Followers

Saturday, July 4, 2015

RESEPI MI BANDUNG MUAR.. MENYESAL KALU TAK CUBA


mi bandung ?
so far mi bandung paling sedap saya pernah cuba adalah di Muar.
macam-macam kedai dah pernah cuba di sana..
dan kebanyakannya memang WALLA!!

saya tak suka kalau order mi bandung di daerah lain , 
diletaknya kacang tumbuk kat dalam kuah tu..
ok..lari terus mood nak makan bila dapat jenis yang tu..
opsss... tapi tak semua peniaga buat macam tu ye..
jangan salah paham pulak !! hehehe..

khamis lepas..
balik kerja awal..

suami kata dalam peti sejuk ada daging.
ok !
terus teringin nak makan mi bandung.
so, dalam perjalanan balik rumah, singgah terus kedai beli bahan-bahan lain yang takde di rumah.

since mak saya pun asal dari muar kan ?
so .. buat malu je kalau saya tak belajar dari mak resepi mi bandung muar ni.
bila mak saya masak, memang saya akan hirup sampai licin kuah tu..

sejak ada anak-anak yang memang suka juga makan mi bandung ni..
tapi taklah sekronik mak dia ni.
hehehe..
dah beberapa kali jugak saya cuba buat sendiri..
ermm.... memang sedap ( ayat tak boleh blah.. sebab masuk bakul angkat sendiri)

ok.. 
ada yang tak sabar nampaknya tu nak tunggu resepi dari saya..


BAHAN-BAHAN
(saya tak sertakan kuantiti sebab saya masak style mak-mak.. main  agak2 je sukatan )
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
bawang merah@besar *
bawang putih *
lada kering *
udang geragau (tapi bila tgk kat plastik nama dia udang baring) *
bahan bertanda * perlu dikisar

air rebusan daging
daging (sudah direbus) dihiris nipis 
udang/sotong
keledek rebus
sawi
tomato
carrot
garam
gula
perasa
mi kuning (of course .. jangan lupa)
*sayur-sayuran boleh adjust ikut suka

telur 


LANGKAH-LANGKAH
-------------------------
1. hiris daging nipis-nipis

2. rebus daging

3. simpan air rebusan daging (jangan dibuang tau)

4. rebus keledek yang telah dikupas kulitnya. 

5. blender keledek rebus dengan air daging sehingga hancur.

6. tumis bahan yang bertanda * (setelah dikisar)






7. setelah bahan ditumis naik minyak, masukkan keledek + air rebusan daging yang kita dah blend sampai halus tadi.  (jadi kali ni kuali anda sekarang  dah penuh macam sup ...)




8. tunggu menggelegak kuah. 

9. masukkan daging, udang/sotong.

10. masukkan garam + gula +perasa (pandai-pandai agak ye..)

11. pecahkan telur dalam kuah. jangan kacau kuah lepas letak telur sebab tak nak telur pecah. kalau suka banyak telur.. letaklah banyak ye puan-puan..saya biasanya letak telur ikut bilangan orang dalam rumah.

12. masukkan  sayur-sayuran kita..tomato saya suka letak banyak sebab nak bagi rasa masam pada kuah.




13. taraa.... dah siap kuah.

13. bila nak makan baru tuangkan kuah atas mi. yang penting kena kasi banjir.

14. ini rupa selepas siap. boleh taburkan dengan daun sup dan bawang goreng. makan macam ni je pun dah sedap. maaf ler.. pic tak lawo mana sebab masa ni masing-masing dah tak ingat nak tengok kiri-kanan ... terus ngap !!





selamat mencuba!!!!

--------------------------------------------
azlina hamdan 
SID MELETOP di Mersing dan kawasan sekitarnya
013-7755256
azlinahmdn@yahoo,com


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...