Followers

Tuesday, September 13, 2016

SOKONGAN KELUARGA PENTING. APATAH LAGI BILA BERBISNES SAMBIL BEKERJA.


apa je kita buat.
kerja..
bisnes..
semuanya kena ada sokongan keluarga.


saya ?
of course lah sokongan padu dari encik suami a.k.a abang despatch saya ni membantu sangat-sangat.


normally kalau warga mersing mintak COD shaklee... 

port paling famous untuk dijadikan lokasi pertemuan ialah depan KFC. 

tak pun kat kedai kasut sebelah KFC.. 
atau kat tempat parking depan public bank dekat depan KFC. 

hahaha.. nak jugak ada KFC kan sebab senang nak cari..

barang ambik dari mana ? 

samada saya beli online dr shaklee2u.com.my atau..
saya pergi sendiri ambik stok kat JB. 

biasanya.. abang handsome dalam gambar nilah yang jadi mat despatch setia.. ambik stok kat JB. 

COD kat customer..
tolong hantar parcel kat pos laju.

so far.. takdelah susah sangat nak mengendalikan stok2 di tangan ni.. 

atau bila nak tambah stok  ?

sebab rekod menunjukkan.. 
kalau order online pagi2 hari ni.. 
esoknya dapat dah barang kalau hari bekerja.


dan kalau ada yang nak cepat.. 

saya mintak tolong shaklee poskan terus pada customer.. 
very the peanut !!!

kalau saya yang nak pos lajukan pada customer .. 
abang despatch handsome ni jugaklah yang tolong beratur bagai di post office...
terima kasih banyak-banyak suami ku.



sokongan keluarga dalam perniagaan


terima kasih banyak2 ye ...
kadang2 awak bos.. 

kadang2 awak juga despatch.. 
kadang2 awak jugak abang posmen..

happy father's day.. (belated wish selepas beberapa bulan.. :D)



Memula join bisnes shaklee..
Suami pun tak perasan kot !!
Sebab tiada urusan pos mengepos yang saya buat.
Tiada urusan COD diluar dr kawasan tempat kerja.
sebab masa mula-mula tu.. cari customer di kalangan kawan-kawan jea.

Tak ada simpan stok pun kat rumah.
Takde apa yang luarbiasa masa ni.

Kalau ada yg perlu pos barang pun...
Shaklee yg poskan.
Saya ?
Duduk senyap2 kat rumah sebab semua pun order melalui email (pada masa itu sebab takde order melalui website macam sekarang) atau call terus shaklee.

Kemudian..
Dia mula pelik.
Sebab setiap tengah bulan saya kata 
"jom .. bawak anak2 makan luar. Hr ni bonus masuk ".
Haa.. jeng..jeng..jeng.. masa ni dia dah mula curiga dan tertanya-tanya (agaknya lah sebab dia jenis cakap dalam hati.. kita sendiri-sendiri paham).

Masa tu..
Strateginya ialah "biar suami yang tanya kita buat apa sebab kita tak mau cerita"
Aci dak ???
Sebab takut2 nak tau penerimaan dia macamana masa tu.


Misi tu berjalan lancar..
Sampailah sekarang..
Room mate kitalah yang tolong COD barang.
Dialah yang tolong poskan.
Dia jugaklah yang tolong hantar kita  ke shaklee jb ambik stok  sebab ada customer nak barang cepat.


Walaupun tak pernah cakap apa2..
Jauh di sudut hati..
Saya tau dia xde halangan bila saya berbisnes cara macam ni.

Sebab..
Saya masih di rumah.
Anak2 masih di depan mata.
Kerja rumah pun settle macam biasa.

jatuh bangun dalam hidup ?
dalam bisnes ?

kalau tak betul-betul kuat..
dah lama saya surrender

pernah berbulan langsung takde sale.
pernah jugak customer order .. tapi cancel last minute.
pernah jugak customer blame kita sebab kebergantungan dia pada shaklee ? ..eh..eh.. ada tau !


apa pun..
hati kena kuat.
kena tabah.
tekad nak berjaya mengatasi segala..
dengan harapan kerja hakiki kena extra mantap sama !!
supaya gaji yang diterima berkat.
itu PENTING !!


sokongan keluarga dalam perniagaan




kebalkan diri dengan ilmu financial management jugak..
supaya tak tersungkur akibat dek poor financial management.
modal kemana.. untung ke mana..

apa-apa pun..
family comes first.
itulah penguat semangat tatkala jatuh.
tatkala bangun.. 
konsepnya mudah "jangan jadi kacang lupakan kulit"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...