RESEPI BOTOK-BOTOK IKAN PALING MUDAH NAK BUAT


botok-botok ikan warisan negeri johor ni adalah sejenis lauk yang mampu buat akak makan 2-3 pinggan..
awas !
kalau tak nak jadi macam akak baik berhenti baca entry ni sampai sini jek.
hahaha...

ok..
yang berani, sila teruskan pembacaan.

akak nak bagi resepi terus.
make sure korang buat tau.
rugi lah dah dapat resepi tapi tak buat.

STEP 1 : PES BOTOK-BOTOK
blenderkan bahan-bahan berikut :
bawang merah
bawang putih
lengkuas
serai
halia
lada kering
serbuk kari
kerisik
berserta sedikit air asam jawa + garam +gula + perasa


sebelum letak kerisik dengan serbuk kari

ready untuk di blender.




STEP 2 : DAUN-DAUN DIGUNTING
gunting kecik-kecik daun pucuk ubi, daun kesum , daun kunyit.
(ada orang letak daun yang berbeza daripada resepi akak)
terpulang lah ye..
tapi 3 ni basic lah..
kalau takde tak best gitewww !!


dalam banyak-banyak duan ni, akak paling suka pucuk ubi. biasanya ratio pucuk ubi melebihi daun-daun lain.

sebelum gunting tu basuh siap-siap daun-daun ni.
lepas gunting, gaulkan semua sekali daun-daun.




STEP 3 : BUNGKUS BOTOK-BOTOK
bersihkan daun pisang.
susun macam nak bungkus nasi lemak.
letak kan pes botok-botok tadi di di daun pisang.
next, letakkan daun-daun yang dah digunting tadi.
kemudian letak ikan.



ni akak buat sebungkus, 1 potong ikan sebab daun pisang koyak-koyak dah..



lepas tu lapiskan sekali lagi dengan daun-daun dan  last sekali layerkan dengan pes botok-botok.

paling sedap kalau guna ikan tenggiri.
kalau tak ada boleh jugak ganti dengan ikan kembung.
tapi kali ni akak pakai stok ikan sedia ada kat rumah, ikan uji rashid (ikan mata besar).
pun sedap tauuu !!

dalam 1 bungkusan tu just  nice kalau letak 2 potong ikan je.
kalau banyak-banyak takde feel bukak bungkusan baru bila makan nanti.
hahaha...
ok ! siap untuk dibungkus. 
maaf, skill membungkus akak ke laut.
so , akak tak snap pic lah ye..
asalkan jadi macam ala-ala bungkus nasi lemak tu kira jadiklah !


STEP 4 : KUKUS BUNGKUSAN BOTOK-BOTOK
kukus lah sehingga ikan masak.
pandai-pandailah agak ye masa steamer masing-masing


susun elok-elok bungkusan tadi dalam steamer.


STEP 5 : SEDIAKAN NASI PANAS
bila nak makan nanti, baru lah bukak bungkusan botok-botok tu..
makan dengan nasi panas memang confirm tak angkat kepala dah masa makan nanti.


malu-malu pulak ikan tu .. taraaa.. siap untuk dimakan.
kena pulak daun-daun tu dicicah dengan pes botok-botok yang sedap tu..
pergh !!!
akak menaip ni pun boleh telan air liur teringat botok-botok ni.



STEP 6 : SEDIAKAN SET KURUS MAMPU MILIK SHAKLEE
lepas habiskan 3-4 pinggan, jangan buat-buat lupa atau terkejut bila berat makin naik , especially bila repeat resepi akak ni 2-3 kali dalam seminggu.
kan ??



kalau nak makan botok-botok, boleh cuba resepi akak,
tapi kalau nak set kurus shaklee akak boleh tolong belikan
hehehe..

www.wasap.my/60137755256







Comments

Popular posts from this blog

AKIBAT ABAIKAN TANGAN KEBAS SELEPAS BANGUN TIDUR , AKIBATNYA SARAF ROSAK DAN OTOT MENJADI KECUT

GASTRIK KRONIK . KENALI SIMPTOM DAN CARA MENGATASI.

RESEPI KEK CHEESE CONFIRM JADI TERUTAMA UNTUK BEGINNERS MACAM SAYA!!