Followers

Friday, October 2, 2015

RESEPI BUBUR DAGING PALING SENANG NAK MASAK.


petang- petang hari cuti hujung minggu.
kalau tak masak menu petang memang tak lengkap.

mixer dah lama duduk dalam kotak.
nak buat kek pun bahan takde.

nak buat roti, tepung high protein takde pulak dalam almari.
tapi inti kacang dan bijan hitam ada.
ermm.. buat roti inti kacang pun sodap ni..
huwaaa...

nampak tak..
kelaparan tapi takmo beli kat kedai.

ok..
dok godek dalam peti sejuk.
ada daging.

ermm..
nak buat mi rebus , mi takde.

ok..
bubur daging je lah.
daun sup kirim kat afiq nan balik solat jumaat nanti.

mulakan dengan meng "high pressure" kan daging.
letak air sikit.
20 minit je..
taraa..
siap daging. 
kemudian potong kecik-kecik macam ni ye..



bubur daging


air jangan dibuang ye..
nanti kita guna balik air tu masa nak masa bubur nasi nanti.

ok..
tumiskan bawang merah + bawang putih dengan halia yang dah diblender.
campak sikit garam, perasa dan lada hitam sikit.
guna fungs stir fry untuk proses ni.



bubur daging

dah naik bau..
masukkan daging yang dah dipotong tadi.


bubur daging


kemudian, off kan stir fry.
masukkan beras + air+ air daging tadi.
nisbah beras dan total air 1:5
saya suka lebihkan dlm 1 cawan lagi air sebab tak nak bubur kering sangat nanti.
(alamak.. lupa nak snap picture step  ni )


ok..
hp kan lagi 45 minit.
periuk boleh tinggal macam tu je.. tak perlu risau air kering atau air melimpah keluar..


bubur daging


sementara tu ,  buat keje lain dulu.
sapu rumah lagi sekali..
harap anak lelaki menyapu, dikatanya bersih dah ibu..

bila tanya, kenapa masih ada semut kat tengah jalan ni afiq ?
dia jawap, semut kan berjalan.. susah nak bersihkan.. tadi afiq sapu dah.. 
lepas tu dia datang balik.
alahai.. anak bujang..

banyak benda boleh buat dalam masa 45 minit tu.

tak yah dok tunggu tepi periuk.
habis masa 45 minit tu, berbunyilah periuk tu nanti memanggil- manggil tuannya untuk dibuka dan dimakan.
this is the best part about this pressure cooker.
it can managed itself.
wah !!!

ok..
habis 45 minit dah..

jom tengok, apa jadi dengan bubur kita.
berbau semerbak 1 rumah dah ni.


bubur daging

lepas tu, bolehlah taburkan daun sup.
dan boleh ngap terus..


bubur daging

waaa...
best uolss..
kalu nak derhakakan resepi ni, meh akak ajar.

boleh letak santan dan pecahkan telur masin dalam bubur sebelum kita HP 45 minit tadi.
yang ini gerenti SEDAP !!!


bubur daging

bagi yang  nak pedas..boleh buat macam saya
saya makan dengan sambal jawa.
sapa ada sambal itam pun boleh jugak makan dengan bubur ni..

ok..
lepas baca kena cuba tau resepi ni.
kalau gemuk gara-gara makan bubur nasi akak ni  sendiri mau ingat hokey !!!
hik..hik..hik..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...