BUKU YANG MACAMANA MESTI KITA BACA ATAU YANG SEPATUTNYA KITA BACA ? MESTI BACA ENTRY KALI NI..


dah lama akak tak beli novel.
sejujurnya mula-mula akak layan jugak cerita novel "kahwin paksa - tak suka jadi suka- tiba-tiba muncul watak antagonis yang macam dah takde hero/ heroine selain pasangan suami isteri ni"

dan plot creita yang sama dilihat berulang-ulang kali diulang dalam drama bersiri mahu pun movie yang berbeza-beza tajuknya.
imagine ?
ada sedikit kebosanan di situ and i want something different.

mula-mula yang jadi seronok tu lama-lama boleh jadi jemu juga...
mintak maaf..
ni pandangan peribadi akak.
tak mewakili majoriti penonton malaysia yang masih suka cerita sebegini (berdasarkan rating).


so, lately memang genre buku yang akak layan agak berbeza.
konon nak lari daripada jalan cerita yang kta boleh agak endingnya.



tu yang beli buku ramlee awang murshid.
saiful nang.
mat luthfi.
dan yang terbaru yang akak suka baca ialah hasil karya Shah Ibrahim.


serius.
korang kena cuba baca buku ni.

akak suka macamana penulis melihat sesuatu dari aspek berbeza.
benda yang simple-simple..
tapi tak sama macam apa yang kita pikirkan.

tapi patut lah kan...
dr shah ibrahim kot dia punya penuli.
bukan calang-calang orang ok !

maybe buku-buku macam ni buku-buku ala-ala hipster lah kot budak-budak sekarang panggil !
hahaha..
maaf sekali lagi kalau salah penggunaan perkataan hipster dalam situasi ni.


tak susah nak dapatkan bekalan buku- buku ala-ala macam shah ibrahim ni.
kalau kat popular ada rak khas untuk buku-buku jenis macam ni.
akak suka......
kebanyakannya ditulis berdasarkan pengalaman dan pandangan SEBENAR penulis.
seiring dengan usia, penulisan macam ni lebih touching bagi akak berbanding fiksyen semata-mata.



Comments

Popular posts from this blog

AKIBAT ABAIKAN TANGAN KEBAS SELEPAS BANGUN TIDUR , AKIBATNYA SARAF ROSAK DAN OTOT MENJADI KECUT

RESEPI KEK CHEESE CONFIRM JADI TERUTAMA UNTUK BEGINNERS MACAM SAYA!!

GASTRIK KRONIK . KENALI SIMPTOM DAN CARA MENGATASI.