Followers

Friday, July 3, 2015

6 SEBAB KENAPA PERLU ORDER AIR SUAM BILA MINUM DI KEDAI ?




assalamualikum w.b. k.t
apa khabar pembaca semua ?
alhamdulillah.. hari ni dah masuk 17 ramadhan.
berbuka dengan air sejuk atau air suamkah agak-agaknya ye ..
:D

sehingga kini berapa ramai dah berbuka puasa di luar ?
berbuka di restoran mungkin..
atau di hotel barangkali.

kalau dah di luar tu..
takkannya nak order air suam , ye tak ?
paling koman pun mesti ais kosong..

yang sedikit mahal mungkin carrot susu ice,
epal susu ice..
atau laici kang pun sodap.
bandung soda ice..
bandung cincau..

siap ada gelas besar lagi..
haa .. kau...
1 family pun tak habis minum 1 gelas besar tu yea..

apa kerlasssss ye dak ?
makan kat luar order air suam jek..
hahaha...
macam-macam alasan kita bagi untuk membolehkan kita minum ice tanpa rasa bersalah.

sedap sungguh minum ice kan ?..
tapi kalau bulan puasa ni berbuka dengan ice ni, orang kata esoknya kita mesti rasa letih.
yang ni saya percaya..

atau kalau orang perempuan paling ditakuti ialah ais menyebabkan perut buncit katanya..

saya pulak,,
kalau minum ice, takut sakit tekak. kalau dah kena sakit tekak tu , ditakuti melarat menjadi selsema dam juga batuk. dam kalau nasib tak baik, kena serangan asma pulak... huhuhu..

ramai antara kita dah sedia maklum mengenai kebaikan minum air suam ni...
sebab apa ?

#1. MEMBUATKAN ANDA KELIHATAN LEBIH CANTIK
auwww...
wanita di luar sana confirm akan sentiasa order air suam bila makan kat kedai lepas ni kerana air suam mampu akan membersihkan sebahagian racun dari dalam badan anda. 
makanya, jika badan kita bersih dari bahan merbahaya, of courselah muka kelihatan lebih cantik dan berseri-seri.


#2. MERANGSANG PERGERAKAN USUS
sesiapa yang ada masalah sembelit elok amalkan benda ni. 
pagi-pagi minum air masak suam. 
ia akan membantu pergerakan usus anda.


#3. MENGAWAL BERAT BADAN
bagi yang dalam perancangan untuk turunkan berat badan, sila-silakanlah yea minum air suam lepas ni..
dan perhatikan perbezaannya..
terutama tang perut.


#4. BAIK UNTUK SESIAPA YANG SAKIT TEKAK




yang ini saya selalu buat.
kalau sakit tekak je.. cepat-cepat saya minum air suam yang lebih panas sedikit daripada biasa.
walaupun sakit tekak tu bukan hilang sebaik saja lepas minum, tapi ia membantu melegakan tekak yang semacam je sempitnya tu kan..
kalau amalkan selalu sepanjang sakit tekak.. 
insya allah..
ia takkan melarat menjadi lebih teruk.


#5. DAPAT MENENANGKAN FIKIRAN
untuk info, air suam ini mempunyai sifat menenangkan.
terutamanya jika kita minum ia secara perlahan pada pagi hari.
sebab tu kalau kita tengok, ramai je kaum lelaki mendapat ketenangan dengan setakat minum air kopi panas di kedai makan. hehehe... (maaf bang.. saya gurau je)
ok.. isteri-isteri sekalian..
lepas nni moh  kita sediakan air panas di rumah setiap pagi supaya suami tak cari alasan nak minum air di kedai.


#6. MEMBAIKI PROSES PENCERNAAN
dipercayai air suam ini membantu untuk menyerap nutrisi daripada makanan yang kita makan secara maksima.
IMPAK MAKSIMA gitew.. kalau nak dibandingkan jika kita minum minuman berice.


so, lepas baca kebaikan minum air suam di atas , mana satu yang akan jadi pilihan anda bila minum di kedai selepas ni ?

sebagai langkah berjimat juga bagus untuk kita buat perubahan ni.
sebab , kalau kita tengok menu di restoran kan..
beza segelas air sejuk dan air panas boleh jadi sehingga 20 sen.
kan lebih jimat kalau 1 family order air panas ?
kan.. kan..kan..

nak lagi bagus...
siap2 bawak air minum dari rumah kalau makan di kedai..
letak dalam tumbler elok2..

memang nampak macam poyo je kan ..
tapi kalau anda belek bil selepas makan, sebahagian besar yang kita bayar adalah untuk air sebenarnya..
nak nak bila memasing nak order air yang takde di rumah kunun-kununnya untuk dicuba..

saya sharekan 1 resepi dengan anda semua air yang bagus diminum semasa berbuka puasa.





KENAPA PERFORMNCE DRINK 

1. bebas karbonat (bukan macam air gas )

2. Kurang  kandungan gula (less sugar).

3. Performance Drink mempunyai kadar natrium yang rendah dan mempercepat kadar penyerapan cecair (elektrolit) dalam tubuh sekaligus anda akan mengatasi masalah dahaga – KURANG HAUS! 


4. Bersifat isotonik iaitu minumam ini mempunyai jumlah kepekatan karbohidrat yang sama dengan darah kita. Kesannya ia akan mudah diserap dan sekaligus meningkatkan kadar gula di dalam darah dan impaknya- tubuh anda LEBIH CERGAS dan KURANG PENAT! 

so..
tunggu apa lagi.
cepat ambill tindakan.. cepat juga kesannya pada kita.
badan sihat, poket pun sihat juga..

----------------------------------------------------------
Azlina Hamdan
SID MELETOP di mersing dan kawsasan sekitarnya
013-7755256
azlinahmdn@yahoo.com


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...