Followers

Thursday, July 2, 2015

TIPS MEMASAK JUADAH BERBUKA DENGAN CEPAT, PRAKTIS DAN SEDAP.




minggu lepas..
anak sulung den dah lama mintak nasi minyak.
lagi pun bulan puasa memang kalau boleh nak elak beli makanan di bazar ramadhan..
dan elak makan di kedai makan.
tapi kena ada teknik, barulah ibu yang baru balik kerja ni sempat masak juadah berbuka puasa dengan cepat, praktis dan sedap unutk menu yang  dorang request tu..

jadi menu di rumah harus ala-ala di restoran gitew !!!

google punya google..
belek punya belek resepi mana paling senang nak buat nasi minyak ni dengan menggunakan kos yang paling minima (dengan mengambilkira barang-barang yang sediada kat rumah)

akhirnya..
sampai di SINI





so , balik kerja hari tu..
dengan anak-anak sebagai peneman ibu beli barang..
ibu dapatlah barang nak masak nasi minyak tu.
kecuali minyak jagung..
beras basmathi dapat..
barang nak buat acar timun & nenas settle.
ayam si ayah dah belikan pagi tadi..

tapi...
ibu derhakakan resepinya dengan gantikan minyak jagung kepada minyak zaitun.
hahaha...
pakai apa yang ada kat rumah katanya kan !!

ok..
balik kerja pukul 5.00
keluar office pukul 5.10
duduk pusing-pusing cari bahan kat kedai sampai 5.45

sampai rumah dah dekat pukul 6.
huhuhu...
nak bukak puasa tak sampai 1 jam setengah lagi..

apa nak mula dulu ni ?
dalam masa sesingkat itu..
saya rendam beras..
rendam cili kering..
sementara tu bawak keluar  ayam dari peti sejuk dan lumur dengan garam kunyit.

biar bahan2 di atas tu sekejap..
saya siap pulak kupas kulit nenas, timun..
nak buat acar..
acar kenalah buat awal sebab nak bagi mesra kan !!
disebabkan terkocoh kacah hari tu..
acar saya terlupa letak bawang.
jadilah ek..
dah siap simpan dalam peti sejuk.

next..
goreng ayam pulak.

sementara ayam dalam kuali..
kupas bawang dan sediakan bahan untuk masak nasi. 

resepi penuh nasi minyak di SINI


ok...
beras dah selamat dalam periuk..
sambil tu balik-balikkan ayam dalam kuali.

cuba tanya anak dah pukul berapa ?
6.45 ibu....

gigil badan ibu masa tu..

bukan sebab penat sangat lari sana-sini dalam dapur ibu yang sekangkang kera tu.. hehehe
gigil sebab takut tak sempat siap masak sebelum berbuka.
dahlah anak nak ajak kawan dia berbuka di rumah..

ok.. jangan pikir lama lelama sangat..
nanti kerja tak jalan..

dalam masa ibu dok kalut-kalut ke sana .. ke sini..
si ayah bawak balik pulak kelapa parut muda

huwaa...
rupanya si ayah tagih janji nak buat buah melaka untuk dia..
pulak...

ok..
serious.. ibu gigil  macam nak demam rasanya masa tu..
hehehe..

now..
ayam semua dah goreng separuh masak..
jangan garing-garing sangat sebab nanti keras pulak bila masak ayam masak merah.

kali ni saya google juga resepi ayam masak merah.
sebab sebelum ni buat macam tak kena dengan selera je..
kali ni saya sertakan resepi sebab  anak-anak puji ayam masak merah ibu sedap hari ni.


Bahan-bahan
--------------
bahan  (A)
rempah tumis (4 sekawan)
bawang besar
bawang putih
halia

Bahan B
bawang besar+bawang putih+halia+serai (blend)

susu  cair (lebihan buat nasi minyak)

tomato

langkah-langkah
-------------------
1. panaskan minyak.
2. tumiskan bahan A
3. tumiskan bahan B.
4. masukkan ayam goreng
5. tunggu garing lagi sikit
6. tuangkan susu
7. campakkan tomato yang dibelah 6

* sepatutnya resepi asal guna santan.
tapi disebbakn ibu dah gigil takut tak sempat..
curahkan je susu cair lebihan buat nasi minyak tadi.

bukan nak naik lif tekan sendiri tau..
tapi sedaplah ayam masak merah ibu kali ni..
uolls kena try tau !!!

amazing..
ibu siap masak nasi minyak, acar nenas timun, ayam masak merah pukul 7.08.
pecah rekod .. lebih kurang 1 jam 8 minit siap..

anak-anak dan si ayah tolong kemas meja makan...
saya menggentel tepung nak buat buah melaka.

gula melaka memang dah siap2 potong kecik-kecik 2 hari lepas.
jadi sambil gentel ..
sambil didihkan air..

azan pun berkumandang..
ibu teguk seikit air..
habiskan projek buah melaka tadi.

10  minit  lepas azan baru siap..
maka , ibu boleh makan dengan amannya..

uit..
sambil ibu dok siapkan buah melaka tu..
laju bukan main masing-masing makan nasi minyak.
nasib baik ayah tunggu ibu siap masak..
baru dia makan..

dan sudahnya..
1 pic pun tak sempat nak snap.
huhuhu..
sedap sangat punya pasal!!

tapi saya memang recommend sangat2 ibu-ibu kat luar sana cuba resepi nasi minyak tu..mudah dan sedap sangat!!

lauk-pauk lain pandai2lah kan nak buat..
makan dengan daging masak hitam ke..
ayam masak kurma ke..

tapi resepi saya hari tu kurang 1 je..
kalau ada dalca daging...
ermm...
walla!!!!

kesimpulannya..
ini tips saya untuk ibu-ibu di dapur..
especially yang bekerja tu kan.
sampai rumah dah pukul berapa.. nak masak lagi..
macamana nak masak dengan pantas !!


#1. KENALPASTI MENU BERBUKA YANG NAK DIMASAK SEBELUM SAMPAI RUMAH LAGI

kalau saya.. masa dalam kereta lagi dah plan nak berbuka puasa dengan menu apa hari ni. 
paling saya tak suka, bila balik kerja baru nak cari bahan nak memasak.
kalau tak jadilah macam kes saya di atas.
masak sambil gigil 1 badan.
hehehe...


#2. GUNAKAN SEMUA TUNGKU YANG ADA KAT DAPUR SECARA SERENTAK.

kalau ada 4 tungku, gunakan kesemuanya jika perlu.
macam saya ada 2 je..
so, kalau sebelah dah masak sayur, sebelah lagi masak ikan@ayam.
yang penting, saya takkan biarkan dapur  sebelah kosong selagi saya tak habis memasak.
nak jimat masa katanya kan!!!



#3. SAMBIL MENGGORENG AYAM@ TUNGGU NASI MASAK BOLEH BUAT BENDA LAIN

kalau goreng ayam/ikan  ke..
rebus daging ke..
atau masak nasi..
gerakkan tangan untuk buat kerja lain juga..

jangan ditenung ayam tu bila pulak nak masak ni ??
pergilah buat kerja lain..
blend bawang+lada ke..
kupas bawang ke..
atau goreng sayur !!

dilarang sama sekali memasak sambil layan drama BUKAN AKU TAK CINTA!!!
hahaha..
pasti anda akan terleka selama 1 jam..
sebab saya pun berpengalaman masak sambil layan TV. jadi saya paham sangat-sangat perasaan akak-akak bila tengok abang jebat dengan mastura kan!!!
hehehe....



#4. SUSUN MENU MANA YANG NAK DIMASAK DAHULU (BERDASARKAN KESESUAIAN)

nasi biasanya kita masak dulu.
masuk je dapur..
masak nasi.

kemudian, kalau nak masak mi bandung ke..
rendam lada dulu..
rebus daging..
rebus keledek..
siang sayur..
nampak tak saya susun ikut priority macamana ?

contoh, kalau nak masak ayam masak kicap..
of course goreng ayam dulu.
sementara nak tunggu ayam masak..
kupaskan bawang, halia , lada untuk tumis pulak

sementara tu masak sayur dulu ke..

please... susun yang mana satu dulu!!!

ikut tertib ok..

rukun wudhu yang terakhir pun ada tertib kan..
sama jugak kalau kita memasak ni.



#5. MINTAK TOLONG ANAK-ANAK MANA YANG  PATUT.

di rumah saya, urusan kemas meja, susun pinggan dan cawan, buat air nak berbuka.. semua serah kat anak-anak dan si ayah.
tak tolong ibu memasak pun takpelah..
janji tugas yang satu tu settle!!!

ikutlah nak bancuh air apa pun..
semua ibu minum.

tapi kalau bancuhkan  air ni paling ibu suka.
performance drink + longan. pembekal tenaga paling pantas. ala-ala air isotonik kat luar sana. tapi yang ini tak perlu takut akan bilangan sudu gula yang terkandung dalam tu. 





#6. SAMBIL MEMASAK SAMBIL CLEARKAN SINKI

sambil memasak..
sambil clearkan sinki..
basuh serta-merta pinggan , tapis, blender, sudip yang kotor.
lagi 1 senang pergerakan kita kat dapur dan tak sakit mata tengok..

saya pakai dish wash je..
tangan lembut.
minyak-minyak pun senang hilang.
hatta periuk bekas rebus daging pun senang je nak sental lemak yang melekat tu kan!!
memang best lah!!!


kalau terlebih rajin hari tu, saya sental sinki yang senang naik hitam-hitam tu kan..
especially yang selalu guna sinki macam saya ni .. ahak !!




saya sentalkan aje dengan basic H ni. senang kekdahnya...
picit.. sental..buih mak aiii...
banyak kemain!!
tuang sikit je tau !!! 

haaa..
lepas baca tips2 kat atas tu..
jangan lupa apply tau akak-akak semua..
pasti lepas ni memasak tak jadi masalah untuk kita semua.

apa ada hal untuk masak dalam masa 30 minit, ye tak ???

-------------------------------------------------------------
SID MELETOP di mersing dan kawasan sekitarnya.
azlina hamdan
013-7755256
azlinahmdn@yahoo.com


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...