Followers

Wednesday, March 4, 2015

LELAKI BOTAK PALING MENGGODA. TAPI, KALAU WANITA YANG BOTAK ?



jangan sesekali menawarkan shampoo rambut pada lelaki botak.
kerana kemungkinan anda akan makan bubur sebulan.
gara-gara..
tidak peka isu semasa.
zaman ini, melihat lelaki botak pada usia muda bukan lagi perkara asing.
ada juga yang beranggapan, lelaki botak paling menggoda.



"Kajian  mendapati lelaki botak bersifat lebih dominan, lebih maskulin dan sesuai untuk menjadi pemimpin"

WAH!!! fakta ini memang MENARIK. teruskan pembacaan anda..


ini bermula apabila seorang penyelidik, Albert Mannes,  memutuskan untuk membotakkan kepalanya apabila mula mengalami masalah keguguran rambut di usia 30-an. Beliau dapati ramai yang melayannya dengan cara berbeza dan mula berfikir untuk membuat kajian berhubung senario tersebut.





Dalam ujian pertama, 
beliau menunjukkan gambar peserta lelaki dengan kepala botak dan peserta yang mempunyai rambut.

Undian jelas memihak kepada si botak dengan statistik yang tinggi berbanding lelaki berambut.


Dalam ujian kedua,
Mannes menunjukkan seorang lelaki mempunyai rambut dan lelaki sama dengan kepala botak menggunakan teknik Photoshop.

Namun sungguh memeranjatkan .

Keputusan bancian itu kemudiannya memihak kepada lelaki botak kerana disifatkan lebih berpotensi untuk berkuasa, berkeyakinan, lebih maskulin dan tinggi sifat kepimpinan.


“Ini menunjukkan lelaki botak mampu memberi mereka rangsangan sosial dan psikologi dan mampu membuka laluan di tempat kerja serta dalam kehidupan,” 


namun..
masalah botak harus dipandang berat oleh kaum lelaki jika ia berlaku pada usia yang masih sangat muda.
atau sekiranya rambut gugur secara kronik dan  berterusan.


------------------------------------------------------
Dr. Zubaidi menulis :


Rambut sebenarnya organ ringkas yang amat dihargai oleh wanita. Namun tidak kurangnya lelaki. Walaupun lelaki tidak menjaga rambut serapi wanita, namun apabila kepala mula membotak, lelaki juga risau tentang penampilan yang berambut nipis itu. Lalu lelaki membotakkan kepala untuk menutup rasa aib terhadap perubahan di kepalanya.
Bagi wanita yang mula mengalami ketipisan rambutnya, sudah tentu membotakkan kepala bukanlah cara terbaik kerana penampilan itu tidak feminine dan tidak melambangkan wanita yang sihat. Wanita yang subur selalunya dikaitkan dengan helaian rambut yang ikal dan rimbunan rambut yang lebat.



Keguguran rambut secara banyak samada buat sementara atau tetap dinamakan Alopecia dan puncanya terlalu banyak. Namun masalah keguguran rambut tidak patut dirisaukan kerana ianya adalah fenomena biasa.
Apa yang sepatutnya dirisaukan ialah masalah keguguran rambut secara berlebihan, yang akan menyebabkan masalah rambut menipis dan kebotakan.
Rambut seperti mana organ yang terdiri daripada ribuan sel-sel mempunyai kitaran hidupnya sendiri. Setiap rambut akan gugur kemudian rambut baru akan tumbuh semula di tempat rambut yang gugur itu selepas beberapa waktu.
Oleh kerana ada sifir sebegini, untuk mengekalkan keanggunan rambut, maka kadar rambut yang gugur haruslah sama dengan rambut yang tumbuh. Barulah bilangan helaian rambut akan menjadi tetap kekal.
Namun keguguran rambut menjadi ketara apabila rambut yang gugur lebih banyak dari yang tumbuh semula. Dengan perkataan lain, keguguran rambut yang berlebihan disebabkan banyak rambut yang gugur, sedikit yang tumbuh. Kulit kepala akan menjadi seperti padang yang gersang, kering kontang tanpa lalang.
------------------------------------------------------
lepas ni , lepas sikat tengok pada sikat ?
lepas mandi ? tengok lantai..
pada bantal lepas bangun tidur ?
banyak tak rambut anda yang gugur.
kadar keguguran rambut yang normal setiap hari ialah 50-80 helai sehari. banyak kan ???
itu normal .. jangan terkejut.. memang banyak tu..
namun jika ia melebihi 80 helai rambut gugur sehari, itu bukan lagi normal.. tapi dah menjadi problem.

------------------------------------------------------
Dr. Zubaidi menulis lagi :

kita tidak perlu risau kadar kehilangan rambut, tetapi kita harus risau kadar pertumbuhan rambut yang lambat yang akan membuatkan rambut kelihatan nipis dan kepala kelihatan membotak.
Setiap helaian rambut akan tumbuh dari folikel rambut (hair follicle) yang berada di kulit kepala, juga dikenali sebagai “akar rambut”.
Sebelum helaian rambut ini tumbuh semula, folikel berada dalam keadaan ”rehat” (tidak tumbuh memanjang) selama 100 hari. Setelah 100 hari waktu berehat, folikel mula mengeluarkan helaian-helaian rambut.  Setiap helaian akan bertahan selama tiga hingga tujuh tahun sehingga ianya gugur dan digantikan dengan helaian baru. Ada kajian mengatakan helaian rambut akan bertahan selama 1000 hari.
Secara purata rambut akan tumbuh sepanjang setengah inci setiap bulan. Kadar pertumbuhan paling ketara ialah antara umur 16-24 tahun. Rambut akan tumbuh lebat pada usia berumur antara lima belas sehingga tiga puluh tahun.
------------------------------------------------------

mari kita tonton bagaimana puan maria awi mengatasi masalah rambut gugurnya.




nampaknya set berikut banyak membantu beliau selepas digunakan secara konsisten.






dalam masa yang sama, anda juga perlu ambil kira faktor yang menyebabkan  ranmbut gugur.

1. umur
2. Bagi lelaki ianya lebih disebabkan oleh faktor baka keturunan
3. Bagi wanita pula disebabkan oleh kelahiran bayi,  pil perancang, mengandung dan menopause yang semuanya disebabkan perimbangan hormon yang tidak stabil.
4. Stress di tempat kerja juga menyebabkan keguguran rambut berlebihan. 
5. Tekanan mental dan fizikal (kepenatan) akibat tuntutan kerja di bandar
6. jangkitan kuman di kulit kepala
7. kesan sampingan ubatan (herba dan moden)
8. hormon yang tidak stabil.
9. trauma pada rambut
10. ubat-ubatan

nampaknya, masalah rambut gugur sehingga menyebabkan botak pada lelaki harus dipandang serius walaupun anda yang menganggap lelaki botak adalah lelaki yang paling menggoda.

bagi wanita, masalah rambut gugur sehingga menyebabkan botak mampu membuatkan mereke histeria.

dan jangan biar histeria serta kemurungan anda berlarutan .
hubungi saya untuk mendapatkan set rambut gugur di atas.

------------------------------------------------------------------------
Azlina 
013-7755256
azlinahmdn@yahoo.com




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...