Followers

Monday, February 23, 2015

MERAWAT SENGGUGUT TERUK DENGAN CARA PALING MUDAH

senggugut teruk

sejak kali pertama saya datang haid atau dikenali sebagai datang bulan atau pun period..
alhamdulillah... tak pernah pula saya sakit sangat atau dikenali sebagai senggugut.
jadi tak pernah tau macamana rasa senggugut teruk tu.

seram sejuk tengok kawan yang selalu kena senggugut ni..
setiap bulan kena..
terbaring di katil..
setiap bulan kena makan ubat tahan sakit.

saya duduk asrama..
so, senario ni selalu sangat terjumpa.
cklassmate..
schoolmate..
mahupun roommate

so setiap bulan akan ada harinya dia tak hadir ke kelas PREP.
so, satu kelas akan tau masa tu dia tengah datang bulan.
even satu sekolah tau gamaknya.
kami bukan ramai sangat pun satu sekolah
kesian...malulah dia weh!!!!

TAPI..
panas disangka sampai kepetang
rupa2nya hujan ditengahari

pernah sekali..
saya period..
tiba2 sakit errmm...
nak cakap macam mana yea..

bukan sakit di perut..
tapi ..
punggung..
peha..
sampai ke betis semuanya pun sakit.


senggugut teruk


berguling tak boleh masa tu sebab saya duduk katil atas.
maka menahan kesakitan sehingga tertonggeng-tonggeng di atas katil.
sudahnya..
saya tertidur dalam keadaan menahan sakit.

lepas terjaga dari tidur ..
saya bangun tanpa sedikit pun rasa sakit.

masa tu pelik yang amat..
apa jenis sakit pulakni..

lepas buat sedikit survey dari kawan2
baru saya tau...
owh... itu yang dinamakan senggugut.

selepas insiden itu saya semakin berhati-hati
tak lah kena period pain setiap bulan
tapi kadang-kala saya tetap terkena sunggugut itu

saya perasan..
jika siangnya saya makan kangkung atau minum ice..
siap sedialah malam tu..

senggugut teruk


dan bila dah masuk U
menstrual pill kena sentiasa duduk dalam bag
in case kena serangan masa lecture
saya ada penawarnya dengan kadar segera


Senggugut atau istilah perubatannya dipanggil dismenorea kebiasaannya merujuk kepada kesakitan yang dialami semasa permulaan haid. Kesakitan yang dirasai ketika datangnya haid disebabkan oleh penguncupan dinding rahim yang amat kuat.

kenapa rahim menguncup ?

Proses ini bertujuan mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur dengan sedikit tisu daripada selaput dinding rahim (selaput endometrium). Darah ini perlu dikeluarkan melalui saluran pangkal rahim atau serviks. 
Secara fisiologinya, semasa terjadinya haid, berlaku penguncupan dinding rahim yang begitu kuat disebabkan oleh sejenis hormon yang dikenali sebagai 'prostaglandin'. 
Setiap 'prostaglandin' ini mengandungi 20 atom karbon. Ini menjadi pengantara serta memberi banyak kesan terhadap psikologi. Oleh sebab itulah kesakitan terasa dan jika ia dihasilkan secara berlebihan maka terjadilah senggugut.
walaubagaimanapun, Prostaglandin yang berlebihan akan mengakibatkan rasa mual, cirit-birit, muntah serta sakit kepala. 

senggugut teruk


Faktor lain yang menyumbang kepada sakit senggugut adalah 
1. diet berlemak, rendah protein dan rendah serat.
2. Pengambilan gula yang banyak dan alkohol serta kopi semasa haid boleh mengakibatkan senggugut. Wanita yang merokok lebih berisiko untuk mengalami senggugut berbanding yang tidak merokok. 
3.Rehat yang tidak mencukupi.
4.tekanan tinggi di tempat kerja serta sekolah boleh mengganggu keseimbangan bahan kimia di dalam badan anda dan seterusnya mengakibatkan senggugut.

statistik menunjukkan bahawa 10 hingga 20 peratus wanita mengalami senggugut sewaktu dalam peringkat subur. Walaupun ia biasanya berlaku di kalangan wanita berumur antara 25 hingga 40 tahun, endometriosis boleh dialami wanita bermula dari kali pertama mendapat haid hinggalah menopaus, tidak kira sama ada mempunyai anak atau tidak.

namun jangan dianggap remeh jika anda mengalami sakit senggugut yang teruk ..

ia mungkin petanda kepada sakit yang yang lebih kronik.


"Jangan pandang ringan senggugut atau sakitketika haid, sama ada masih gadis atau wanita belum kahwin. Jika sudah kahwin pun masih lagi ada senggugut , ini munkin menandakan adanya penyakit endometriosis.

Tidak semua senggugut pada gadis atau wanita belum kahwin dikaitkan dengan penyakit ini.

malah kebanyakkan disebabkan olih kuncupan rahim yang kuat akibat pintu rahim sempit dan lepas kahwin senggugut jenis ini akan hilang.


tetapi lain kisahnya bagi pesakit ini

Pesakit ini telah kahwin lebih tiga tahun tapi tidak pernah hamil. setiap bulan akan mengalami senggugut teruk. Gambar dari teropong laparoscopy , rahim didepan dan usus dikelakang dan kelihatan ovary berwarna puteh dan didalam nya ada endometriotic cyst. Pada dinding rahim pula ada tumbuhan fibroid.


Lihat darah kotor warna coklat kehitaman, yang terkandung dalan endometriotic cyst dalam ovary (warna putih)

Kandungan endometriotic cyst - darah kotor- ia juga digelar dengan nama 'chocolate cyst'

Penyakit endometriosis merosakan organ2 peranakan. 

dalam pesakit ini ovary rosak, akibat dari reaksi inflammation/radagan, timbul adhesion dan scarring yang bolih melanda kilang ovary dan saluran fallopian dan dinding belakang rahim.

Seringkali juga saluran benih/fallopian menjadi tersumbat atau sempit dan ini meyukarkan peroses percantuman benih lelaki dan telor permpuan.

Dalam situasi yang teruk , rahim menjadi rosak dan tumbuhan adenomyosis timbul menyebabkan senggugut yang amat sangat.

Adenomyosis, rahim bengkak macam 3 bulan mengadung. Lihat gambar diatas, saya belah rahim dan kelihatan dinding rahim jadi sangat tebal akaibat adenomyosis.

Sesiapa yang mengalami senggugut, sukar hamil atau sering gugur, perlu jumpa pakar sakitpuan utuk pemeriksaan dan scanning. Jika ada retroverted uterus, kemunkinan besar dia ada penyakit endometriosis. Bedah laproscopy adalah sangat penting untuk mengsahkan dan seterusnya merawat penyakit endometriosis, Kedudukan rarahim yg retroverted perlu diperbetulkan waktu laparoscopy , jika ada cyst . ia perlu dibuang, jika saluran sumbat perlu dibetulkan dengan 'tubal repair' dan jika ada adhesion perlu lakukan 'adhesionolysis' semuanya dilakukan sekali gus.

anda dah baca apa yang ditulis dr.hamid arsat kan ??

makanya jangan pandang remeh sekiranya anda sering diserang senggugut yang teruk setiap kali datang bulan. bahaya kan ??

maka, seharusnya kita tidak terlalu bergantung dengan ubat penahan sakit semata-mata yang mana kita sendiri maklum kesan buruk akibat pengambilannya secara berpanjangan.

mari kita lihat bagaimana pengguna shaklee ini menangani masalah senggugutnya.
tak sangka dalam masa setengah jam hilang rasa sakit tersebut.
apa yang beliau ambil ?
mari kita saksikan..




dalam pada pengambilan ubat-ubatan..
mahu pun supplement
kita seharusnya mengamalkan gaya hidup sihat.

elakkan pengambilan alkohol, rokok serta kopi semasa datang haid.
kalau saya, pantang benda2 sejuk seperti kangkung dan air batu.

dan shaklee mempunyai rangkaian set senggugut bagi membantu anda menangani masalah senggugut yang kronik.

B Complex - berfungsi untuk mengurangkan stress dan rasa sakit
Ostematrix - melegakan cramp (kekejangan) serta sakit belakang
Gla Complex - mengimbangi tahap hormon , membantu mengawal penghasilan  hormon
                      prostaglandin.


senggugut






ingat !!
jangan pandang remeh masalah senggugt anda.
SEGERA  dapatkan rawatan dan nasihat daripada doktor jika masalah tersebut masih berpanjangan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...