Followers

Friday, May 22, 2015

KENCING KOTOR SEMASA HAMIL JANGAN DIPANDANG RINGAN SEHINGGA MEMBERI KESAN KEPADA BAYI DAN IBU. APA PATUT ANDA LAKUKAN ?

kencing kotor semasa hamil ?
bukan bermakna kencing anda berwarna coklat..
ada habuk-habuk..
berkeladak..

bukaaaaaan..

kencing kotor bukanlah sesuatu seperti namanya..

aduh..

pengalaman saya terkena kencing kotor selepas berpantang..
memang menyakitkan.
setiap kali nak kencing rasa panas, pedih.. macam terbakar je...
huwaaaa...
kalaulah boleh keluarkan dari tempat lain, dah lama saya buat macam tu.

itu kena masa tak mengandung ?

kalau masa mengandung mesti lagi sakit kan..
dengan keadaan sendiri masa tu yang tak berapa selesa..

dan saya agak terkejut bila masalah kencing kotor semasa hamil bukannya satu masalah terpencil.

ramai je yang mengadu terkena kencing kotor semasa hamil.




kencing kotor



APA SEBENARNYA KENCING KOTOR NI ???

 Urinary Tract Infection (UTI)  atau sebagai jangkitan kuman di saluran kencing atau oarng kita selalu panggil "kencing kotor" disebabkan jangkitan kuman yang melibatkan pundi kencing, ginjal, salur kencing ureters  dan salur kencing urethra. 



kencing kotor


ermm...
patutlah sakit sangat masa nak buang air kecil..
semua salur kencing terlibat sama
ureters..
urethta..


TANDA DAN GEJALA KENCING KOTOR


bagi yang tak pernah kena mesti tertanya-tanya kan?

macamana nak tau kita ni terkena kencing kotor ke tidak ?

simptom mungkin berbeza-beza antara setiap orang.

saya.. rasa macam terbakar.. pedih... dan rasa perjalanan air kencing tu dari sebelum nak keluar sampailah dia keluar..
pergh...
seksa sungguh..
terasa jauh sangat perjalananannya tu.

atau anda kerap rasa  hendak membuang air kecil tetapi gagal untuk mengeluarkan air kencing yang banyak. ataupun keluar juga.. tapi dalam kuantiti yang sedikit. 
ini kerana pundi yang mengalami radang lebih sensitif. 
tak penuh pun lagi pundi kencing, tapi otak dah hantar signal penuh dan terasa ingin buang air kecil. 
kesannya, anda akan keluar masuk bilik air entah berapa kali dalam satu hari tu.

ada juga yang mengadu .. air Air kencing mengandungi darah, berkabut atau berbau busuk.


lagi seksa kalau sentiasa rasa tidak tidak selesa di bahagian bawah abdomen atau sakit ketika melakukan hubungan seks.


dan lagi teruk jika ia diiringi dengan demam serta rasa  seram sejuk.


tak kurang juga yang tak perasan pun terkena kencing kotor ni. 

bagi wanita yang tak hamil lebih mudah nak rawat.


APA KESAN JIKA TAK DAPATKAN RAWATAN ?

tapi kalau wanita hamil yang terkena kencing kotor ni ?
apa kan jadi jika tidak dapatkan rawatan ?
kesannya jangkitan boleh merebak ke buah pinggang dan menyebabkan kerosakan buah pinggang. bukan itu je...
paling teruk ia menyebabkan kuman merebak ke seluruh saluran darah dan boleh menyebabkan kematian.

bayi anda bagaimana ?
anda mungkin juga akan bersalin awal dan memiliki bayi pra-matang. menjaga bayi pra-matang bukannya senang tau.. saya sendiri mempunyai kembar pra-matang.

atau bayi anda berisiko mempunyai berat yang badan yang rendah.

jadi wanita hamil sekalian ?
jangan abaikan jika didapati anda mengalami kencing kotor.


MENGAPA WANITA HAMIL LEBIH MUDAH MENDAPAT JANGKITAN ?

Perubahan hormon menyebabkan kekuatan otot salur kencing makin lemah. merenggang, melambatkan pergerakan air kencing
rahim membesar, menolak dari luar. pergerakan air kencing lebih lambat.
otot pada pundi kencing tidak dapat mengeluarkan air semua  kencing yang disimpan. kuman mudah membiak.

air kencing wanita hamil lebih berasid dan lebih mengandungi gula.
disebabkan perubahan hormon.ini menyebabkan lebih senang mendapat jangkitan.


APA HARUS ANDA LAKUKAN ?

berjumpalah dengan doktor.
sekiranya confirm ada kuman di dalam air kencing anda, anda akan diberi antibiotik yang selamat untuk ibu mengandung.

minum air banyak supaya anda kerap kencing dan dan kuman dapat dikeluarkan dari pundi kencing.


LANGKAH PENCEGAHAN

Meminum lebih banyak cecair; sekurang-kurangnya lebih 10 gelas, sehingga air kencing menjadi jernih. jika air kencing masih lagi berwarna kuning pekat, itu bermakna badan anda masih lagi kekurangan air.

ada juga antara kita yang memang mudah terkena kencing kotor. tak hamil pun mudah kena. pantang tahan buang air kecil sekejap.. mulalah terkena jangkitan.
Untuk orang seperti ini, makanlah secawan dadih setiap hari
Dadih mengandungi lactobacillus acidophilus yang dapat membentuk persekitaran berasid dan mencegah pembiakan bakteria yang tidak diperlukan.

jangan tahan untuk buang air kecil. segera buang air kecil jika terasa untuk berbuat demikian. Menahan air kencing dalam pundi kencing mengalakkan pembiakan bakteria.

amalkan kebersihan yang sepatutnya. Wanita perlu mengamalkan kebersihan diri yang baik dengan mengelap dari depan ke belakang selepas ke tandas, untuk mengurangkan bakteria merebak dari kawasan dubur ke uretra.

bagi wanita yang sentiasa aktif, elakkan dari melakukan aktiviti-aktiviti fizikal terlalu lama yang boleh memburukkan keadaan kencing kotor, contohnya berbasikal, menunggang kuda, menunggang motosikal dan mengembara.

pilih pakaian dalam yang diperbuat dari kapas dan pakaian hendakalah longgar. Elakkan pakaian yang ketat dan stokin nilon kerana ia menyerap haba dan kelembapan.


Elakkan dari mandian berbuih, sabun wangi, pencuci wanita, deodoran, tampon dan napkin. 

jangan lupa.. buang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan seks.

Mandi dengan air pancuran bukan dari dalam kolam mandi. meaning, jangan suka  sangat berendam  dalam tab  masa hamil ni yea..


PENGAMBILAN SUPPLEMENT


kencing kotor

anda juga boleh cuba set kencing kotor daripada shaklee yang dibuat dari bahan semulajadi.

GARLIC -  bertindak sebagai antibiotik secara semulajadi
VIT C PLUS - meningkatkan imun sistem. 
OSTEMATRIX - Membantu proses penyimpanan dan pelepasan sesetengah hormon.
Membantu perkembangan tubuh badan normal , membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf.


tengok apa testimoni ni kata ...


kencing kotor


selamatkah set di atas untuk ibu hamil ?
yea.... jangan risau..
bahkan 2 daripada produk di dalam set kencing kotor tu memang sediada dalam set hamil.

anda akan diberi konsultansi dan cara makan yang betul sekiranya anda membeli set tersebut daripada saya.

ibu hamil sekalian..
jangan simpan masalah kencing kotor anda lama-lama yea..

kesian pada baby anda sama..
dan fikirkan juga kesannya pada diri sendiri juga nanti.

jangan sampai jadi macam kes ni yea..




kencing kotor



-------------------------------------------------------------------
Azlina Hamdan
013-7755256
SID MELETOPPP di Mersing dan kawasan sekitarnya




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...