Followers

Monday, May 4, 2015

KHASIAT BUAH DELIMA MERAH

khasiat buah delima merah


lama sungguh tak makan buah delima yang fresh dan juicy ...
sebelum ni kalau di kedah.. 
untuk dapatkan buah delima yang fresh bukan satu masalah besar..

nak dapatkan yang merah macam ni..
dan fresh..
boleh je ke Wang Kelian..
satu biji RM2 je tau..

haa... 
amek kau..
makan sorang 2 biji pun no hal..

bila dah pindah balik ke mersing..
harapkan buah delima yang dari pasaraya  je lah..
sebiji mahu cecah sampai RM5.

itu pun tak sefresh macam di Wang Kelian.
dan itu pun kalau nasib baik ada..
kalau tak mengidamlah siang malam sampai buah delima sampai di pasaraya di  Mersing lagi sekali..
huhuhu..


kalau dapat di pasar pun..
susah nak cari yang warna merah..
dan susah nak cari yang masih fresh.

since anak-anak memang suka buah delima ni.
saya memang pantang dengar ada buah delima berkualiti..dengan harga yang berpatutan.
memang saya cari..

baru-baru ni ada terbaca di FB.
ada buah delima sebesar buah kelapa..
uitt...
besar tu.. 
mereka beli dari NSK, Selayang.
murah katanya kat sana.

waaa...
ini sudah bagus..

MIL adik ada kat sana..
boleh kirim dia kalau dia balik selayang nanti.



dan hasilnya minggu ni dapat buah delima yang fresh ni..
tapi tak dapat yang sebesar buah kelapa tu
tapi ini pun bolehlah..
dah cukup puas hati
dahlah merah.. manis .. dan masih juicy.. tak kering.

buah delima ni mesti banyak khasiat kan ?
kalau tak takkan ada orang jual jus delima bagai kan!!

untuk saya..
saya prefer yang delima jenis buah ni berbanding kalau  minum jusnya.

puas hati kot!!
makan.. 
dapat air dia..
dan buang biji dia...

the best part is..
bila dah kopek kulit dia..
kopakkan jadi 2 bahagian..
sampai nampak isi dia yang merah jernih gitew!!!
berkilat-kilat..

masa ni kita boleh tengok samada buah delima ni fresh atau tidak..
rosak atau tidak..

yang paling best ialah bila..
dah belah ..
letak dalam pinggan..
duduk menghadap ramai-ramai.
kutil isi dia satu.. satu.
sampai licin tinggal kulit aje..
pergh!! puas hati kat situ..

sedap weh!!!!

buah delima ni sebenarnya berasal dari mana ye ?

delima ni dipercayai berasal dari Iran yang kemudiannya dibawa ke Mesir pada tahun 1600M.
pada ketika  itu, buah delima bukan setakat sebagai sumber makanan  penting, bahkan juga digunakan sebagai ubat.


setau saya buah delima ni ada 2 jenis.
ada yang isinya putih..
ada yang isinya merah.
mungkin juga ada yang kaler lain kan agaknya...
hehehe...

macamanapun, kami satu keluarga lebih sukakan yang merah..
biasanya yang isi merah lebih manis.




KHASIAT BUAH DELIMA

MENGANDUNGI ANTIOKSIDAN YANG TINGGI
Kajian menunjukkan bahawa kandungan antioksidan dalam buah delima adalah dua atau tiga kali lebih tinggi berbanding anggur merah.

Antioksidan dipercayai berfungsi untuk melawan radikal bebas yang dapat merosakkan sel dalam badan kita.  

Kerosakan sel akan menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah  kanser, penyakit jantung dan alzheimer (nyanyuk).

MELINDUNGI JANTUNG
kajian Proceedings of the National Academy of Sciences menyatakan  jus delima dapat mencegah pengerasan arteri dan penyakit lain seperti serangan jantung dan stroke. 

Buah delima mencegah daripada tompokan plak yang menyebabkan plak tersumbat di arteri dan buah delima juga dapat meluruhkan tompokan plak yang terlekat diarteri. 

Dalam Journal of Cardiology menyatakan pesakit  koroneri  (PJK) yang jus buah delima setiap hari selama tiga bulan menunjukkan peningkatan aliran darah ke jantung sebanyak 1 %. Aliran darah menurun sebesar 18%.

MENURUNKAN KADAR KOLESTROL
Menurut penelitian di American Journal of Clinical Nutrition, antioksidan dalam buah delima dapat mengurangkan oksidasi LDL (kolesterol jahat) pada tikus. Hal ini menurunkan kadar LDL dan meningkatkan HDL (kolesterol baik).

MENCEGAH DAN MENGUBATI KANSER
Buah delima memiliki khasiat mencegah dan mengubati berbagai jenis kanser.
Jus  buah delima dapat menghancurkan sel-sel kanser payudara dan dapat membiarkan sel-sel sehat. Buah delima juga dipercayai dapat mencegah pembentukan sel kanser payudara.

Dalam sebuah penelitian terhadap 50 lelaki  yang telah menjalani pengubatan kanser prostat yang minum 205g  jus delima setiap hari dapat melambatkan penggandaan PSA (ukuran perkembangan kanser prostat) dan dapat mengurangkan rawatan seperti kimoterapi atau terapi hormon.

SUMBER NUTRISI
Sebiji  buah delima memiliki sekitar 40 % vitamin C harian untuk orang dewasa, dan ianya juga mengandungi  folat, serat, kalium, niasin dan vitamin A dan E.

WOAH!!! 
ini sudah bagus..
macam-macam khasiat buah delima rupa-rupanya..

bagi wanita..
yang gemar makan delima.
ada berita baik untuk anda.

BAGUS UNTUK KECANTIKAN KULIT
sumber asid folat dan antioksidan dalam buah delima memberi kesan semula jadi kerana dapat merangsang, menyaktoksid dan meningkatkan kecantikan kulit semula jadi.

Kandungan gula dalam buah delima   mampu bertindak sebagai bahan skrub untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati. Hasilnya kulit akan kelihatan segar dan muda selalu.

Selain itu, buah delima juga boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat .
ada khasiat pada kulit buah delima rupanya.
ambik kulit buah delima jemur sehingga kulitnyer kecut. 
lepas kering , tumbuk sehingga jadi lumat. buat banyak-banyak pun takpe.. simpan dalam bekas. 
bila nak guna baru ambik sedikit serbuk tadi dan tambahkan perahan air limau nipis dan sapukan pada muka. biarkan sehingga kering.. kemudian baru bersihkan  muka..

BAIK UNTUK WANITA  HAMIL
Buah delima  Melindungi otak bayi semasa kelahiran. 
Satu kajian dalam Pediatric Research menyatakan dengan hanya minum jus buah delima selama kehamilan dapat membantu melindungi otak bayi yang baru lahir.

Bagi ibu yang hamil, buah delima merupakan buah terbaik untuk dimakan kerana ianya kaya dengan kandungan asid folik yang tinggi yang dapat mencegah kecacatan tiub saraf yang menyebabkan kerosakan pada sumsum tulang belakang dan langit-langit bibir sumbing pada bayi.

Ia juga dapat  mengelakkan kejang kaki yang biasa dihadapi oleh wanita hamil.


ok..
pembaca entry saya ni..
boleh  sharekan kat mana anda selalu dapatkan buah delima yang masih fresh dan manis.
mana nak tau kan..
bila-bila saya jalan-jalan ke tempat yang anda nyatakan..
bolehlah saya memborong buah delima pulak !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...