Followers

Tuesday, April 28, 2015

RESEPI KEK CHEESE CONFIRM JADI TERUTAMA UNTUK BEGINNERS MACAM SAYA!!

selepas percubaan pertama berakhir dengan kek bentat, frust sungguh rasa... 
bau dah semerbak 1 rumah macam bakery shop.. 
tengok2... kek tak menjadi..
kena cari mixer nampak gayanya macam ni..

bahan lebih  banyak lagi ni.. 
nak buat apa ye ?
atas cadangan kawan2.. saya cari2 mixer di lazada.com.my

harga cantekk.. below RM90.00
kebetulan ada lagi less 10% untuk CIMB cardholder..
memang reasonable harga  dengan kapasitinya yang 3liter tuh...

tak sampai seminggu mixer sampai dah..
taraaa....
berbaloi sebab tak perlu waste time dan petrol berjalan dari kedai ke kedai semata-mata nak cari yang berkenan di hati.

saya buat resepi ni dah 4 kali.
kali pertama tak jadi sebab main redah pukul adunan secara manual.. hehehe..

cubaan yang lagi 3 kali tu.. pergh...
tidak mendukacitakan langsung walau sekelumit pun..

memang seronoklah bagi bakers yang tahap beginners macam saya ni.
mau tak kembang setaman..
bangga woo dapat kek gebus gebas macam ni..

meh kita intai resepinya



~KEK SPAN CHEESE~




Bahan-bahan
1 1/2 cawan tepung kek (saya pakai superfine flour) *
1 cawan gula (saya kurangkan sikit sukatan gula ni sebab tak suka manis) *
5 biji telur *
1 sb ovelette *
1sk baking powder *
1 sk esen vanilla *
3/4 cawan minyak
1/2 cawan susu segar
3 keping cheese

bahan-bahannya senang sangat.. takde nak cari bahan pelik-pelik kat kedai kan..




pukul kesemua bahan yang bertanda * sehingga betul-betul gebu.
saya main masukkan je semua sekali bahan  dan putar je ..

hahaha..
nampak nau takde skill nak buat cake langsung akak ni..
yang penting keknya gebus okeh!!



putar
putar lagi
kita putar lagi..


putar tak sudah-sudah
sementara tu cairkan cheese dengan susu menggunakan api yang kecik.
jangan sampai hangit tau!!
ini just nak bagi cheese tu mencair..
biarkan sejuk dan ketepikan



see... 
saya putar sampai warna berubah dari macam gambar kat atas warna kuning kepada warna putih macam ni..
rasan-rasanya gebu dah ni daripada tadi..

sekarang, masukkan campuran cheese dan susu tadi dan putar lagi.

last sekali kita tuangkan minyak dan putar lagi untuk 5 minit.



ini rupa adunan kita selepas kita tuangkan campuran cheese + susu dan minyak.




kemudian tuangkan dalam loyang favourite masing-masing..
nak letar colour2 pun boleh juga..
tapi saya prefer warna cake yang ala-ala warna cheese gitew!!!
so biarkan dia dengan original colour.


sementara tu , jangan lupa panaskan oven sebelum masukkan adunan kita ni..
saya main letak je..
150 celcius , 10 minit.



selesai panaskan oven..
masukkan adunan kita tadi..
suhu  : 170 celcius
masa  : 45 minit
api  : atas bawah



duduk bertapa dalam tu elok-elok tau!!
adunan dah mula naik sikit-sikit



kejadian mistik ni..
cake terangkat sebelah..
hahaha...

saja je nak tunjuk kehalusan dan kegebuan diri  eh!!




taraaa....
siap dah..
ganas kan..
cucuk kat tengah-tengah gara-gara nak tau masak ke tak cake ni..

ini dah kali ke -4 saya cuba bakar cake ni..
memang senang sangat nak keluarkan dari loyang atau bekas..

sebelum ni saya cuba bakar dalam loyang biasa..
dan dalam bekas aluminium foil yang beli dr kedai kek..
pun masih senang nak keluarkan kek walaupun tak sapu dulu bekas tu dengan butter bagai..






meh potong sikit bagi tunjuk isi dalam macamana..
haaa...
sila makan hati.. hehehe

memang menyesal kalau tak cuba.

rasa dia macamana ?
sapa pernah makan kek osaka ..
macam tulah lebih kurang rasa dia..

kalau nak bagi rasa sebijik macam osaka...
boleh juga sapu dengan ising ..
buat je ising sendiri..

tapi saya tak buat pun ising sebab makan macam ni pun dah sedap banget!!



ok.. saya jamin resepi ni pasti menjadi..
dahlah senang..
sedap pulak tu..

"SELAMAT MENCUBA"






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...