RESEPI TELUR REBUS TIGA SUKU MASAK

amboi ! amboi !
kemain..
pergi hotel, kopitiam menu ni kau order ye!
lepas ni buat je sendiri kat rumah.
😅
.
.



TELUR 3 SUKU MASAK

caranya mudah yahamat !!

.
.
1. didihkan air dalam periuk.
2. tutup api dapur.
3. masukkan telur yang bersuhu bilik ke dalam periuk tadi.
4. peramkan telur selama 9 minit di dalam periuk.tutup periuk.
5. keluarkan telur
6. hidangkan dengan kicap berserta lada sulah.
.
.
mulakan suapan dengan bismillah.

.
.
lepas ni jangan malas-malas dah nak buat sendiri ye menu ni.
ada jugak saya terbaca cadangan rakan-rakan di FB.
katanya , beli je bekas untuk rendam telur dalam air panas di DIY.
ok.. nanti kita pi cari yea.
.
.
kalau saya prefer telur 3 suku masak.
yang sukakan telur setengah masak, boleh lah rendamkan telur tu dalam air panas  7 minit sahaja.

ikut lah selera masing-masing ye !



Comments

Popular posts from this blog

AKIBAT ABAIKAN TANGAN KEBAS SELEPAS BANGUN TIDUR , AKIBATNYA SARAF ROSAK DAN OTOT MENJADI KECUT

RESEPI KEK CHEESE CONFIRM JADI TERUTAMA UNTUK BEGINNERS MACAM SAYA!!

GASTRIK KRONIK . KENALI SIMPTOM DAN CARA MENGATASI.