PART 1 : SUBUH YANG TAK MUNGKIN KAMI SEKELUARGA LUPA

ye..
akak  simpan cerita ini dah lama..
lebih kurang 2 tahun lebih.
akak cari masa untuk  cari kekuatan, dan kongsikan kisah nan.

memandangkan ramai yang bertanya, malah ada yang PM nak tanya mengenai sakit anak..
so, akak decide untuk share dengan semua episod awal anak kesayangan sebelum disahkan menghidap EPILEPSI. 



6 NOVEMBER 2015

lebih kurang seminggu sebelum result UPSR nan  keluar, 
petang tu  nan mengadu, dia kata macam nak demam.
masa tu petang jumaat..
hari cuti, jadi rutin biasa memang berjalan-jalan.
tapi sebaik saja nan kata nak demam, kami bergegas balik rumah.
biasanya nan kalau demam, suhu badan akan jadi panas dalam masa yang singkat.


malam tu, nan masih demam.
susah nak makan ubat ?
memang dari dulu itulah nan.
nak kasi makan ubat demam pun menolak.


badan masih dijelum sepanjang malam.
suhu badan turun naik.
sepanjang malam memang kami sekeluarga tidur je di ruang tamu, 
akak tidur di sebelah nan sepanjang malam.
kali ni nan demam, tanpa batuk atau pun selsema.



7 NOVEMBER 2015

akak terjaga untuk solat subuh.
sebelum masuk ke bilik air, sempatlah tangan ni menjamah badan nan.
owh.. dah kurang panasnya.
akak bercadang solat subuh dulu sebelum kejut yang lain untuk bangun solat.


tak selesai lagi ambil wudhu,
akak macam terdengar bunyi pelik dari ruang tamu.
kalau nak mintak akak describe, sampai sekarang akak tak tau nak cakap macamana bunyinya.
macam budak kecik yang merengek, sebelum menangis panjang.
begitulah lebih kurang...


tergerak hati nak menjengah ke ruang tamu tempat nan baring.
ya allah !
dalam keadaan cermin mata akak entah  ke mana akak letak sebelum masuk ke tandas tadi,
akak terus lari  ke arah nan.


masa tu dalam kepala akak hanya terpikir,
kenapa dengan nan ?


seriously, tak tau nak buat apa.
akak mampu pangku bahagian kepala sahaja.
anak-anak yang lain dan suami akak semua terkejut gara-gara akak menjerit tak ingat sekuat mana subuh tu.


sepanjang kejadian selama beberapa minit tu..
mata nan ke atas.
kejang 1 badan.
air liur ?
tak perasan.
yang pasti, bibir biru.


selepas beberapa minit yang menyeksakan hati akak untuk tengok anak dalam keadaan seperti itu, 
badan nan dah tak sekejang tadi.
mata pun tak ke atas.
tapi ada bunyi sesuatu daripada kerongkong nan yang mampu  buat bulu roma akak tegak masa tu.
selepas bunyi tu, nan tarik nafas sekali dan terus badannya lembik.
ye.. tarik nafas yang cukup panjang, macam ala-ala orang berlakon sebelum meninggal dalam TV tu.


apa akak mampu buat ?
takde apa-apa..
sedih.. cukup sedih.
rasa macam hati dihiris-hiris masa tu.


akak mengucap dah kat telinga nan.
dalam hati masa tu cuma terdetik " macam ni ke akhirnya nan ? anak aku dah takde ke ?"
walaupun masih macam tak percaya.



syaza menangis tengok keadaan adiknya.
akak ?
tuhan aje yang tau masa tu dalam hati akak macamana.


tak tunggu lama, 
suami akak kata "kita pergi hospital sekarang"


kami capai apa aje yang ada ..
terus ke emergency.
entah berapa kelajuan kereta suami akak bawak pun akak tak sedar.
tau-tau kami dah sampai depan hospital.
mujurlah allah mudahkan urusan kami, waktu subuh macam tu tak banyak kenderaan  di jalanraya.
tambahan pulak jarak antara rumah kami dengan hospital taklah jauh mana.
ada dalam lebih kurang 5 km.


sepanjang perjalanan,
nan tak sedar.
abang kembar serta kakaknya sentiasa panggil nama nan.
tapi nan masih takde respond.


kami sampai di emergency,
doktor interview akak.
apa terjadi masa tu.
maaf..
akak sendiri tak boleh nak cerita secara detail.
tak ingat apa  pun  keadaan sebenar masa kejadian tu.
kami panic !



doktor ambik darah nan.
masuk air.
masuk ubat (kalau tak silap).
nan masih demam, tapi tak sepanas malam semalam suhunya.


doktor tanya lagi
"anak pernah kena sawan sebelum ni ?
akak jawab "tak"


nan bukak mata sekejap,
dan dia respond bila doktor tanya nama dia siapa.
alhamdulillah..
itu dah buat akak bersyukur panjang.
nan tak sedar apa jadi pagi tadi, sempat akak tanya pada dia bila dia bukak mata sekejap.
dan lepas tu nan terus tidur..
macam kepenatan sangat-sangat.



lepas 2 jam, doktor panggil akak masuk ER.
doktor kata, nan demam.
tapi dengan umur nan yang 12 tahun, tak mungkin nan kena sawan demam.
result darah ?
darah putih nan tinggi sangat dan jika begitu dikhuatiri ada jangkitan kuman.



jadi, doktor suspek nan kena meningitis.
sebab takde sejarah sawan sebelum ni, dan dipengaruhi oleh keputusan darah yang tak berapa menggembirakan.


Meningitis is an inflammation of the membranes (meninges) surrounding your brain and spinal cord. The swelling from meningitis typically triggers symptoms such as headache, fever and a stiff neck. Most cases of meningitis in the U.S. are caused by a viral infection, but bacterial and fungal infections are other causes.


ye..
air mata akak bergenang masa ni  hanya menunggu tumpah.


pukul 11, akak dan nan  naik ambulance ke hospital sultan ismail.
kira-kira 2 jam perjalanan dari mersing.


akak ke sana sehelai sepinggang, tanpa bawak walau sepuluh sen pun.
dalam kepala, kosong masa ni..
suami menyusul naik kereta kemudian, sebab uruskan anak-anak yang lain.


1 keputusan yang amat berat untuk akak buat ketika di HSI.
nak tau apa dia ??
akak sharekan di PART 2 nanti.


ni gambar nan 10 hari selepas tragedi subuh yang kami sekeluarga takkan lupa sampai bila- bila








Comments

Popular posts from this blog

AKIBAT ABAIKAN TANGAN KEBAS SELEPAS BANGUN TIDUR , AKIBATNYA SARAF ROSAK DAN OTOT MENJADI KECUT

RESEPI KEK CHEESE CONFIRM JADI TERUTAMA UNTUK BEGINNERS MACAM SAYA!!

GASTRIK KRONIK . KENALI SIMPTOM DAN CARA MENGATASI.