Followers

Thursday, October 1, 2015

IBU PANIK GARA-GARA ANAK ADA G6PD.


di satu pagi.
tahun 2003.
hari ke-2 di wad selepas bersalinkan si twin afiq dan nan.
saya mendapat perkhabaran daripada nurse.
anak saya ada G6PD.
kedua-duanya sekali.

masa tu rasa zero... lost...
apa tu G6PD ?
bahaya ke ?
apsal tengok twin ok je..
cuma pra-matang.
dan berat pun masa tu, abang, 2.1 kg, adik 2 kg.

masa tu info bukan di hujung jari.
kalau ada pun kosnya sangat mahal.
SEJAM berinternet di CC mau rm 2-3.

kalau internet di rumah..sebulan mencecah RM100.
takde sumber internet bergerak seperti sekarang.
jadi mustahil untuk saya scroll smart phone dalam wad semata-mata nak cari info mengenai g6PD.

tengahari sikit, nurse datang semula pada saya.
bagitau serba sedikit mengenai G6PD.
tapi explanation diberi bagi saya acuh tak acuh je nurse buat..
maybe boleh diterangkan menggunakan buku, kad atau pamplet.
untuk sesi itu saya boleh nyatakan hanya macam bagitau.. bukan explanation.
saya hanya mampu terkebil-kebil.

sehinggalah doktor jumpa saya  untuk terangkan mengenai G6PD.
saya belajar sesuatu.
serious..
terkejut.. dapat dari mana G6PD ni ?
macam-macam lah terpikir masa tu.

G6PD penyakit seumur hidup.
saya dimaklumkan oleh doktor lelaki saja akan ada G6PD, manakala wanita hanya akan jadi pembawa sahaja.
twin saya ??
dua-dua ada G6PD.
dua-dua lelaki.


kacang parang, ubat  gegat, antibitotik, ubatan herba antara yang perlu dijauhi oleh penghidap Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase (G6PD).
apa jadi jika mereka melanggar pantang larang tersebut ?
maut menanti jawapannya..

menurut Konsultan dan kardiologis pediatrik hospital pantai kuala lumpur, Dr. Azam Mohd.Nor , G6PD bukan sejenis penyakit atau kecacatan, tetapi merupakan masalah kekurangan enzim keturunan yang terdapat dalam sel darah merah manusia.

kekurangan enzim ini akan menyebabkan sel darah merah mudah pecah apabila penghidap terdedah kepada bahan-bahan yang tidak dibenarkan.


katanya lagi, sel darah merah tidak mampu mengangkat oksigen ke seluruh badan dengan berkesan sehingga mengundang pelbagai gejala lain yang lazimnya mula dikesan sejurus bayi dilahirkan.


makanya..
sebaik saja afiq dan nan dilahirkan, saya tak berani nak menyapu sebarang ubat atau minyak sebab dalam list yang diberi oleh pihak hospital, salah satu yang saya perlu jauhi ialah ubat tradisional.
hatta minyak gamat pun doktor tak bagi sapu.

so, selepas mandi saya sapukan afiq dan nan dengan minyak kayu putih johnson.
moden tau !!! hahaha..

saya berpantang di rumah mak.
so ubat gegat kat rumah mak pun kena bagi clear.
sebab bau dia tu yang takut effect baby.
susahnya hati masa tu.

gejala g6PD pada bayi

  • demam kuning

gejala g6pd pada kanak-kanak dan dewasa

  • pucat
  • sesak nafas
  • lemah dan tidak bermaya
  • pening
  • degupan jantung laju
  • sakit dada


saya pulak?
disebabkan breastfeed baby, tak berani nak makan sebarang ubat .. especially jamu sebab takut-takut memberi kesan pada baby.
itu memang diingatkan oleh nurse dan doktor.
apatah lagi masa tu anak-anak saya terkena prolong jaundice.
say NO tu jamu at all!!


perlu dijauhi atau dielakkan bagi anak-anak g6pd :

makanan

  • kacang parang
  • ubat tradisional
  • herba


bahan

  • ubat gegat
  • ubat nyamuk


sekarang..
selepas berbelas tahun.
hasil perbualan dengan mak-mak yang ada anak G6PD, mereka masih boleh ambil SET BERSALIN SHAKLEE macam biasa , kecuali ALFALFA.

ermm..
sayangnya tak kenal shaklee masa tu..
so, sedikit terabai penjagaan badan ketika tu.

jadi, bagi yang mempunyai anak-anak G6PD, tapi takde panduan nak makan supplement apa sepanjang berpantang boleh mulakan dengan set bersalin shaklee.


anak ada g6pd



set bersalin shaklee memenuhi keperluan ibu  termasuklah supaya  :

  • luka cepat sembuh
  • elak sembelit
  • tambah tenaga
  • elak meroyan
  • tambah susu
  • tambah darah

 lengkap dah kan ?

namun dalam membesarkan anak-anak yang ada G6PD bukanlah perkara  yang boleh dipandang mudah.

masa kecik saya elakkan anak-anak dari ubat gegat, kacang parang, ubat tradisional ...

bila dah besar saya educate pulak anak-anak, maklumkan pada dorang yang tak boleh makan kacang parang dan berkali-kali ingatkan.. masing-maisng ada G6PD.

even masa bersunat, bila tau anak-anak ada G6PD, doktor tukarkan ubat tahan sakit jenis lain..

alhamdulillah..
anak-anak dah semakin membesar.


anak ada g6pd


bila besar saya bagi anak-anak set ini pulak.
so far, takde masalah ambik set ni dengan kesihatan anak-anak.

anak ada g6pd

ermm..
meal shakessedap kemain.
kalau mix dengan fresh milk..
memang perfect sangat !!

vitalea ni grape flavour.
manisan yang tak perlu mak ayah risaukan sebab tak merosakkan gigi anak-anak.
yang ni bukan takat anak sendiri makan, malah jadi  favourite anak sedara saya jugak..


anak ada g6pd


lagi satu yang perlu bagi tingkatkan sistem imun anak-anak ialah chewable vitamin C. ini bagi anak-anak kita kunyah macam tu je..

so, sepanjang membesarkan anak-anak yang ada G6PD, 
sebaik sahaja selepas bersalin, ibu boleh ambil set berpantang shaklee.
sepanjang anak-anak membesar boleh beri mereka set anak sihat dari shaklee juga..

apa-apa pun, jika puan-puan masih ragu-ragu..
mana satu boleh..
mana satu tak boleh..
boleh dapatkan free consultation daripada saya..

pm/whatsapp

azlina hamdan
013-7755256
azlinahmdn@yahoo.com



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...