Followers

Monday, June 8, 2015

AMALAN BERPANTANG SELEPAS BERSALIN. MASIH RELEVANKAH UNTUK KITA PADA ZAMAN BERTEKNOLOGI TINGGI NI ?



kenapa perlu berpantang selepas bersalin ?
kalau tak berpantang tak boleh ke ?
janji sihat jugakkan..


errmm..
itu ayat biasa kita dengar kan.
apatah lagi..
masing-masing mempertahankan tindakan tak nak berpantang sebab dah makan set berpantang yang segala macam jenama ada di market sekarang ni.

ada juga yang kata..
kalau ikut doktor tak kena berpantang pun.
macamana nak bagi susu yang berkhasiat kepada si comel kalau makan tu berangin, makan ni sejuk..
itu tak boleh... dan ini ajelah  yang boleh ?


AMALAN SEMASA BERPANTANG MELECEHKAN

ramai yang tak sanggup melalui fasa berpantang sebab pada mereka leceh dan menyusahkan.
antaranya minum campuran herba yang rasanya pahit yang amat, memakai bengkung yang kena lilit-lilit dari depan rumah sampai pintu dapur atau kena bertungku pagi dan petang sedangkan masa tu lah nak berehat kan ?

Namun berdasarkan pengalaman saya, semua amalan berpantang dari saat melahirkan anak sehingga tamat tempoh 44 hari mempunyai maksud tersendiri serta kebaikan yang diperoleh bukan saja dalam tempoh berpantang malah sehingga akhir hayat. makanya, ada yang ambik masa selama 44 hari ini untuk mengembalikan kecantikan serta kesihatan luaran dan dalaman.

MESTI PERNAH DENGAR KISAH NI..

penah dengar cerita ni .
ada seorang ibu muda. selepas bersalin tak mau jaga pemakanan serta tak berbengkung dan bertungku.
apa yang terjadi ?
1 tahun selepas kelahiran, dia mengakui sakit badan dan sukar tidur malah ada ketika lenguh pada tangan dan kaki.

mungkin faktor tidak berpantang selepas kelahiran hanya menyumbang kepada peratusan yang kecil saja kepada masalahnya. 
tetapi apa yang dianjurkan serta diamalkan oleh orang terdahulu. pasti ada sebab dan kebaikannya.

APA KATA DARIPADA YANG PAKAR..


Menurut Zuzana Zulkaffle daripada Postnatal Care & Beauty House, pemakanan ialah aspek yang amat penting dalam rawatan pantang bersalin. 
Ini kerana proses kehamilan mengganggu keseimbangan hormon dan wanita mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal. 
Ketika melahirkan anak pula, mereka menggunakan sepenuh tenaga sehingga banyak urat saraf tercedera dan luka.

“Dalam hal ini untuk mengembalikan tenaga serta memulihkan luka, penjagaan makanan amat penting.

PENGALAMAN SENDIRI : BERPANTANG MAKAN

saya dulu sepanjang berpantang hanya ikan bilis atau ikan cencaru. ikan kembung NO ok! gatal katanya..
kalau ikan merah, haruan pun boleh juga.
mak saya , memang larang sama sekali penggunaan minyak semasa berpantang.

jadi, ikan-ikan di atas boleh dibakar atau dimasak singgang sahaja.
ikan berbisa macam pari, ikan duri pulak memang pantang 7 keturunan dalam tempoh berpantang sebab takut bentan katanya. hehehe...

sea food lain also NO ok!! takut mana yang berjahit gatal lalu tangan kita tak terkawal nak menggarunya nanti. takut bila dah gatal episod bernanah dan luka pula menyusul nanti.

sayur pulak.. sayur apa je yang saya makan ?
dah semestinya sawi putih je hari-hari...
sebab sawi putih katanya membanyakkan susu.
ye.. yang ini memang berkesan dengan saya.
sampai bengkak-bengkak..
masak air je sawi puith tu... atau orang jawa panggil sebagai masak bening.

pegaga pun sedap.
ulam-ulaman lain  seperti  pucuk mengkudu, ulam raja, lemuni hitam, sekentut, cemumar, pudina, bebuas dan ruku pun boleh juga. Ulam-ulaman ini mengandungi serat, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuk A, C dan E serta bersifat antioksida.

mak saya tumbukkan ikan bilis bakar dengan lada hitam, kemudian saya makan dengan pegaga ni..
pergh...
berpinggan-pinggan saya makan..
eh!! lapar tau menyusukan si kembar ...

tapi kena tegur dengan mak sebab katanya  lada hitam kalau makan banyak-banyak takut perut anak tak tahan.

bawang putih bakar memang menu wajib dalam lauk berpantang saya..
sedap weh!!!


buah anggur dan epal pun elok diambil masa berpantang. buah oren pulak membantu proses penyembuhan luka !
walaupun rasanya masam, sangat digalakkan makan terutama bagi yang bersalin secara pembedahan.


PENGALAMAN SENDIRI : REBUSAN AIR MANDIAN

masa mandi pulak paling best. sebab air mandi tu adalah rebusan daripada  daun kayu dan pucuk muda serta daun pandan. memang wangi baunya.
kalau ada  daun kunyit, serai wangi, kacip fatimah, pandan, lengkuas, daun pisang kelat, daun inai dan daun mengkudu pun boleh tambah dalam air rebusan mandian.

ada orang kata , kalau amalkan mandian macam ini  dapat mengeluarkan angin di dalam badan, mengendurkan otot, menghaluskan kulit dan untuk tujuan awet muda. 
saya sokong!!


PENGALAMAN SENDIRI : BERTUNGKU

bertungku ?
jangan buat-buat lupa pulak.
sekarang banyak jual tungku segera. senang sangat korang kan!!
saya dulu siap ada batu tungku tu haa..
letak kat pangkal peha slow-slow..
tak pun kepit bawah kain masa duduk menyusukan anak sementara masih panas (ini kes malas dah ni..)

Bertungku penting kerana dapat menghangatkan badan ibu, membuang angin, mengecutkan urat yang kembang serta memperbetulkan serta melancarkan perjalanan darah. Biasanya darah nifas mengalir lebih lancar selepas bertungku. 

PENGALAMAN SENDIRI : BERBENGKUNG SECARA TRADISIONAL

pengalaman saya memakai bengkung yang ntah berapa meter panjangnya tu kalakar jugak bila ingatkan.
hujung bengkung diikat pada grill tingkap.
kemudian kita ni berpusing-pusinglah balut bengkung tu pada perut..
ikatan kena kemas dan kuat.
masa tu suami , mak bidan semua pun tolong pakaikan.
sudahnya, tak sampai petang melorot dah bengkung tu ke bawah..
ganas weh si pemakainya!! kuikuikui...

Bengkung dipercayai berfungsi untuk mengelakkan kemasukan angin sejuk pada liang perut serta memudahkan pengeluaran angin panas dan kotor menerusi ikatan barut dan ubat yang sempurna. bengkung juga digunakan untuk membantu mengempiskan perut dan bahagian berlemak yang terdapat pada paha dan punggung.
sebelum pakai bengkung tu pulak , sapukan dulu limau dengan kapur.. dan sapukan pada perut.
Sekarang senang..
bengkung segera macam-cama ada jual kat FB.
order je online.
jadi tiada alasan anda tidak melakukan rutin berbengkung semasa berpantang.


PENGALAMAN SENDIRI : BERURUT

berurut ?
YES..
penting sangat-sangat..
sekurang-kurangnya urut 1 badan 3 kali dalam tempph 44 hari tu.
kalau yang czer , kena lewatkan sikit urutnya tu..
pengalaman saya berurut, lega sikit badan yang sakit-sakit tu..
kemudian, menitik-nitik susu keluar epas berurut.


PENGALAMAN SENDIRI : PANTANG=LARANG LAIN

stokin juga kena sentiasa dipakai.
mencangkung.. jangan sekali-kali.
jalan pun kena kepit.
takde maknanya nak jalan menonong gitu.. laju sikit dah kena tegur.
huwaaa...
banyak sangat pantang larangnya kan!!

ALHAMDULILLAH..

tapi saya bersyukur sangat.
tiada apa-apa yang serius berlaku semasa berpantang.
saya sihat..
anak-anak pun sama.

cuma 1 je...
saya ada masalah sembelit yang teruk.
dah ambik macam-macam. tetap tak jalan.
sampai menangis-nangis kalau duduk dalam toilet masa tu.
set berpantang masa tu takde lambakan macam sekarang.
semuanya tertumpu pada jamu semata-mata.

SET BERPANTANG

namun, saya rasa menjadi keperluan bagi kaum wanita sekarang mengambil set berpantang selepas bersalin.
walaupun melalui rutin berpantang yang ketat sepanjang tempoh berpantang, pemakanan tambahan juga sama penting bagi memastikan badan kita sihat luar dan dalam.

pengalaman saya makan jamu semasa berpantang memang menyeksakan. 
saya memnag tak lalu sungguh sebab baunya. tapi sekarang jamu dah dalam capsule kan.. so telan je.

tapi jika anak kita ada jaundice atau G6PD, jamu adalah sesuatu yang perlu dielakkan. anak saya G6PD.. maka jamu adalah antara yang perlu saya elakkan sebab menyusukan anak-anak.

namun sekarang zaman dah berubah.
set berpantang macam-macam jenama  ada di pasaran sekarang ni.


SET BERPANTANG MANA YANG PALING SESUAI ?

tapi, saya suggest set bersalin  yang ini untuk anda.
yang bestnya set bersalin ni, masa mengandung lagi  dah boleh ambil beberapa botol tertentu.
so, memang jimat.
tak perlu lah masa pregnant lain, masa berpantang kena beli set lain.
even selepas berpantang pun masih boleh teruskan pemakanan set ni sebab ia membantu ibu-ibu lebuh sihat untuk menyusukan anak pulak.

sebaik sahaja bersalin boleh makan, kecuali jika anak jaundice dan g6PD, ada beberapa botol produk yang perlu anda elakka. 
yang ini boleh dapatkan consultation FREE daripada saya.


FUNGSI SET BERPANTANG SHAKLEE

set berpantang shaklee ni lengkap untuk memastikan kesihatan ibu berada pada tahap baik, mengelakkan sembelit, membantu supaya luka cepat sembuh , milk booster, elak ibu dari meroyan, membantu perkembangan otak anak sebab of course kita menyusukan anak kan !! LENGKAP GITU !!!

Ok ibu-ibu..
harap selepas ambik apa-apa set berpantang  sekali pun , rutin semasa berpantang pun jangan kita tinggalkan tau!!
JADI , amalan berpantang semasa bersalin sangat-sangat relevan walaupun kita dihujani dengan pelbagai jenama set berpantang.

INGAT !!
kombinasi set berpantang yang berkesan serta amalan semasa berpantang membantu anda menjadi lebih sihat pada masa hari ini dan masa akan datang.

---------------------------------
Azlina Hamdan
SID MELETOP di mersing dan kawasan sekitarnya
013-7755256
azlinahmdn@yahoo.com




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...