Followers

Monday, June 8, 2015

9 AGENDA BAGI IBU YANG BEKERJA DARI RUMAH SUPAYA BOLEH MENJADI SUPERMAK.




bila dengar berita di TV
atau baca berita di suratkhabar
atau baca link yang kawan2 dok tepek di FB.
semuanya menakutkan.
bagaimana keselamatan anak-anak kita di luar sana.
sebab tu ramai wanita bekerjaya yang menjadi ibu dan dalam masa yang sama bekerja dari rumah.

kita bekerja.
mengharap pada pengasuh.
atau pada maid.
atau pada driver bas untuk ambik dan anta anak balik sekolah.
sejauh mana kepercayaan kita pada mereka.

kisah anak didera pengasuh
bukan cerita asing sekarang ni..





kita ingatkan bila anadalm rumah dah selamat.
rupa-rupanya tidak juga.

nampaknya anak-anak di rumah  sendiri pun perlukan  pengawasan parents.
cuba baca kisah ni.



seriau dibuatnya

rasa macam nak jadi bodyguard bila anak  nak ke mana-mana.
hantar anak-anak ke sekolah..
balik pun berjemput.
kat rumah kita ada tengok-tengokkan.
no more maid yang jaga anak-anak di rumah.

sebab tu...
sekarang ni ramai antara wanita bekerjaya yang memilih untuk bekerja dari rumah je..
boleh jaga anak sendiri.
dalam masa yang sama generate income.

mana tau rezeki allah nak bagi.
hasil pendapatan daripada bekerja di rumah lebih lumayan daripada gaji yang diterima sebelum ini.
lumayan tu!!!

tambahan pulak..
kali ni.. 
kitalah bos..
kitalah majikan.

waktu kerja yang flexible.
anak-anak ada depan mata sentiasa.
pergerakan anak-anak kita boleh pantau.
best kan!!!!

tapi bukan senang tau nak bekerja dari rumah dan dalam masa yang sama kitalah jugak yang surirumah.
kalau tak berlipat lengan baju..
bersingisng kain..
bukan mak lah namanya kan !

nak berjaya sebagai isteri..
nak berjaya sebagai ibu..
nak berjaya sebagai suri rumah..
nak berjaya walaupun bekerja dari rumah.
bukan senang tau!!





sekarang spesis ibu 2 alam ni  (surirumah + bekerja dari rumah) ni ada gelaran glamour uolss. 
mereka dipanggil sebagai..WAHM (WORK AT HOME MOM)
sukati masing-masing nak bunyikannya macamana..
WOM ke .
WEHM ke ..
janji ko paham dik nun!!!

nak jadi WAHM bukan sembarangan orang tau mampu.
sapa yang ada banyak tangan je boleh jadi WAHM.
sapa yang tangannya dua je, tak layak okeh!!

entry kali ni saya nak sharekan macamana nak jadi WAHM yang successful..
saya sharekan 9 AGENDA WAHM BERJAYA (sebagaimana yang telah dikongsikan oelh seorang leader dalam business yang saya buat sekarang )

memang bukan senang..
tapi kalau nak seribu daya..
tak nak seribu dalih.


PERTAMA : BERITAHU KEPADA KELUARGA

beritahu pasangan masing-masing.
untuk dapatkan restu.
dan mereka memahami situasi kita.
asyik pegang HP je komen pasangan nanti..
contoh, nyatakan, setiap pukul 10-11 malam adalah masa yang anda allocate untuk monitor business group anda atau reply mesej customer.
juga bertujujan supaya pasangan tak salah paham.
kalau suami kita asyik pegang HP pun kita risau jugak kan ?
samalah situasinya kalau kita yang asyik belek HP..


beritahu ibu.
untuk dapatkan restu juga.
serta nasihat daripada ibu terutamanya.
bagaimana mengurus rumah dengan jayanya macam mak kita buat masa kita kecik-kecik dulu.

beritahu anak-anak.
weekend sekarang mungkin tak sama macam masa ibu bekerja dulu.
weekend adalah masa untuk ibu fokus pada kerja.
sebab weekendlah ibu ada masa lebih sikit untuk kerja memandangkan weekdays kena hantar dan ambik anak balik sekolah.


yang penting ..
tujuan agenda pertama ini adalah supaya semua ahli keluarga kita paham kenapa kita SIBUK.



KE-2 : SET MASA DAN FOLLOW 

maknanya kita kena buat jadual.
macam jadual waktu anak kat sekolah tu..

sekadar contoh  :
5.30 - 6.00 mandi dan solat
6.00 - 7.00 siapakan anak-anak ke sekolah
7.00 - 7.30 hantar anak sekolah
................
................
................

lepas buat MESTI kena follow jadual tu.
sendiri buat jadual.. kalau tak boleh ikut memang payah!
yang penting kena disiplin.

cadangan saya , tampal jadual di satu tempat yang  semua orang boleh tengok jadual tu.
jadi, semua orang pun alert dengan masa ibu.

jangan lupa masukkan bila masa anda kena tidurkan anak-anak supaya anda boleh sambung kerja berbisnes anda.
sebab BIASANYA waktu malamlah yang anak-anak didik anda free selepas bekerja sepanjang siang atau pun customer yang dok tunggu anda reply drpd siang tadi lagi...



KE-3 :BUAT TO DO LIST AND NOT TO DO LIST

kalau sebelum ni kita asyik buat to do list.. 
kali ni kita upgrade lagi ke[ada not to do list.

contoh not to do list 
1. tidur lepas asar
2. scroll wall FB sampai lenguh ibu jari (selagi tak lenguh dibenarkan .. hehehe)
3. layan drama bersiri pukul 7 (sekali tertonton.. takut melekat terus)

cara ini membantu anda pastikan jadual yang anda susun sebelum ni tercapai..

kemudian setiap kali to di list tu dah settle, kita tick kat sebelah..
tick besar2 tau..
sebagai motivasi untuk diri sendiri..



KE-4 :BANGUN AWAL

kalau dah memang sedia bangun awal, awalkan lagi 5 minit..
atau awalkan lagi untuk  10 minit.

ada benda yang boleh kita buat bila bangun awal.
buat to do list contohnya..
kalau buat to do list pukul 12 tengahari, macam dah terlewat pulak kan!!!


KE-5 : BINA BLOK TUGASAN

contoh, spend 1 jam untuk buat blog.

blokkan.. bahagi2kan masa sejam tu apa yang nak dicapai.

10 minit cari bahan..
1 minit rehat..
30 minit mula menaip entry
1 minit rehat
10 minit cari gambar
8 minit touch up entry

haaa... gitew!!!

kalau nak masak dalam masa sejam setengah..
blokkan masa sejam setengah tu, 1 jam dah siap masak 2 lauk,
let say lagi sejam masak lauk yang paling susah untuk hari tu.. ungkep ke kan?

tapi kalau ada pressure cooker sekejap je lauk2 kita siap.
silap2 sempat buat kuih lagi sejam setengah tu hah!!


KE-6 : BUAT PRIORITY LIST

buat yang mana keutamaan
jangan buat jika tak takde dalam priority kita.

berani untuk SAY NO untuk sesuatu yang bukan priority kita.

kenalpasti priority dalam hidup kita.



KE-7 : AMBIK MASA UNTUK REFLEKS  DIRI

masa bangun awal tu..
pikir apa nak dicapai hari ni.
semalam bagaimana perfirmance kita.
so, hari ni apa penambahbaikan yang kita boleh buat.

insya allah..
sehari dengan berfikir hasilnya akan lebih baik berbanding sehari tanpa berfikir.


KE-8 : MUHASABAH DIRI SEBELUM TIDUR

pastikan hari ini lebih cemerlang daripada semalam.
dan esok lebih cemerlang daripada hari ini.

maafkan semua orang sebelum tidur.

kalau saya jenguk anak-anak di bilik.
moment2 ni memang sedih.

jangan lupa baca doa tidur.

mana nak ber RCA tu.. RCA  lah..

apa dia RCA ? pm saya ..
meh saya bagitau apa dia RCA tu..



KE-9 :  AKHIR SEKALI..BERDOA

berdoa..
berdoalah..
mintaklah daripada Allah.
mintak dengan doa yang spesifik.

solat hajat
solat dhuha
al-mathurat
al-waqiah
al-mulk
zikir
tahajjud

amalan rohani jangan dilupa.

kita selalu bagi makan apda badan kita makanan yang sedap2.
tapi kita lupa nak bagi makan pada rohani kita "makanan" yang sedap2 juga..

so, dengan 9 agenda WAHM ni saya kira ia membantu sangat-sangat mak2..
ibu2...mama2.. ummi2..

apa yang penting, untuk berjaya... kena DISIPLIN

--------------------------------------------
Azlina Hamdan
SID MELETOP di mersing dan kawasan sekitarnya
013-7755256
azlinahmdn@yahoo.com





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...