Posts

Showing posts from June, 2011

AKHIRNYA.....

Image
Puas hati.. akhirnya berjaya juga nak buat header yang transparent. owh... kengkawan nak tau macamana ?? aduh.. susah gak nak cerita. apa2 pun boleh try refer kat sini dan saya dah berjaya buat pun di http://fundamentalsofaccounting.blogspot.com. untuk blog yang ni, next time yaa.... kesuntukan waktu sudah...
tidaklah secantik dan sekreatif blogger lain tapi bolehlah dibanggakan sebagai permulaan. tqvm ya ieyza....



SUSAHNYA NAK MENGGEMBIRAKAN HATI SEMUA ORANG...

Image
Aduhai hati... gundahnya tiada siapa yang tahu. hati sendiri gembira, tapi kalau hati orang lain tak suka, tiada maknanya "kegembiraan" itu. bukan mudah untuk orang lain menerima pepatah " rezeki jangan di tolak, musuh jangan di cari". hakikatnya, rezeki yang diterima dipersoalkan orang lain, musuh pulak seolah-olah dipangil-panggil. alahai hati... bersabarlah....
"sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa". malangnya, yang binasa bukanlah yang empunya mulut. mulut yang membinasa pun berdiam diri enggan membetulkan keadaan. yang empunya badan terpaksa menadah telinga dan menebalkan muka angkara empunya mulut yang seolah-olah tiada apa yang berlaku. kalau santan binasa disebabkan pulut, pulut bolehlah di makan juga, kalau badan binasa disebabkan mulut, takkan nak dicilikan mulut juga?
semoga menjadi renungan dengan apa yang telah berlaku. membuat perubahan untuk kali pertama memang sukar, tetapi apa salahnya muhasabah semula diri. yang penting se…