuk,
kalau set masa lewat sikit... tak berapa sakit tapi lama lah pulak nak menunggu.
nurse bagi pilihan kat nan, nak sekejap ke lama ?
hahaha.. sporting nurse.
nan pilih yang lama.
biasanya bila proses masuk ubat ni, nan tidur jek.


doktor silih berganti datang.
kadang-kadang masih doktor yang sama macam semalam.
patutlah ada yang kata kerja doktor ni sangat-sangat memenatkan.
hampir 48 jam, akak masih nampak doktor yang sama.
can u imagine ?



kadang-kadang doktor suruh nan genggam tangan doktor kuat-kuat.
doktor ambik alat , ada kayu dihujungnya.
ala-ala geletek tapak kaki nan pakai hujung kayu tu.
kemudian doktor ketuk slow-slow kat lutut nan guna hammer kecik (macam hammer).
doktor tengok leher.
kemudian, mintak mata nan fokus kat objek.
doktor kata, semua OK. bagus.



kata doktor lagi, nan patient paling sihat dalam wad ni.
doktor tanya, selepas buat prosedur lumbar puncture tu, nan ok tak ?
nan kata ok dan belakang tak sakit.


kalau macam tu..
doktor suruh bawak nan jalan-jalan kat bawah.
ada taman..
tengok pokok-pokok.


ok !
nan kata nak jalan.
akak bawak turun tempat ada kedai-kedai.
ada cafe jugak kat situ.
tu dia...
nan order nasi ayam 1.
ini balas balik makan ke apa ?
tak pelah nak..
janji sihat.



akhirnya..
datang sekumpulan doktor.
kali ni, mereka kenalkan sorang doktor kat akak.
katanya ketua .
ketua apa pun akak tak  berapa nak jelas dengar.



lama yang doktor dipanggil ketua tu tengok nan.
beberapa test yang sama doktor buat sebelum ni doktor ketua buat kat nan.
dan akhirnya, doktor ketua sebut kemungkinan ini adalah epilepsi, bukan sawan akibat demam.


akak control ayu dulu.
disebabkan agak terkejut, so sikit pun akak tak tertanya kat doktor apa tu epilepsi.
macam.. haaa ??
sakit lain pulak ke ?


lepas je doktor keluar, akak terus google.
ini info awal akak dapat mengenai epilepsi.


mula-mula baca akak ok lagi.
tapi bila sampai part ubat,
rawatan komplikasi.. 
tipu lah kalau akak kata akak tak menangis.



Epilepsi adalah gangguan otak apabila sel-sel saraf dalam otak kadang-kala mengeluarkan isyarat yang luar biasa. Corak aktiviti neuron terganggu dan menjejaskan perasaan, tingkah laku dan emosi atau kadang-kala menyebabkan kejang otot dan pengsan.
Seseorang yang mengalami sawan tidak bermakna ia mempunyai epilepsi. Sekiranya seseorang kerap mengalami sawan (dua atau lebih) dikenalpasti mempunyai epilepsi.
Epilepsi tidak berjangkit dan tidak disebabkan oleh penyakit atau kemerosotan mental.
Epilepsi boleh dikawal, namun sesetengahnya sembuh dengan sendiri.
boleh baca lanjut DI SINI mengenai epilepsi.
doktor kata tak boleh balik lagi hari ni.
doktor masih nak pantau nan.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
maaf pada yang follow kisah nan melalui blog akak. 
penceritaan akak terpaksa dibuat ke part 1, part 2, part 3 dan seterusnya.
sebab.. bukan senang nak menaip sambil bergenang air mata.

PART 4 nanti akak kongsikan apa pesanan panjang lebar doktor pada akak mengenai epilepsi. dan yang paling penting , apa patut dibuat bila terjadi lagi tragedi subuh macam semalam ?


Comments

Popular posts from this blog

AKIBAT ABAIKAN TANGAN KEBAS SELEPAS BANGUN TIDUR , AKIBATNYA SARAF ROSAK DAN OTOT MENJADI KECUT

GASTRIK KRONIK . KENALI SIMPTOM DAN CARA MENGATASI.

RESEPI KEK CHEESE CONFIRM JADI TERUTAMA UNTUK BEGINNERS MACAM SAYA!!