Posts

Showing posts from March, 2011

TIDUR

Image
tidur.....

satu anugerah tuhan kepada manusia selepas penat bekerja pada siang hari.. tapi...

bila banyak tidur...
badan jadi lemah,kerja banyak tak siap, mengundang banyak penyakit. tempoh paling ideal untuk tidur ialah 7-8 jam.

bila kurang tidur...
otak tak dapat fokus kepada sebarang pekerjaan, emosi terganngu, melemahkan antibodi dan bagi orang perempuan takut mata lebam katanya.

bila susah nak tidur...
dipanggil jugak sebagai insomnia. bawak2lah berubat kalau dah kena penyakit nie.

sebelum tidur...
jangan lupa baca doa tidur. moga2 tidur pun Allah bagi pahala.


KISAH NECK TIE

Image
2011, afiq dan nan dah masuk tahun 2. maksudnya, dah 8 tahun dah...nak dijadikan cerita, sekolah mereka wajibkan pelajar lelaki memakai neck tie. mula2 dioarang pakai zipper tie, tp jenis ni tak tahan lama. so , kitaorang beli yang jual kat sekolah. kali nie ready made tie, bagi lekat jer, tp yang ini saiznya terlalu besar ngan afiq nan. tak sesuai gak. maka, terpaksalah kami belikan neck tie serupa macam neck tie orang2 tua tu... maka, ayah diaorang lah yang jadi mangsa pakaikan neck tie ni setiap pagi. ibu tak ambik bahagian dalam acara mengikat neck tie pagi2... tak sempat ler...huh! alasan kan! ntah ...macamana... semalam, terdetik pulak dalam hati nak belajar sendiri macamana nak ikat neck tie nie. sombong... tak mau belajar ngan ayah diaorang, sanggup tengok youtube. huh... akhirnya... selepas 1 jam , ibu diorang yang memang lemah bab2 teknikal nie berjaya mengikat neck tie seperti orang putih tu buat... ooo... senang je rupa2nya...kalu tau senang macam nie, dah lama belajar...hah…

ALAHAI MAT GEBU...

Aduh Mat gebu... awat tak tunjuk muka? seperti yang bloggers lain kata, dapat tengok jari
ngan dagu mat gebu jadilah!anyway, resepi Mat gebu yang simple tapi semuanya lazat2 belaka memberikan inspirasi untuk mempelbagaikan masakan untuk family. tapi bab decoration Mat gebu memang tak boleh lawan. cayalah.!!!!!

PAU SERAT

Image
kita biasa dengar roti berserat?  tapi pernah dengar tak mengenai PAU SERAT? 
ermmm...  sedap tau...
kegebuannya mengalahkan pau biasa. 
tak caya?  tengok gambar kat atas...
rupanya walaupun tak putih mulus macam pau biasa, tetapi... ermmm.... sedaplah... kena cuba tau!
so sesape yang nak cuba, PAU SERAT ni ada di jual di RnR Gurun (menghala ke selatan ada yang menghala ke utara pun ada gak). 
RnR lain tak pastilah pulak ada jual ke tak PAU SERAT nie. 
peniaga nie bukan setakat jual PAU SERAT jer tau, kebab pun dia ada jual gak.

PAU SERAT ni datang dalam pelbagai inti. 
tapi kitaorang hanya beli inti sardin, ayam ngan daging jer. setakat semalam, harga pau yang berintikan inti2 di atas, hanyalah berharga RM1.40/biji. 
ada gak inti2 lain..yang paling penting, antara 3 inti yang disebut tadi, inti daging adalah yang paling sedap sehingga menjilat jari..... 
kena beli lagilah nampak gayanya kalau macam nie...

anak-anak elok makan pau ni sebab mengenyangkan
anak-anak yang takde selera makan macamana pula…

PLEASE TREAT CATS NICELY!

Image
comel kan ? kalau kucing secomel nie, dah lama pulak tu kita bela, tetiba hilang... mesti kita teringat-ingatkan... macamana dia nak makan? yelah! selama nie kita kasi dia makan dalam mangkuk, makanan pun kita tuangkan, bila2 masa nak makan makanan semuanya dah terhidang, sekurangnya seminggu sekali mesti kena mandi... macamanalah dia nak hidup sendiri kat luar sana kan?2 hari lepas, macamanalah kucing kami boleh keluar dari rumah.. sedar tak sedar buka2 je sliding door depan, dia ada molek duduk kat depan pintu....luar rumah pulak tu... fuh! nasib baik dia tak keluar pintu pagar. kalaulah hilang mau syaza, afiq dan nan menangis beramai2.... dah macam keluarga sendiri rasanya.bayangkan, macamana "kalau" ada orang yang tergamak bunuh kucing ni ? bukan "kalau" ada tp memang ada pun kan... macam kes amoi kat serdang tu bunuh anak kucing ngan payung siap campak ngan pijak lagi... di manalah rasa belas kasihannya pada masa tu.. so bloggers lain be nice to cat ok!

POPULAR BUAT SALE!

Image
rasa2nya macam baru semalam anak2 masuk sekolah, rupa2nya dah pun selesai ujian bulan februari,esok pulak start cuti sekolah.
selain terpaksa menghabiskan homework diaorang sepanjang cuti sekolah nie, banyak benda lain yang ibu dah plan nak buat sepanjang cuti sekolah nie.
antaranya,


jom kita ajak ayah p sini... kita tengok buku apa yang murah....
blogger lain kalau nak apply member card, tak perlu pergi ke kedai. boleh terus apply online. jimat dan mudah kan! keistimewaannya, members boleh dapat 10% diskaun untuk semua belian kecuali barang2 tertentu. dan kalau bernasib baik, kengkadang members akan dapat rebat lebih 10% untuk barangan terpilih. ...murah tu...so, apa tunggu lagi??? jom kita serbu popular kat star parade, alor star...

LAICIKANG JALANAN

Image
sedap dan murah!!! itu jaminan yang kami berani beri jika anda makan laicikang versi "laicikang jalanan" ni... kat mana nak beli? laicikang jalanan ni ada kat jitra, opposite the post office.kalau boleh jumpa post office jitra, mest boleh jumpa gerai tepi jalan ni... 1 mangkuk laicikang tu hanya RM1 jer...berani cuba? jom mai jitra.. sambil tu tengok aksi afiq dan nan menkmati kelazatan laicikang jalanan nie...

3 GENERASI.

Image
lama-lama tengok gambar yang dah lama terperuk dalam laptop nie, baru terperasan, 1 gambar 3 generasi rupanya.... mana datang angka 3 tu pulak? yealah.. daalm 1 gambar, ada atuk, anak dan cucu. 3 generasi lah kan namanya tu?
hehehe... kalau nak tunggu sampai generasi ke-7 macam keturunan mahsuri tu mesti lagi hebat kan? blogger lain kalau ada dalam 1 gambar tu sampai 5/6 generasi may be boleh share kat sini sama...tersangat2lah dialu2kan...