Followers

Tuesday, January 20, 2015

DILEMMA IBU MEMPUNYAI BAYI PRAMATANG


layan dulu video ni..


.

untung ibu muda kita ni kan?? mempunyai bayi 

siapa yang ada pengalaman melahirkan anak pramatang mesti mengalami dilemma yang sama seperti ibu muda ini.

pengalaman saya melahirkan si kembar, pramatang juga... cukup mencabar. apatah lagi si kembar ada G6PD pulak...

malangnya, masa tu saya takde pendedahan mengenai set menyusu dan set bersalin selain daripada jamu dan ubatan lain yang dijual di toko-toko jamu.

alhamdulillah..
ibu muda kita ni berjaya melalui tempoh berpantang dengan sihat.

dan apa yang paling membuat saya terharu ialah , apabila si ibu muda ini menyatakan bahawa keutamaan bagi dia ialah untuk menyusukan bayi.

bagi yang pertama kali dengar pramatang mesti tertanya-tanya kan?
atau masa saya di hospital dulu,nurse sebut sebagai pre-matured atau PREM.


APAKAH ITU BAYI PRAMATANG


Dalam terma perubatan, kelahiran pramatang berlaku apabila bayi anda dilahirkan sebelum lengkap minggu ke-37 kehamilan. 

Dianggarkan bahawa 5 peratus daripada kelahiran adalah pramatang. Bayi yang dilahirkan pada minggu ke-36 selalunya tidak mempunyai masalah, walaupun saiz bayi itu mungkin lebih kecil dan ia mungkin mengalami masalah pernafasan. 

Walau bagaimanapun, bayi yang dilahirkan lebih awal dari 36 minggu memerlukan lebih banyak pembesaran lagi dan organ dalamannya perlu menjadi lebih matang. 

Bayi sedemikian mungkin lemah sedikit dan sukar menghisap dan bernafas. 

Bayi-bayi yang lahir seawal minggu ke-22 hingga minggu ke-25 memang mempunyai peluang yang baik untuk hidup, tetapi lebih daripada separuh akan mempunyai ketidakupayaan sama ada ringan atau lebih teruk. 


SUMBER : http://www.babycenter.com.my/a1031133/pelahiran-pramatang#ixzz3PK7ZdUZQ




RISIKO MELAHIRKAN BAYI PRAMATANG


Terdapat banyak faktor risiko yang lain. Ingatlah bahawa anda mungkin positif bagi semua faktor-faktor ini, namun, masih boleh mengandung bayi anda sehingga genap sembilan bulan atau anda yang tidak positif bagi faktor-faktor ini, namun, masih melahirkan bayi secara pramatang. Faktor-faktor risiko ini ialah: 


  1. jangkitan pada vagina dan saluran urin;
  2. hamil kembar atau lebih;
  3. merokok;
  4. mengambil dadah seperti kanabis, ekstasi atau kokain;
  5. hidup dalam kemiskinan;
  6. menjadi mangsa keganasan rumahtangga;
  7. beberapa keabnormalan pada uterus;
  8. pernah menjalani pembedahan serviks sebelum ini;
  9. pernah menggugurkan kandungan;
  10. pernah mengalami keguguran, terutamanya di antara minggu ke-16 dan ke-24;
  11. pernah mengalami kelahiran pramatang;
  12. bertukar pasangan di antara dua bayi pertama anda.


OK.. nampaknya risiko kelahiran bayi pramatang saya pada 11 tahun yang lepas  jatuh pada kategori hamil kembar. masa tu bersalin pada minggu 33.


dan penjagaan bayi pramatang ini dah tentu berbeza jika nak dibandingkan dengan penjagaan bayi normal.

Jika bayi anda dilahirkan sebelum minggu ke-34, dia mungkin perlu ke Pusat Penjagaan Insentif Neonatal dengan segera. Anda mungkin boleh melihat bayi anda sebentar sahaja sebelum dia dibawa pergi. Ini amat menakutkan dan anda akan memerlukan sokongan daripada doktor, yang sememangnya memahami perasaan anda. 

Anda boleh melihat bayi anda sekerap mana yang anda kehendaki. Anda akan berasa yang anda tidak boleh melakukan apa-apa untuknya, tetapi ini tidak benar.


 Anda masih boleh menukar lampinnya, mengusapnya, bercakap dengannya, dan mungkin memegang dan menyusukannya. Ingatlah bahawa bayi anda memerlukan layanan yang istimewa yang hanya boleh diberikan oleh ibu dan bapanya, sama banyaknya dia memerlukan bantuan perubatan. 

Bayi yang dilahirkan antara minggu ke-34 dan ke-37 mungkin tidak memerlukan sebarang rawatan perubatan. Bayi anda mungkin akan terus ke wad posnatum bersama anda. 


Anda digalakkan mendukungnya rapat dengan dada anda. Ini akan memberikan belaian emosi dan fizikal yang baik untuk pembesaran bayi anda. 

pada tahap ini, sokongan dari segi fizikal dan mental amat diperlukan daripada ahli keluarga terutamanya suami.


apatah lagi , jika anak anda terkena jaundice dalam tempoh tersebut. sudah tentu memberi kesan kepada emosi si ibu.

namun begitu, shaklee mempunyai rangkaian produk sepanjang anda melalui tempoh berpantang dan menyusukan bayi masing-masing.






makanya,jangan biar masalah melahirkan bayi pramatang membelenggu anda. yang penting anda harus menjaga kesihatan diri dan seperti ibu muda dalam video di atas ada sebut, keutamaan menyusukan bayi adalah keutamaan kepada segala-galanya.

------------------------------------------------
Azlina Hamdan
SID 891980
013-7755256
FB : Azlina Hamdan






                                                              
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...