Followers

Monday, January 12, 2015

ANAK SAKIT : 4 TIPS MUDAH BAGI IBU YANG BEKERJA

anak sakit


11 januari 2015  dan  12 januari 2015
-----------------------------------------

tarikh keramat bagi mak ayah yang mempunyai anak yang  masuk darjah 1, mahu pun anak yang pertama kali menjejakkan kaki ke tadika. janganlah sampai anak sakit pada tarikh keramat tu. doa mak ayah..dan semoga anak2 tabah menghadapi hari pertama persekolahan mereka.

mana taknya..
beberapa adegan yang memang kita jangkakan akan nampak pada sesi awal persekolahan..
akan terserlah pada hari ini..

sesi tarik menarik antara mak dengan anak
sesi menangis 
sesi pujuk memujuk

namun..
tak kurang juga anak-anak yang terlalu excited
sebab dapat kawan-kawan baru

bagi saya..
setelah pengalaman menghantar 3 orang anak ke tadika@darjah 1 dilalui..
senario di atas adalah normal bagi kami sekeluarga



anak sakit


cuma tidak normalnya..bila..
bila anak dihantar ke pusat jagaan selepas sekolah

anak kami  selalu demam
cirit-birit

mungkin ini perubahan bagi anak-anak
sebab sebelum ni.. 
tok yang jaga
dan tak bercampur dengan orang lain

satu perkara yang kita sebagai mak ayah perlu ambik kisah..
ialah..
apabila anak kita duduk di pusat jagaan atau transit selepas sekolah
menyebabkan anak-anak kita mudah terkena jangkitan

mungkin dipengaruhi oleh faktor bilangan kanak-kanak yang ramai
dan ditambah pulak kadang-kadang hadir ke pusat jagaan dalam keadaan selsema, batuk atau demam.
maka.. jangkitan mudah berlaku.

ini berbeza dengan anak-anak yang kebanyakan masa duduk di rumah..
selepas sekolah duduk di rumah..


anak sakit

maka , chances dijangkiti mungkin tak sebanyak yang duduk seharian, dari pagi hingga ke petang bersama kawan-kawan.

beruntung kan..
ibu-ibu yang boleh jaga anak di rumah
anak balik dah boleh makan nasi dan lauk yang ibu masak sendiri

huhuhu...
tiba bab ni sedih pulak



NAMUN..

berdasarkan pengalaman..
ada beberapa perkara yang boleh kita buat   sebagai langkah berjaga-jaga.
supaya anak-anak kita sentiasa sihat
sentiasa ceria
dan fokus dalam pembelajaran mereka.



TIPS 1
-------


anak sakit

sebelum ke sekolah bekalkan anak-anak dengan makanan yang dimasak sendiri, seperti nasi goreng, bihun goreng, burger atau sandwich walaupun kantin disekolah memang ada menyediakan makanan. 

namun, penggunaan minyak yang berlebihan atau penggunaan minyak yang berulang-ulang adalah sesuatu yang diluar kawalan kita.

lebih elok jika kita bekalkan anak-anak dengan makanan sihat yang dimasak sendiri di rumah. 

tips untuk ibu-ibu, sediakan bahan masakan sebeum tidur. esok pagi,tinggal tumiskan je bahan-bahan tersebut dengan nasi atau bihun. ini lebih menjimatkan masa terutama pada waktu pagi.



TIPS 2
--------


anak sakit

simptom-simptom sakit yang ditunjukkan oleh anak-anak jangan dipandang ringan. contohnya, kudis-kudis di tangan dan kaki.. mungkin anak-anak terkena jangkitan penyakit tangan , kaki dan mulut.

maka segeralah berjumpa dengan doktor.

anak saya.. pernah hidungnya terkena kudis dan ketika itu sering berdarah hidung.
ingatkan kudis biasa.

tapi..makin lama makin kerap berdarah hidung dan kudis mula makin banyak di kawasan hidung.
bila bawa berjumpa dengan doktor, rupanya terkena kudis buta. 
darah yang keluar datangnya dari kudis tersebut, dan bukanlah berdarah hidung yang biasa.

doktor tanya, berjangkit dari siapa ? alhamdulillah.. masa tu ambil keputusan untuk kuarantin anak, dan dalam family kami, dia sorang yang kena..

maka, sentiasa pantau kesihatan anak anda.


TIPS 3
--------

amalkan doa ini.



anak sakit anak sihat


semoga anak-anak kita sentiasa dilindungi Allah dari penyakit dan segala bahaya.



TIPS 4
--------
sebagai langkah ikhtiar, kita boleh cuba berikan set anak sihat ini kepada anak-anak kita.




anak saya mempunyai pengalaman menarik hasil penggunaan set "go to school" ini.
selara makan makin bertambah, jarang sakit serta penumpuan di kelas semakin baik.
hidung yang sering tersumbat pada waktu malam pun kami tak sedar.. dah lama hilang.kalau tak dulu, VICKS peneman setia. 

sedikit sebanyak set ini membantu anak saya lebih "kebal" dalam meneruskan persekolahan serta sihat dari segi luaran dan dalaman. alhamdulillah..

semuanya atas izin Allah jua..


kesimpulannya, 
bila anak-anak sering demam
sakit

mesti kita sebagai ibu dan ayah pun tak fokus pada kerja
atau ada ibu yang sering ambik cuti bila anak sakit

tak best lahkan..
kalau kawan yang astik tanggung keje kita bila kita terpaksa ambil EL sebab nak jaga anak sakit.
lebih elok kita ambil langkah pencegahan dalam memastikan anak-anak kita sentiasa sihat, ceria dan pintar.
------------------------------

Azlina
Shaklee ID 891980
013-7755256
COD area Mersing dan Endau
Free consultation

                                                                 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...