Posts

Showing posts from March, 2018

PART 3 : KALAU BUKAN MENINGITIS , APA PULAK SAKIT SEBENAR ?

Image
untuk penceritaan lebih jelas, boleh rujuk di link berikut :

PART 1
PART 2



8 NOVEMBER 2015

semalaman tidur di wad, bukanlah sesuatu yang selesa bagi akak.
pastinya parents lain yang duduk di wad yang sama dengan nan ni macam tu jugak.





nan dirujuk ke pakar kanak-kanak.
sebelah kanan katil nan, ada budak perempuan dalam lingkungan umur 3-4 tahun.
semput.
menangis sepanjang malam.
kesian akak tengok ibunya..
terpaksa dukung pujuk anak sepanjang malam.



katil depan hujung belah kanan, 
budak lelaki demam denggi.
dah besar jugak..
nenek yang teman dalam wad.


ada yang baby demam kuning.
comel sangat-sangat baby tu.



alhamdulillah..
1 malam tanpa sawan berulang.
wayar melilit-lilit kat tangan nan masih ada.


semalam, bila ujian daripada lumbar puncture menunjukkan tiada kuman, 
maka doktor mula bertanya soalan-soalan lain mengenai nan.


ada pernah jatuh ? tak
kot-kotlah pernah jatuh kat sekolah, nan pun jawab takde.
doktor risau kalau-kalau pernah ada kecederaan di kepala sebelum-sebelum ni.



ada tanda lahir ?
ada.
doktor t…

PART 2 : LUMBAR PUNCTURE (PROSEDUR PEMERIKSAAN CECAIR SELAPUT OTAK)

Image
boleh baca PART 1 dulu..
nak bagi clear dengan cerita macamana kami boleh sampai ke HSI ?


7 NOVEMBER 2015

selepas 2 jam perjalanan menaiki ambulans dari hospital mersing ke HSI, johor bahru,
nad admit ke wad 8D.



ikut je mana "nurse lelaki"bawak kami.. 
hadui..
akak tak tau apa namanya nak panggil  nurse macam ni,
mungkin boleh panggil abang nurse.
a,ah..
dengan nan duduk atas wheel chair, dan akhir kami tiba di dalam wad.



masa ni, nan dah tak demam sangat.
dah segar macam takde apa-apa jadi.


akak ?
masih pandang sekeliling dengan pandangan kosong.
cuma mampu baca yassin sepanjang perjalanan ke JB.



tak lama lepas kami tiba di wad,
akak tak ingat berapa ramai doktor yang interview akak.


ada yang datang sorang, ada yang sekumpulan doktor termasuk doktor pelatih kerumun katil nan.


semua soalan yang ditanya, lebih kurang sama je
"macamana keadaan nan masa kejadian yang dipanggil sawan tu"
dan akak tak dapat nak cerita semua..
bukan tak nak cerita, tapi kalau boleh tak nak ingat 2-3 minit yan…

PART 1 : SUBUH YANG TAK MUNGKIN KAMI SEKELUARGA LUPA

Image
ye..
akak  simpan cerita ini dah lama..
lebih kurang 2 tahun lebih.
akak cari masa untuk  cari kekuatan, dan kongsikan kisah nan.

memandangkan ramai yang bertanya, malah ada yang PM nak tanya mengenai sakit anak..
so, akak decide untuk share dengan semua episod awal anak kesayangan sebelum disahkan menghidap EPILEPSI. 



6 NOVEMBER 2015

lebih kurang seminggu sebelum result UPSR nan  keluar, 
petang tu  nan mengadu, dia kata macam nak demam.
masa tu petang jumaat..
hari cuti, jadi rutin biasa memang berjalan-jalan.
tapi sebaik saja nan kata nak demam, kami bergegas balik rumah.
biasanya nan kalau demam, suhu badan akan jadi panas dalam masa yang singkat.


malam tu, nan masih demam.
susah nak makan ubat ?
memang dari dulu itulah nan.
nak kasi makan ubat demam pun menolak.


badan masih dijelum sepanjang malam.
suhu badan turun naik.
sepanjang malam memang kami sekeluarga tidur je di ruang tamu, 
akak tidur di sebelah nan sepanjang malam.
kali ni nan demam, tanpa batuk atau pun selsema.



7 NOVEMBER 2015

akak terjaga…