Followers

Thursday, February 19, 2015

KENALI 10 CIRI ANDA MEMANG SEORANG CHEF


orang perempuan
mula2 belajar memsak
mesti macam ini situasinya kan..
hehehe..


SITUASI 1
------------




kalau menggoreng tu..
tak kirakah menggoreng apa pun
peneman setia semestinya tutup periuk
atau balut tangan yang pegang sudip siap-siap

takut terkena minyak panas kekdahnya..
hahaha..

especially bila goreng telur atau goreng sotong kan..

paling takut kalau tetiba meletup dan terkena muka pulak minyak panas tuh!!

mungkin tahap kronik bila ada yang sampai pakai helmet masa goreng ikan!!!

haaaa...
kuikuikui..
yang ni mak tak pernak tengok lagi!!!



SITUASI 2
-------------




kalau masak apa-apa
paling risau bila tak tau nak agak..

ikan/ayam di dah masak ke belum..
rasa lama dah ikan asam pedas tu dalam periuk

aish... 
ayam masak kari ni dah masak ke belum ek???

lalu..dibelek2 ikan tu..
diterbalik-balikkan ayam tu..
sampai naik hancur kepala ikan sebab selalu sangat kena usha...

pelik tengok mak-mak kita masak rilek jek..
tanpa perlu risau ayam tu dah masak ke belum. 
boleh sambil masak lauk lain pulak tu!!!


SITUASI 3
-----------




nak masak lauk apa pun
kena tanya  betul2 bilangan bawang merah, bawang besar, bawang putih, halia, serai..

kalau tak rasa macam tak jadi je lauk aku hari ni .....

kalau boleh bawang pun nak ukur dia punya ukur lilit sebelum kupas sebab risau tak jadi sama macam mak kita masak!!




haaa...
tapi..
masa kan berjalan..
practice makes perfect ..

makin lama kita makin mahir
termasuklah di dapur

waahhhh..
kini anda dah macam chef dah!!!
chewahhh!!!!


kenali 10 ciri anda layak dipanggil chef!!!!



1. BOLEH MASAK 2-3 LAUK SERENTAK




apa ada hal kan kalau masak 2-3 lauk serentak..
lauk bukan calang-calang tau..

ayam masak kari
ikan masak sweet sour
ayam panggang lemon

silap-silap..
yang dapur ada 4 tungku tu...
masak 4 lauk serentak

tak sampai sejam siap lauk makan tengahari..

kelasss kau jah!!!!


2. MEMASAK SAMBIL BUAT KERJA LAIN





memasak sambil jaga anak
anak menangis
ajar anak homework
buat susu anak
hebat tu!!
macamlebih dari 2 je tangan ibu 

memasak sambil mop lantai..oppss...ini bahaya..
takut2 anda tergelincir kat lantai..
tapi kalau setakat nak tunggu ayam masak dalam oven boleh sangat buat macam ni!!

memasak sambil pegang handphone..
google resepi katanya...
hehehe....

memasak sambil jemur baju

memasak sambil mengadap laptop
update blog siap!!!!
hahaha...

memasak sambil menyapu rumah

WOW!!!
awesome kan kita sebagai mak!!!



3. NASI SEPERIUK HABIS SEKALI MAKAN

punyalah khusyuk suami dan anak-anak makan..
sampai habis seperiuk nasi

sedap sangat ibu masak tu..

bukan setakat habis seperiuk nasi..
lauk pun licin sama..

kembang hidung mak..

ok mak!! behave ye...
jangan sampai kembang melampau hidung tu!!!


4. TAK PERLU RUJUK BUKU MASAKAN

sebut je nak makan apa..

laju je mak angguk kepala nak masakkan untuk anak-anak
semua resepi dalam kepala

siap ada folder lagi
folder menu orang demam
folder menu sarapan
folder menu nasi colour2
folder menu makan malam
folder desert

create je new folder
memang kekal dalam kepala mak2

tepuk untuk diri sendiri semua!!!!!
clap!clap!clap!


5. SELAMBA JE BILA ADA LETUPAN KECIL DARI KUALI MASA MENGGORENG




kalau dulu takut terkena percikan minyak panas..
paling digeruni

sekarang..
setakat  setitik dua terkena tangan ..
mak-mak ni layankan aje..
tiada lagi tudung periuk nak tutup muka bagai..

memang tak boleh nak elaklah kalau tiap2 hari memasak kat dapur
ada tak de pun sediakan cream melecur siap2
minyak gamat
atau basic H shaklee

kena je minyak panas..
cepat2 sapukan benda-benda di atas


6. NISBAH BAWANG MERAH DAN BAWANG PUTIH DI HUJUNG JARI

tiap kali memasak dah boleh agak dah..
berapa banyak bawang nak guna
berapa pulak lada kering
garam
gula

pejam mata je mak-mak  ni curah garam yea..

alah! kalau termasin kita ada caranya..
kentang kan ada..

kentang bertindak untuk menyerap masin..

tak percaya!!
boleh cuba...

haaaa....
tengok tu..
bukan main2 tau skill mak-mak di dapur


7. SESUAIKAN CARA MASAKAN DENGAN KEPERLUAN KELUARGA

especially bila ada antara anak-anak kita yang allergic
menu dia mesti lain dari menu anak-anak yang tak allergic

jadi..
kita sebagai mak-mak ni kenalah kreatif
supaya selera anak tak hilang
dan anak-anak yang allergic  masih dapat makan saing-saing bersama keluarga

sebab tu ada antara menu-menu dirumah kita
takkann dapat di rumah orang lain
di kedai jauh sekali

eksklusif gitew!!!!


8. MEMASAK DENGAN APA  YANG ADA DALAM PETI SEJUK

bukak je peti sejuk..
walaupun kosong

asal ada bawang
lada
ikan bilis
telur

siap sambal tumis ikan bilis
siap sambal telur
telur dadar

pandai  je mak-mak ni memasak dengan bahan sediada.

lagi kalau ada sardin..

tumis
tuang...
siap..

pergh!!!
dengan nasi panas!!!

itu paling sedap mak masak kan!!!


9. MENJAMU TETAMU DATANG RUMAH DENGAN MASAKAN SENDIRI




tak takut2 dah nak jamu tetamu makan kat rumah.
ada feeling ala2 chef..
nasi arab tau!!!!!

kalau ada yang puji,,
okeh!!!
melompat sampai bumbung mak!!! 



10. KEINGINAN HADIR KE KELAS MEMASAK  YANG TINGGI




menuntut ilmu sampai mati

dah terror bab lauk pauk melayu
nak jugak masak try ala2 omputih kan..
lagi2 bila mak pandai tengok channel AFC

nak jugak buat chicken chop
lamb chop
kek cheese leleh
roti

ERMM!!!!
meletoplah dapur mak lepas balik kelas memasakni ye!!!!



haaaa....
jika anda semua 10 ciri di atas..
terbukti anda layak dipanggil chef
atau ketua dapur di rumah masing-masing

HEBAT TU!!!

tapi mana boleh lawan kesedapan mak kita memasak kan???
tak percaya ??

cuba tanya orang lain?
masakan sapa paling sedap??

mestilah masakan mak saya kan??
kan.. kan..

opss...
sebelum terlupa

khas untuk chef di dapur rumah masing-masing tu..

jika nak sentiasa cergas di dapur..
boleh cuba apa yang master lyna ni amalkan

jika master lyna sentiasa bertenaga selepas travel
mak-mak hebat ni pun sentiasa bertenaga untuk memasak di dapur walaupun selepas balik kerja..

layan...




















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...