Followers

Friday, February 13, 2015

IBU TRAUMA GARA-GARA SEMBELIT SEMASA BERPANTANG. RISAU JADI BUASIR PULA NANTI..


tahu tak apa yang detik cemas yang saya tak boleh lupa selepas bersalin ?
bukan kesan jahitan..
bukan sebab saya stress sebab anak malam berjaga..
siang dia memanjang tidur..
bukan main lagi eh!!!
hehehe...
apa yang paling mengerikan ialah ..
kekerapan saya membuang air besar tidak seperti biasa.
sembelit semasa berpantang!!!


sembelit semasa berpantang




kalau dulu hari-hari..
tapi.. lepas bersalin..
10 hari pun masih tak ke toilet
bayangkan... sampai ke tahap itu sekali

kesan bila lama tak membuang..
kepala pening2..
saya rasa loya2
dan perut rasa sebu.. tak selesa sangat2

dan kalau dah selama itu ia bertapa di dalam perut..
maka..
saya mengalami sembelit yang teruk sangat

saya menangis setiap kali keluar toilet
dan saya rasa..
kalau ada tempat lain boleh bagi keluar n**** tu..
memang saya akan buat...

saya dah try makan jamu..
makan pisang
makan yang lembut2 sahaja..
daging pun tak berani makan
minum tonik cap gajah

macam2 lah..
satu pun tak jalan

dan masalah tu berlarutan sehingga 5 bulan selepas bersalin.

dan saya trauma sehingga kini apa saja berkaitan dengan sembelit

meh kita tengok pengalaman Khadeejah hasmad berpantang dengan set shaklee yang mana berjaya membantu beliau menangani masalah sembelit.






APA AGAKNYA PUNCA YANG MENYEBABKAN IBU DALAM PANTANG MENGALAMI SEMBELIT YE ??

1. diet yang tidak seimbang semasa berpantang.
2. kesan hormon kehamilan yang masih ada dalam badan ibu. Hormon ini memperlahankan pergerakan makanan melalui salur penghadaman anda.
3. pengambilan sesetengah pil zat besi yang diambil juga membuatkan sembelit menjadi lebih kronik.


                       
                      APA TINDAKAN YANG KITA BOLEH AMBIL ?


PERTAMA SEKALI..
perhatikan bila BIASANYA anda ke toilet. Biasakan diri pergi ke tandas pada kali pertama anda rasa mahu membuang air besar. Waktu awal pagi atau kira-kira satu jam selepas waktu makan adalah masa yang sesuai untuk anda cuba ke tandas. 

KEDUA...
Pastikan minum air secukupnya dan lakukan senaman. Perlu makan makanan berserat tinggi seperti bijirin bijian penuh, roti bijian penuh dan buah-buahan serta sayur-sayuran segar setiap hari. 
Jangan strict sangat masa berpantang berpantang dengan tidak mengambil langsung sayur-sayuran atau buah-buahan.
Anda juga dinasihatkan minum banyak air atau jus buah sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Jus prun juga boleh membantu.

KETIGA
Kurangkan pengambilan daging merah kerana boleh menyebabkan sembelit. Kurangkan pengambilan makanan segera.

PERINGATAN!!!
Jangan ambil ubat-ubatan berbentuk julap yang boleh didapati di pasaran tanpa mendapat nasihat daripada doktor terlebih dahulu. 

                     APA KESANNYA JIKA SEMBELIT BERPANJANGAN 
                                   DAN SEMAKIN KRONIK??

sembelit semasa berpantang



Kadang-kala, sembelit boleh menyebabkan buasir. Ini boleh jadi menyakitkan, gatal dan tidak selesa.
tetapi boleh dirawat menggunakan krim dan minyak untuk mengurangkan simptomnya. Buasir biasanya reda sendiri tidak lama selepas anda bersalin.
BuasirBuasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada salur darah vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur.
Apabila vena ini membonjol keluar, ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Ianya terjadi disebabkan tekanan dalam darah di bahagian rektum terlalu tinggi, menyebabkan dinding vena meregang dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya ketika meneran apabila membuang air besar  

(INI PALING MENGERIKAN.... ITU YANG KADANG-KADANG BILA SEMBELIT AKAN KELUAR DARAH SETIAP KALI KITA MENERAN....huwaaaa..... sakit yang tak tau nak cakap macamana..pedih..ngeri... semua pun ada...)

sila rujuk dengan doktor jika masalah ini masih berpanjangan. doktor mempunyai beberapa alternatif untuk masalah ini.. 

salah satu daripadanya ialah dengan ubat pelembut najis, Lingkaran getah (rubber band ligation) atau kaedah Ligasi Arteri Hemoroid (Haemorrhoidal Artery Ligation).

dan ...
Jika terdapat gejala tertentu seperti darah dalam najis, sakit atau gangguan pada dubur segeralah berjumpa doktor dan JANGAN TUNGGU IA MELARAT.


berbalik kepada masalah sembelit saya semasa berpantang sebelum ini..

masa tu saya tak kenal lagi shaklee ni

so, apa yang saya boleh buat masa tu ialah..
jaga pemakanan. air cukup.. makan sayur banyak..elakkan makan daging...

dan saya akan pastikan setiap hari akan ke tandas.
sebelum bersalin, memang rutin saya akan membuang air besar setiap pagi.

bagaimana caranya saya menjaga masa ke tandas ??
setiap hari..
selepas solat subuh...
sebelum mulakan sebarang kerja..

masa ni anak pun tak bangun lagi kan
ambik masa dalam tandas..
duduk lah kat tandas tu  macam nak buang air besar..
walaupun tak rasa nak membuang..

mula2 takde kesan..
lama-lama rasa ingin membuang dan perut anda akan terbiasa dengan rutin tu.

alhamdulillah...
hanya selpas 5 bulan selepas bersalin baru saya pulih sepenuhnya..
syukur sangat-sangat..

sayang sekali..
masa tu saya tak consume set bersalin macam Khadeejah hasmad. 
kalau tak.. taklah saya trauma sampai hari ni gamaknya...
hehehe...

dan bila lah masanya..
saya boleh rasa sendiri set berpantang ni yea ??
katanya memberi tenaga..
susu untuk anak semakin meriah
dan yang paling penting..
tak sembelit lagi...





----------------------------------------------------------------------
Azlina (SID 891980)
013-7755256
COD sekitar Endau dan Mersing.
Penghantaran melalaui pos di sekitar Malaysia.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...