Followers

Monday, September 7, 2015

8 TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN UPSR - PERANAN SEBAGAI IBUBAPA

1 hari lagi sebelum UPSR.
tahun ini , UPSR akan bermula dari 8-10 sept 2015.
memandangkan anak-anak saya menduduki peperiksaan 2 tahun berturut-turut, debarannya tetap sama setiap tahun.
so, kali ni saya nak sharekan tips menghadapi peperiksaan, especially  peranan kita sebagai parents.

debaran dah tentu makin terasa.
apatah lagi esok merupakan hari pertama UPSR.
kalau mak ayah pun dah berdebar-debar..
apatah lagi anak kita kan.

pujian harus saya berikan pada guru-guru especially guru-guru di SK Sri Mersing.
bermula 1 september , anak-anak saya (si kembar) balik pukul 5 setiap hari kerana menghadiri kelas intensif.
termasuk weekend.
komited sungguh cikgu bagi memastikan kecemerlangan murid masing-masing.
saya sendiri tak terkejar kalau nak dibandingkan dengan usaha cikgu-cikgu.
terima kasih banyak-banyak kerana memberi tunjuk ajar kepada anak-anak saya.

kita sebagai mak ayah pun pemberi semangat yang TERBAIK.
semakin dekat nak exam, anak-anak ditatang seperti minyak yang penuh.
jangan kena hujan..
mandi air panas...
makan dijaga.
vitamin jangan dilupa.
say NO to junk food.
say NO to ice cube.
dan macam-macam lagilah pesanan untuk anak-anak tersayang.

saya sendiri, cukup susah hati bila anak demam semalam.
harap-harap anak saya sihat sehingga hari peperiksaan tamat.
amin...

so, saya suka nak kongsikan beberapa tips di sini sebagai membantu anak-anak kita menjawab peperiksaan dengan lebih tenang dan cemerlang.


1. PERSIAPAN MENTAL

anak-anak harus diingatkan supaya tak lupa format penting especially karangan BM yang berformat, formula penting matematik serta banyak lagi isi penting terutamanya bagi Sains.

bila saya belek buku latihan anak-anak, rasa  gerun jugak bila check jawapan anak-anak berderet salahnya. tapi saya percaya, anak-anak kita belajar daripada kesilapan.




cuma ingatkan saja anak-anak untuk tengok semula kesilapan yang telah dibuat. jangan dimarah pulak anak tu masa ni.. tapi berpeluh jugaklah nak tahan marah kan, bila tengok anak saya bagi jawapan perkataan seerti untuk kesejahteraan ialah kesenangan (jawapan sebenar keselesaan) ... hehehe...


2. KESIHATAN FIZIKAL

kita sebagai mak ayah tau kan anak-anak kita allergic pada apa ?
mungkin tak boleh minum ice, takut terkena asthma.
mungkin tak boleh makan seafood, kang naik gegata satu badan.

saya sendiri dah susun menu makan tengahari dan malam daripada 1 hari sebelum peperiksaan sampai last day exam. saya elakkan masak bersambal untuk 4 hari ni. 
so, maybe cadangan menunya ialah sup daging, ayam goreng, ayam masak kicap, sup ayam, ikan sweet sour (sos semata-mata)....

kalau sebelum ni susah sangat nak breakfast, 2 minggu sebelum exam, saya biasakan anak-anak dengan minum susu sebelum ke sekolah. 

saya train untuk anak-anak minum susu 2 minggu sebelum exam sebab  tak nak perut anak terkejut.. sebab ada antara anak-nak saya yang akan ke toilet kalau breakfast. takut-takut dia nak ke toilet pulak masa nak jawab exam nanti. so, biasakan dulu.. huhuhu .. nampak sangat sebelum ni anak-anak tak breakfast kan?? 

ok.. amalan breakfast sebelum ke sekolah ini saya kena teruskan. jangan sampai berhenti sebab nak UPSR je..

sebab pernah ada kajian kan , anak-anak lebih fokus belajar di dalam kelas jika mengambil breakfast sebelumnya.


3. BEKALAN SUPPLEMENT

selagi boelh saya cuba elakkan anak-anak daripada mengambil sebarang ubat, kecuali atas nasihat doktor. sebab masa kecik-kecik dulu anak-anak selalu sakit. ubat.. antibiotik, tak pernah susut dalam peti sejuk.

so, sebagai alternatif, saya bekalkan anak-anak dengan supplement. paling basic pun mesti ada Vitamin C di rumah. untuk tingkatkan sistem pertahanan badan anak-anak juga.

ada meal shakes dan jugak VItalea kids kat rumah. tapi VItamin C jugak jadi pilihan hati anak-anak.

semalam, bila anak demam, baru saya terperasan. dah lama takde stok ubat demam di rumah sebab selama ni kalau anak-anak sakit tekak, selsema, batuk... saya bagi dulu Vitamin C supaya sakit tak melarat. dan alhamdulillah.. dah lama kami sekeluarga tak jumpa doktor.



yang botol biru tu ibu punya.. tapi afiq lebih suka vitamin ibu daripada dia punya yang botol hijau.

kismis juga ada saya belikan. anak-anak maklumkan, di sekolah juga cikgu pun bagi mereka kismis.

namun persediaan untuk ini harus dimulakan daripada awal tahun. 
nanti terkejut pulak anak-anak bila disuruh telan vitamin pelbagai perisa pada hari pertama UPSR.



 4. IBU BAPA AMBIL CUTI

kalau cuti ayah dan ibu masih berbaki ambiklah cuti.
so, anak-anak balik sekolah ibu dah sedia makan tengahari.
join pihak sekolah baca yassin masa anak-anak jawab exam.
pergi dan hantar anak ke sekolah.

saya kagum dengan seorang ibu pada kawan anak saya pada musim UPSR tahun lepas.
anak dia memang pandai.
no. 1 & 2 sentiasa dalam tangan kalau exam.
pencabar hebat  anak saya bersama seorang lagi rakannya.

saya perhatikan, sepanjang hari exam dia ada di sekolah. 
tak balik-balik.
tunggu di kantin.
bagi semangat pada si anak.
dan sama-sama duduk di dalam kumpulan kecil bacaan yassin kami (cikgu dan ibu bapa) walaupun berlainan agama.
cukup komited.
dan seperti dijangka, anak dia memang dapat 5A pada UPSR tahun lepas.

kan.. pemberi semangat untuk anak-anak tu nampaknya memberi impak yang bagus.
anak-anak saya awal-awal lagi dah tanya, " ibu tunggu kat sekolah kan nanti masa afiq nan periksa ?"


5. JANGAN SEMAK JAWAPAN 

saya pesan pada anak-anak.
yang dah lepas tu, biar.. jangan pikir.
fokus pada paper yang bakal nak ambik.

tapi, dalam masa yang sama saya pesan awal-awal lagi pada anak-anak.
best tak kalau UPSR dah habis ???
masing-masing dengan semangat menjawab "BEST".

saya sambung "mesti lagi BEST kalau kita dah jawab sehabis baik.. dah usaha sungguh-sungguh. nak cuti ke, join rombongan pun rasa tenang je "


6. PARENTS.. PLEASE KEEP CALM

mari kita sebagai ibu bapa.. tenangkan diri.
walaupun dalam hati tuhan saja yang tau kan ?

cover depan anak-anak yea..
kalau kita gelabah, anak-anak lagi gelabah.


7. PERALATAN ANAK-ANAK CUKUP

baju sekolah anak gosok awal-awal.
takut-takut takde elektrik esok pagi.

alatulis pastikan cukup.
beli lebih .. especially pemadam.
takut tercicir  ke mana-mana pulak kan.



8. DOA IBU-BAPA

saya pasti, doa ibu bapa tak putus-putus masa ni.
antara amalan ibu-bapa yang boleh kita amalkan.




saya pasti..
banyak lagi tips dan amalan daripada ibu-ibu dan bapa-bapa hebat di luar sana.

doa saya, semoga anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan tenang dan cemerlang pada kali ini.
mohon doakan anak-anak saya juga ye ...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...