Posts

Showing posts from June, 2012

BILA DEMAM ITU DATANG LAGI...

Image
zaman masa study dulu2, tengok citer "cinta 3 musim" aku DEMAM, masa "gemersik kalbu" aku DEMAM jugak... kali nie , tengok "dejavu di kinabalu" lagilah aku DEMAM...
tak guna citer banyak...layankan jer post orang tengah demam kali nie...





WATER BALL!

Image
Gara - gara hajat "kami bukan nak tengok buayalah pakcik. kami nak masuk rumah hantu jer" tak kesampaian ,  maka kami release tension kat sini jer...
satu orang , RM3 (tak kira kanak2/dewasa) untuk tempoh 10 minit sahaja.. enjoy betullah ... especially untuk budak2 yer.. bila water ball tu dah dicampak ke dalam air (dengan kita sebagai isi kat dalam ball tu), maka suka hati kitalah nak tergolek terlentang dalam ball tu. cer tengok afiq nan punya gaya ... (jangan lupa buat gaya ala-ala hamster dalam bola) macam budak 2 orang nie... :D

syok kan! bagi yang dewasa, sila bersopan yer nak naik water ball nie sebab banyak mata yang merhati... seganlah wei... pastikan, jangan pakai baju nak "ala2 nak ke kenduri kahwin" tau jika nak buat aktiviti nie, sebab keadaan dalam bola nie tersangatlah panas.. tak de udara langsung... ini keadaan afiq nan sebaik sahaja keluar daripada water ball tu. BASAH KUYUP!



tak nak balik lagi???? dah berapa RM dah  melayang nie? nak main tembak2..…

KUALA PERLIS LAGI????

Image
pergh... boring giler... weekend cuti 3 hari dok terperap kat rumah jer... at last, kami decide nak pergi kuala perlis. anak2 terus tak setuju. kata mereka "laaaa... Kuala perlis lagi ke ayah!".  si ayah senyap jer, lalu saya menyampuk " jom! kita tengok tempat yang kena ombak dan air pasang besar  masa cuti sekolah hari tu". barulah kendur sikit kerutan di dahi anak2 selepas dengar janji saya tu... (haaa.... menjadi taktik kali nie)
so, dari jitra, kami mulakan perjalanan selepas asar. konon2nya, nak tengok sunset sama (alah.. setiap kali pergi kuala perlis itulah alasan kami). untuk melihat kesan ombak besar dan air pasang besar  kami kena guna jalan dalamlah. so, kena masuk megat dewa, kerpan, sanglang dan sg. baharu (hehehe... jika tak silaplah yer... jalan guna GPS mana nak ingat nama jalan bagai kan!). lalu jalan kg. nie syoklah sikit.. suasana di kg. sejuk jer.. cuma 1 jer yang menakutkan. jalan sempit, sebelah jalan tu sungai/tali air lebar2 dan nampak seper…

GURU PENOLONG KIRI.

Image
Melihat si anak2, beria2 membungkus hadiah sempena hari guru baru2 ini.
si ayah : Banyaknya hadiah untuk cikgu yang akak nak bagi? berapa orang              cikgu akak nak bagi sebenarnya nie?
si anak : Banyaklah ayah.. cikgu akak kan banyak. akak nak bagi cikgu BM,             BI,Math,Sciense, Agama dengan cikgu penolong kanan?
si ayah : cikgu penolong kanan ajar akak ke ?
si anak : ajar.. tapi sekejap jer...
si ayah : cikgu penolong kiri tak nak bagi? (sajer nak uji anaklah tu)
si anak : cikgu penolong kiri tak ajar akak lah...nak bagi hadiah macamana?
si ayah : ????????? (hahaha..............  dalam hati jerlah) 

* si ayah = my husband * si anak = my daughter


HEHEHE.. SOPAN SANGATLAH PULAK!

Image
menyampaikan sesuatu yang "kurang enak" tetapi menggunakan bahasa yang penuh berhemah...