Followers

Saturday, May 9, 2015

BENGKAK SUSU PUNCA IBU TIDAK YAKIN UNTUK MENYUSUKAN BAYI SEHINGGA TERPAKSA DIBEDAH UNTUK KELUARKAN NANAH



bengkak susu

ibu yang baru melahirkan..
mesti tau apa dia bengkak susu kan ?
atau kalau nak bunyi ala-ala medic sikit kita panggil juga sebagai mastitis.


Mastitis is what they call it when tissue in your breast becomes painfully inflamed. (It generally affects one breast at a time.) The area may be red, sore, hard to the touch, or unusually warm. The swelling may or may not be caused by an infection. Signs of an infection include chills, a fever of 101 degrees Fahrenheit or higher, and fatigue.

pengalaman saya sendiri..
hari pertama selepas bersalin takde kajadian membengkak lagi.

tapi selepas hari ke -3 ..
selepas balik ke rumah dan berlaukkan sayur sawi masak air..
tu dia..
bangun pagi esoknya rasa sakit sangat-sangat..
rasa bengkak semacam.. 
sakitnya.. 
berdenyut-denyut..
terasa penuh dan sungguh tidak selesa..

rupa-rupanya malam tu susu dah start terhasil dengan banyak.

dan bila start bengkak tu..
saya mula menyusukan bayi dengan kerap..
bengkak tu hilang serta merta
apatah lagi..
bila air susu asyik menitis keluar saja..
cepat-cepat saya menyusukan anak...



ajaib sungguh kuasa allah
sebaik saja kita bersalin baru susu ni keluar melimpah ruah
rezeki untuk anak
alhamdulillah..





bengkak susu



APAKAH PUNCA PAYUDARA BENGKAK ?


Antara dua hingga enam hari selepas bersalin, susu badan terhasil dengan banyaknya untuk memenuhi keperluan bayi anda. 

Pada masa yang sama, lebih banyak darah mengalir ke buah dada dan sesetengah tisu disekelilingnya akan membengkak. 

Ini bermaknan payudara membengkak adalah tanda positif yang menunjukkan susu badan terlah terhasil.

NAMUN..

Walaupun begitu, payudara bengkak sepatutnya hanya keadaan yang sementara sahaja. 

Selagi bayi anda melekap dengan betul dan diberi susu sekerap yang mungkin, bengkak anda akan cepat reda. 

bagaimanakah bagi memastikan bayi anda melekap dengan betul atau pun dipanggil sebagai latching ??


bengkak susu
cara bayi anda melekap dengan betul


bengkak susu
cara bayi melekap yang salah

latching yang tidak betul akan menyebabkan bayi anda hanya menghisap hujung puting dan mungkin menyebabkan puting anda luka dan merekah.


To breastfeed successfully, it doesn't really matter where or how you sit or lieAll that matters is that you are comfortable and able to bring your baby to your breast easily. 





Bukan semua ibu baru mengalami bengkak payudara dalam erti kata yang sebenar.

Sesetengah wanita mendapati buah dada mereka hanya menjadi lebih penuh sedikit, tetapi sesetengah yang lain pula mendapati payudara mereka telah menjadi sungguh besar dan keras. 



BAGAIMANA UNTUK MERAWAT 
BENGKAK SUSU ?



Pakailah bra yang sesuai

ciri-ciri bra yang yang sesuai untuk menyusukan bayi ialah yang memberi sokongan, termasuk pada waktu malam. Jangan beli bra yang tidak padan iaitu jangan pakai bra yang terlalu ketat.

Kerap susukan bayi 

sekerap mana ? setiap 2-3 jam sekali. kalau tengok baby nyenyak sangat tidur.. kejutkan si comel anda.. kerap menyusukan bayi juga membantu anda menurunkan bacaan jaundice.

Menyusukan bayi dari kedua-dua belah payudara.

Pastikan bayi anda menyusu daripada kedua-dua belah payudara pada setiap penyusuan. Cuma pastikan sebelah yang pertama tadi telah dihisap sepenuhnya sebelum memberikan yang sebelah lagi. 

dan pada sesi penyusuan yang berikutnya, mulakan dengan sebelah payudara yang terakhir dihisap.


Pastikan mulut bayi anda melekap dengan  betul semasa menyusu.

Mungkin sukar untuk bayi anda melekap pada payudara anda apabila areola, iaitu kawasan kulit gelap disekeliling puting, sangat keras. 

Untuk memastikan bayi anda melekap dengan betul, perah dengan tangan atau pam susu keluar sehingga areola menjadi lembut. 

Tips untuk memudahkan pengeluaran susu.

Letakkan tuala panas di dada, ataupun mandi dengan air suam sebelum memerah. Air suam mandian itu sendiri mungkin boleh menyebabkan susu keluar dengan sendirinya dan dapat melembutkan areola. 

Ini mungkin akan memakan masa. Sabarlah, dan teruskan mencuba!
Anda boleh !!!


Gunakan pam

jika payudara anda masih penuh, sekali-sekala cuba gunakan pam untuk keluarkan susu berlebihan.


Urut payudara

Semasa sedang menyusukan bayi anda, urut payudara anda secara perlahan-lahan. Ini dapat membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan turut melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payudara.

Petua lama


bengkak susu


menurut orang-orang tua, melatakkan daun kobis segar pada payudara yang membengkak dapat membantu melegakan kesakitan, walaupun tiada bukti untuk menyokong petua tersebut.

ini mungkin disebabkan daun kubis itu memberi  kesan penyejukan tetapi ia tidak dapat mengubati penyebab sebenar payudara bengkak iaitu susu tidak dikeluarkan daripada payudara dengan efisien.



mungkin semua usaha di atas memakan masa bagi anda untuk pulih. 
namun.. pandanglah ia secara positif.
anda akan menikmati hubungan yang lebih erat bersama bayi anda ketika anda menyusukannya.

biasanya bengkak susu ini tidak berlarutan lama.
saya dulu. sebaik saja membengkak..
saya berikan susu kepada anak dengan kerap.

tambahan pula anak saya memang tolak susu botol.
jadi nak tak nak inilah sumber susu ini lah sebagai rezeki anak saya.



bengkak susu


setiap kali payudara terasa perit-perit..
dan susu tiba-tiba menitis keluar tanpa diperah..
itu bermakna anak anda dahagakan susu.
jadi jangan berlengah memberikan susu kepada bayi anda.

alhamdulillah..
memang rezeki anak saya pada masa tu..
susu memang banyak.

namun.. 
bengkak susu jangan dipandang remeh.

hasil perbualan dengan kawan-kawan..
dan juga hasil pembacaan..

ada yang menanggung mastitis yang sangat teruk.
sehingga breast terpaksa ditebuk kerana bernanah.

ada juga yang terpaksa dibedah.
yang paling sedih ialah bila luka bedah tu tidak dijahit sebab ada air susu lagi dan setiap hari kena ke klinik sebab nak cuci.

ya allah..
berat mata memandang..
berat lagi bahu yang memikul.
namun saya puji semangat ibu-ibu ini yang masih berusaha keras agar dapat menyusukan bayi masing-masing.

ada juga yang sampai melecet dan luka di puting.
puncanya ialah bila bayi anda tidak melekap dengan betul. Jika dia terpaksa menyedut atau menarik puting anda ke dalam mulutnya, ini boleh menyebabkan kesakitan.

apa yang anda boleh lakukan ialah  Pastikan bayi anda memasukkan puting breast anda ke dalam mulutnya (bukan setakat bahagian puting sahaja). Untuk melakukan ini, dia perlu membuka mulutnya dengan luas, atau mengangakan mulut.

Jika puting anda sangat pedih dan merekah atau berdarah, anda boleh sapukan minyak atau krim lanolin yang ditulenkan. Dengan cara ini, puting anda dapat sembuh tanpa membentuk kerak luka. Anda juga tidak perlu membersihkan puting daripada kesan minyak sebelum penyusuan seterusnya. 

namun, shaklee mempunyai rangkaian set produk bagi mengatasi masalah di atas.
bengkak susu
bertindak bagi meningkatkan antibodi ibu daripada mengalami sebarang jangkitan. juga berfungsi supaya luka di puting susu anda cepat sembuh. amat bagus sekiranya ibu juga bersalin melalui kaedah pembedahan.


bengkak susu

zinc complex juga bertindak membaiki luka secara luaran dan dalaman. bagus bagi ibu yang terpaksa menjalani pembedahan sekiranya mastitis yang dialami serius dan sekiranya puting susu menjadi merekah dan berdarah.



bengkak susu
lecithin membantu merawat masalah bengkak susu.


bengkak susu



alfalfa dan ESP berfungsi sebagai milk booster. 



bengkak susu



semoga ibu-ibu dapat melalui cabaran bengkak susu tanpa masalah yang serius. pandang masalah ini secara positif. jika anda tabah melaluinya, percayalah.. hujungnya nanti anda akan melalui pengalaman yang sungguh manis ketika menyusukan bayi anda.



so, jangan biar masalah bengkak susu berlarutan. 
dikhuatiri membahayakan diri anda dan kesian anak sekiranya tidak puas dapat menyusu dari ibu.

jaga kesihatan..
jaga pemakanan...
segeralah berjumpa dengan doktor sekiranya masalah berlarutan.

sebarang info lanjut boleh hubungi saya. perkongsian masalah bersama saya amat dialu-alukan. free consultation.


Azlina
 013-7755256
azlinahmdn@yahoo.com


-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...