Followers

Saturday, November 28, 2015

MASALAH BAU BADAN ? FAKTOR DAN CARA MENGATASI.


MASALAH BAU BADAN

CERITA 1
alamak !!
eh ! dia datang sini lah..
sambil terherot-herot mulut Kak N (bukan nama sebenar)  ditujukan pada AB (bukan nama sebenar) yang datang ke arah mereka.
sebaik saja AB sampai, seorang demi seorang rakan sepejabat mintak diri.
tiba-tiba ada kerja katanya.

pelik jugak AB.
dia perasan juga.
kemana-mana dia pergi selalu kawan-kawan macam nak mengelak.

hinggalah pada suatu hari, anak-anak menegur bila dia balik daripada kerja.
"bau apa ni mama ?" sambil si bongsu mencium-cium badan AB  mengesan punca bau tersebut.
dalam seminggu, mau 4-5 kali jugaklah si kecik ni menegur benda yang sama.



CERITA 2
As (bukan nama sebenar) kadang-kadang  bekerja di bawah terik matahari. mana taknya,, sehari kadang-kadang sampai 2-3 site kena pergi.

selalunya  As sampai malamlah di rumah. 
kadang-kadang lepas seharian penat bekerja balik tu  As ingatkan  bermanja-manja duduk sebelah suami (badrul , bukan nama sebenar).
tapi, cepat-cepat Badrul alih tempat duduk dia. dia suruh As mandi dulu. walaupun baru 5 minit sampai di rumah.

di awal perkahwinan, Badrul cakap berlapik lagi mengenai bau badan As. 
dah masuk tahun ke 6,  Badrul hilang sabar. terus sound direct..ada ke dikatanya  badan As berbau busuk. 
sampai tidur malam pun kalau boleh nak lari ke bilik lain.
 alahai!! kesian As. 
amboi!! bukan main mulut ko ye Badrul  ???


kedua-dua kisah di atas menunjukkan masalah bau badan yang sering tidak disedari oleh tuan punya badan. kawan-kawan atau family nak menegur pun kadang-kadang tak sampai hati juga.

normal bagi kita untuk berpeluh di pelipat seperti ketiak apabila melakukan aktiviti berat.   namun, bagi mereka yang mempunyai masalah badan berbau, peluh ini umpama masalah berat yang menimpa kepala mereka. 

bau badan adalah sesuatu yang unik. setiap orang mempunyai bau yang tersendiri kerana proses perkumuhan, iaitu berpeluh. 

Ada dua jenis kelenjar menghasilkan peluh, pertama kelenjar Eccrine dan kedua kelenjar Apocrine

Kelenjar Eccrine bertanggungjawab terhadap proses berpeluh di mana ia bersambung terus hingga permukaan kulit untuk menghasilkan peluh. Ia bertujuan mengawal suhu badan selain membuang bahan-bahan buangan seperti urea, sodium, kalsium atau elektrolit


Pakar Perubatan dan Dermatologi Pusat Perubatan Darul Ehsan, Dr Noraziah Abd Kadir Jailani, menjelaskan peluh melalui kelenjar Eccrine sifatnya tulen, jernih seperti air dan tidak menghasilkan bau kerana akan terus keluar ke permukaan kulit dan meluap. 

saya sendiri cukup berkira kalau nak pakai baju colour plain ke tempat kerja.
kalau rasa-rasanya hari tu nak ke sana ke sini, better jangan pakai baju plain.
nanti nampak basahan baju di ketiak,
eewwwww!!!


Kelenjar Apocrine pula merembeskan cecair yang lebih likat dan agak keruh serta menimbulkan masalah jika ia lebih banyak dari kelenjar Eccrine. 

Kelenjar Apocrine ada pada bahagian tubuh yang banyak folikel rambut seperti ketiak serta tempat sulit seperti kemaluan. Kelenjar ini mengandungi sebum, bahan berlemak di mana peluh dirembeskan. Sebum pula bahan organik yang tersimpan dalam kelenjar Apocrine. 


Di sini lebih mudah untuk bakteria memecah masuk protein dalam rembesan peluh, tidak seperti kelenjar Eccrine. Apabila protin dipecah masuk dalam peluh oleh bakteria, ketiak atau kaki akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. 

ermmm..
ini kerja bakteria jahatlah ye yang pecah masuk protein.
siap kau bakteria ??
sampai hati kau kacau Kak AB dan As yea.!!!

adakah masalah ini disebabkan oleh kurang penjagaan kebersihan ?
atau faktor usia ?
atau disebabkan oleh ambilan ubat-ubatan ?


FAKTOR #1




MASALAH BAU BADAN


salah satu faktornya ialah proses pencernaan yang tidak sempurna
sepatutnya, bila kita makan macam-macam ia akan digunakan oleh badan kita.. dan selebihnya akan akan dibuang dalam bentuk sisa buangan atau toksin. 
dan toksin ini disingkirkan sekiranya ginjal, hati dan saluran penghadaman usus berfungsi dengan baik.

just imagine,,
seseorang yang ada masalah dengan kidneynya..
atau hati
atau seseorang yang sering sembelit.
toksin itu akan kekal dalam badan sebab there is no way out.
itu yang menyebabkan badannya berbau.

so, korang..korang..korang..
jangan memandai mengata kak AB dan AS tu pengotor, pemalas dsb.
maybe boleh suggest pada mereka untuk jumpa doktor.
mana tau mereka ada masalah seperti di atas kan ??



FAKTOR #2

MASALAH BAU BADAN


namun ada 1 lagi faktor iaitu..
Banyak minum kopi atau minuman berkafein dan makanan berempah yang mengandungi bawang dan bawang putih juga berpotensi menyebabkan bau pada ketiak, tidak kira lelaki atau wanita. 

ok.. tak kira lelaki atau wanita tau.
semua ada possibility kena masalah badan berbau ni tau. 
so, kena tengok semula pemakanan masing-masing.



FAKTOR #3

MASALAH BAU BADAN


faktor ke-3, masalah bau badan juga mungkin disebbakan oleh faktor genetik atau kelenjar yang sangat aktif.


tapi macaman dengan orang yang sebelum ni takde pun masalah badan berbau ni..
then. tiba-tiba pulak kena masalah ni ??



FAKTOR #4

MASALAH BAU BADAN


ini mungkin disebabkan oleh faktor le -4, iaitu  masalah ginjal, hati, hypoglycemia (kurang gula dalam darah), jangkitan kuman, kencing manis dan tiroid
Ia dikesan apabila individu yang pada mulanya tidak punya masalah bau, tiba-tiba mengalami perubahan bau badan yang mengganggu. 


Antara cara merawat dan mengawal masalah bau ketiak pula ialah penggunaan cecair pencuci mengandungi 3 peratus hidrogen peroksida, menyembur pewangi dan penyembur anti peluh. Jika terlalu serius, pembedahan membuang kelenjar Apocrine pada tempat bermasalah boleh dilakukan selain laser serta suntikan botox. 


Terdapat beberapa langkah boleh diambil untuk mengawal bau badan.
1. kerap mandi
2. pilih pakaian dari kapas dan longgar
3. elakkan dari ambik mkanana tinggi choline (bawang putih, daging, rempah,       kafein dan kekacang)
4. berhenti merokok
5. pemakaian deodorant anti-respirant.
6. pengambilan supplement.


MASALAH BAU BADAN

alfalfa berfungsi  sebagai penyahtoksik yang mana ia mampu menghilangkan toksin dari badan. dalam masa yang sama ia berfungsi membersihkan hati, kolon, darah serta mencantikkan kulit dan otot.


MASALAH BAU BADAN

walaupun yan ada masalah bau badan ini dinasihatkan supaya menjauhkan diri daripada bawang putih, namun dengan pengambilan garlic ini mampu meningkatkan sistem pencernaan. sistem pencernaan yang tidak sempurna juga adalah salah satu oenyebab kepada masalah badan berbau ini. 


MASALAH BAU BADAN
herblax membantu merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama. najis yang tersimpan lama inilah penyebab kepada pelbagai masalah.



kesimpulannya,
jika ada antara ada yang mempunyai masalah seperti kak AB dan kak AS , patut mencari jalan penyelesaian secepat mungkin.
ia nampak kecil... tetapi jika dibiarkan berlarutan, akan memberi impak yang besar kepada kehidupan seharian kita.



 set masalah bau badan



jangan segan-segan untuk hubungi saya bagi mendapatkan consultation secara percuma. 






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...