PART 2 : LUMBAR PUNCTURE (PROSEDUR PEMERIKSAAN CECAIR SELAPUT OTAK)

boleh baca PART 1 dulu..
nak bagi clear dengan cerita macamana kami boleh sampai ke HSI ?


7 NOVEMBER 2015

selepas 2 jam perjalanan menaiki ambulans dari hospital mersing ke HSI, johor bahru,
nad admit ke wad 8D.



ikut je mana "nurse lelaki"bawak kami.. 
hadui..
akak tak tau apa namanya nak panggil  nurse macam ni,
mungkin boleh panggil abang nurse.
a,ah..
dengan nan duduk atas wheel chair, dan akhir kami tiba di dalam wad.



masa ni, nan dah tak demam sangat.
dah segar macam takde apa-apa jadi.


akak ?
masih pandang sekeliling dengan pandangan kosong.
cuma mampu baca yassin sepanjang perjalanan ke JB.



tak lama lepas kami tiba di wad,
akak tak ingat berapa ramai doktor yang interview akak.


ada yang datang sorang, ada yang sekumpulan doktor termasuk doktor pelatih kerumun katil nan.


semua soalan yang ditanya, lebih kurang sama je
"macamana keadaan nan masa kejadian yang dipanggil sawan tu"
dan akak tak dapat nak cerita semua..
bukan tak nak cerita, tapi kalau boleh tak nak ingat 2-3 minit yang sangat menyedihkan tu.


cuma terdengar perbincangan doktor,
masih lagi berlegar-legar isu yang sama.
pada umur 12 tahun tak mungkin nan kena sawan demam, walaupun masa tu nan tengah demam.


dengan bacaan darah putih yang tinggi,
demam disertai sawan, so mereka buat conclusion..
yang kemungkinan ni adalah kes meningitis.



dalam pukul 3.30 petang lebih kurang macam tu, 2 orang doktor jumpa akak.
dengan bawak phamplet.



ye..
doktor mintak permission akak untuk benarkan mereka  buat prosedur ambik air tulang belakang nan.

tujuannya,
jika betul sawan tadi disebabkan meningitis, maka kuman harus dikenalpsati sebelum nan diberi ubat yang sesuai.
cara untuk kenalpasti kuman ?
dengan cara ambik air tulang belakang atau dikenalpasti sebagai lumbar puncture.



akak boleh pillih untuk tidak membenarkan sama sekali nan diambil air tulang belakangnya.. 
so, hanya ubat secara umum sahaja akan diberi, sebab tak tau kuman jenis apa.
risikonya, keadaan nan mingkin jadi lebih teruk sebab tak dapat rawatan yang betul.



tipulah kalau akak kata akak tak pernah dengar cerita mengerikan pasal ambik air tulang belakang ni.
orang yang diambil air tulang belakangnya jadi makin teruk, lumpuh lah...sakit makin teruklah..


menyedari yang cerita-cerita begitu memang sinonim dengan kita di Malaysia, 
sebab tu doktor bawak pamplet ni masa jumpa akak.


doktor kata,
kebanyakan kes yang tak ambik air tulang belakanglah yang menyebabkan patient lagi teruk, sebab mereka tak dapat kenalpasti jenis kuman.
yang kita dengar patient akan terencat akal, tidak boleh berjalan, menjadi lembab dsb selepas diambil air tulang belakangnya.. itu asalah mitos semata-mata.


lumbar puncture ini akan memberi maklumat seperti berikut :
- untuk kajian penentuan penyakit (sama ada kanser, kuman microbiology atau serology)
- menentukan ada darah di cecair selaput otak
- menentukan ada kesekatan di saraf tunjang
- memberi ubat antibiotik atau ubat kanser
- mengukur dan menunurunkan tekanan cecair selaput otak.



sungguh..
sebelum akak sign borang membenarkan air tulang belakang nan diambil,
akak berharap keputusan yang akak buat ni adalah keputusan yang  terbaik untuk nan.
ibu mintak maaf, kalau dengan keputusan ni jugak membuatkan nan lagi teruk.
sekali lagi, akak mampu berdoa.
doa kan senjata orang mukmin.


doktor kata, pukul 4.30 petang mereka akan buat prosedur tu.
sementara tu doktor explain kat akak, bagaimana air tulang belakang tu diambil.




ye..
macam tu lah posisi nan semasa prosedur dijalankan.
akak tak dibenarkan tengok, sebab mereka bawak nan masuk ke dalam 1 bilik.
nan tak sedar pun masa doktor dok buat tu.




selesai semua proses tu, nan ditolak masuk semula ke dalam wad.
masa ni nan memang dipengsankan.
kena tunggu 6 jam macam tu , baru nan akan sedar.

kesan titik-titik belakang badan  tu adalah bekas prosedur ambik air tulang belakang  tadi..



sepatutnya nan kena baring telentang selepas prosedur ni,
tapi nan tetap tidur mengerekot macam  posisi masa prosedur dijalankan.
alahai..
masa ni tengok muka dia pun buat akak nangis.



dalam pukul 11.30 malam macam tu,
doktor maklumkan pada akak.
alhamdulillah...
tiada kuman dikesan.
syukur ya allah lepas dapat berita tu.

setelah hampir 24 jam pada 7 november 2105 ni, akak hanya mampu telan suku pau kacang merah.
itu pun mengenangkan yang akak tak boleh tak sihat waktu nan sakit.


nan , kena masuk air ..
dan masih lagi ON ubat walaupun tiada kuman dikesan.
demam masih ada walaupun suhunya tak sepanas semalam.



cepat-cepat lah nan sihat..
ibu tak sabar nak tengok nan aktif macam sebelum ni.


dan malam tu, akak tertidur sambil merenung muka nan.
sebab teringat doktor kata..
kena berjaga-jaga, takut-takut sawannya berulang semula.


akak ada sambung cerita di PART 3
so, kalau bukan meningitis, apa kata doktor mengenai sakit nan?


Comments

Popular posts from this blog

AKIBAT ABAIKAN TANGAN KEBAS SELEPAS BANGUN TIDUR , AKIBATNYA SARAF ROSAK DAN OTOT MENJADI KECUT

GASTRIK KRONIK . KENALI SIMPTOM DAN CARA MENGATASI.

RESEPI KEK CHEESE CONFIRM JADI TERUTAMA UNTUK BEGINNERS MACAM SAYA!!