Followers

Sunday, July 5, 2015

TIPS LAIN YANG BOLEH DILAKUKAN SELAIN DARIPADA "JANGAN BALIK KAMPUNG RAYA TAHUN INI".



baru-baru ni viral mengenai seorang tetamu jemputan dalam program Celik Kewangan untuk  isu Gaji Oh Gaji  yang mencadangkan agar kita tak balik ke kampung sempena raya ,  semata-mata harga minyak dah naik , tol dan juga perbelanjaan lain.

masa mula-mula saya kerja jauh dari kampung, mak ayah tanya saya? cukup tak duit nak balik raya ? kalau tak pakai duit mak dulu ..

nampak tak ? memang mak ayah kita mengharapkan kepulangan kita pada hari raya.. 
so, memang pelik pulak saya dengar cadangan yang diberi tu ..

daripada tak balik kampung gara2 nak berjimat, saya ada cara lain utk menangani masalah kenaikan harga minyak tu, kenaikan tol serta kenaikan kos lain .. asalkan kita dapat balik kampung masa raya nanti.

saya pasti ramai je yang sanggup ikut cara saya daripada langsung tak dpt balik ke kampung pada hari raya.

hari pertama bulan puasa je..
khemah bazar ramadhan..
even khemah ekspo dah  naik dulu sebelum puasa bermula.
ahai !!

memang rambang mata bila ke bazar atau ekspo.

saya akui..

semua mau diborong kalau boleh.
tapi bila terkenang purse makin menipis..
perlahan2 ditinggalkan gerai yang ada barang peberet kita tu kan.

since dah ada anak2 ni..
keperluan anak2 lebih  menjadi keutamaan berbanding keperluan sendiri.

mak ngan ayah ni pakai apa yang ada ajelah kan ..
yang pnting utk anak2 biar serba baru.

seiring dwngan kenaikan harga minyak..
kebanyakan peniaga jadikan itu sebagai alasan utk menaikkan harga .
ada pulak yang jadikan gst sebagai isu raya ni.
ok.. whatever !!

yang tu memang diluar bidang kuasa kitalah nak ubah kan ?

tetapi ada beberapa perkara yang memang kita boleh kawal.

di sini saya kongsikan beberapa tips yang mungkin boleh dijadikan panduan bagi membolehkan kita balik kampung raya ni.. hehehe..



1. NO "WINDOW SHOPPING"

jika takde keperluan saya memang takkan  saja2 berjalan ke bazar atau ekspo.  
sekadar nak survey.. 
sekadar nak tengok2.. 
tapi takde niat betul-betul nak beli..
memang saya takkan pergi. 
biasanya saya ke sana bila confirm dah memang ada keperluan yang kena dibeli di sana.
begitu jugak kesnya dengan pasaraya.
kan banyak pasaraya buat jualan murah sempena raya ni.
saya takkan saja-saja pergi nak jalan-jalan kalau takde niat nak membeli.
dahlah kena tuang minyak yang semakin mahal tu..
kini nak buang masa saya pulak???
NO.. NO.. NO..



kenape perlu dielakkan berjalan2.. sebab benda yang x sepatutnya dibeli kemungkinan besar akan terbeli juga nanti..

tapi kalau nak beli barang mahal2 macam peti sejuk dan oven, haruslah survey kan..
survey yang boleh menyebabkan berlakunya penjimatan sehingga ratusan mungkin disebabkan perbezaan yang ketara antara satu kedai dengan kedai yang lain.



2. SEDIAKAN LIST SEBELUM KELUAR MEMBELI BARANG

ke eskpo dan bazar biar bawak sekali  list. 
supaya kita berjalan dengan tujuan. 
bila ada list juga menjimatkan masa . kita terus tuju ke kedai mana kita yang kita nak pergi.



3. BELI IKUT KEPERLUAN, BUKAN KEHENDAK

sebelum membeli muhasabah diri.. adakah ia satu keperluan atau kehendak.
jika sekadar kehendak baik kita tangguhkan pembelian.
nanti2 lah .. mayb tunggu bonus raya..
kalau bos nak bagilah kan ??
hehehe..
kita kena pandai beza antara "need" and "want"



4. BAWAK CASHSEBANYAK MANA YANG KITA RANCANG UNTUK BELANJAKAN SAHAJA.ELAKKAN MEMBAWA KAD KREDIT.

tujuannya satu  je..
supaya kita tak terbelanja terlebih daripada apa yang kita ada.



5. MEMBUAT PERBANDINGAN HARGA

kalau bercadang nak dapatkan perabot raya  atau nak pasang air-cond raya..
dan memang perabot di rumah sudah lusuh, 
air cond sudah risak..
sila buat perbandingan harga untuk barang-barang sebegini.



6. BUAT KUIH SENDIRI

boleh dpt kuantiti kuih raya lebih banyak kalau buat sendiri ni...
kalau beli, sebalang ada 50biji dalam tu.. dah rm25. 
cukup-cukup  untuk  kita anak beranak je kan.. 
tak sempat nak jamu tetamu datang raya nanti..
hehehe..


7. ELAKKAN BERBUKA PUASA DI LUAR

imagine ye.. sekali makan berbuka puasa lauk mesti ala-ala di rumah kan ?
nak kena ada ikan..
sayur..
sup..
air..
kalau kos berbuka puasa di luar sama dengan kos lauk rumah selama seminggu, mana satu yang anda akan pilih ?
saya prefer penuhkan peri sejuk di rumah dengan bahan untuk memasak..
anda bagaimana ?


ok... diharap tips di atas dapat kita amalkan supaya kita selamat sampai ke kampung tanpa perlu meminjam daripada along.
atau tanpa perlu meminjam daripada kawan-kawan.

ingat..
bila dah ada planning untuk buat di atas, perlu ada ACTION dan kemudian PANTAU. 
pucuk pangkalnya kena ada disiplin dalam diri masing-masing untuk amalkan perbelanjaan berhemah ini..

last but not least, 
SELAMAT HARI RAYA..
MAAF ZAHIR DAN BATIN




-----------------------------------------------------------------
azlina hamdan
SID MELETOP di mersing dan kawasan sekitarnya.
013-7755256
azlinahmdn@yahoo.com





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...