SUSAHNYA NAK MENGGEMBIRAKAN HATI SEMUA ORANG...


Aduhai hati... gundahnya tiada siapa yang tahu. hati sendiri gembira, tapi kalau hati orang lain tak suka, tiada maknanya "kegembiraan" itu. bukan mudah untuk orang lain menerima pepatah " rezeki jangan di tolak, musuh jangan di cari". hakikatnya, rezeki yang diterima dipersoalkan orang lain, musuh pulak seolah-olah dipangil-panggil. alahai hati... bersabarlah....

"sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa". malangnya, yang binasa bukanlah yang empunya mulut. mulut yang membinasa pun berdiam diri enggan membetulkan keadaan. yang empunya badan terpaksa menadah telinga dan menebalkan muka angkara empunya mulut yang seolah-olah tiada apa yang berlaku. kalau santan binasa disebabkan pulut, pulut bolehlah di makan juga, kalau badan binasa disebabkan mulut, takkan nak dicilikan mulut juga?

semoga menjadi renungan dengan apa yang telah berlaku. membuat perubahan untuk kali pertama memang sukar, tetapi apa salahnya muhasabah semula diri. yang penting sekali jangan jadi seperti "masuk bakul, angkat sendiri"


Comments

  1. kadang salah seorang kena mengalah. biar lah kalah asal boleh kembali gelak berdekah :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

AKIBAT ABAIKAN TANGAN KEBAS SELEPAS BANGUN TIDUR , AKIBATNYA SARAF ROSAK DAN OTOT MENJADI KECUT

RESEPI KEK CHEESE CONFIRM JADI TERUTAMA UNTUK BEGINNERS MACAM SAYA!!

GASTRIK KRONIK . KENALI SIMPTOM DAN CARA MENGATASI.