Followers

Thursday, November 20, 2014

TERLANTAR GARA-GARA OSTEOPOROSIS MENYERANG HENDAP SECARA SENYAP.




first time dengar perkataan osteoporosis ni masa kecik2 dulu tau... dari mana tau  tak??? kalau yang seusia saya, perkataan osteoporosis tu kami dengar dari tv.. dari iklan ANLENE...  


owh.. masa tu rasa dah macam ala2 doktor dah sebab boleh sebut osteoporosis selancar menyebut a, b dan c. bangga weh!!! lagi banyak  kali disebut ,  rasanya cerah harapan aku ni jadi doktor... hahaha...

masa tu , cuma paham osteoporosis tu maksudnya tulang reput. kemudian di sekolah, belajar... untuk kuatkan tulang, kena banyak minum susu.. sebab dalam susu ada kalsium.

owhh.. sebab tu ada kaitan ANLENE dan osteoporosis... ok! sel2 otak mula berhubung...


WANITA DAN OSTEOPOROSIS

mengapa masalah osteoporosis sering dikaitkan dengan wanita ? lelaki tak mengalami osteoporosis kah ? 

"Ini kerana wanita mempunyai puncak BMD (kepadatan minirel tulang) lebih rendah dan mengalami kehilangan jisim tulang lebih pantas apabila perubahan hormon estrogen mula berlaku akibat menopaus" 

"Hormon estrogen memainkan peranan penting dalam penjagaan kesihatan tulang dalam tubuh wanita dan kekurangannya secara tidak langsung mendedahkan seseorang itu kepada osteoporosis."

sumber : Faizatul Farlin Farush Khan (harian metro).

"ibu yang pernah mengalami retak pinggul akibat osteoporosis menjadikan anak berisiko dua kali ganda lebih tinggi"





KENAPA OSTEOPOROSIS SANGAT MERBAHAYA ???

kerana ianya tidak mendatangkan sakit.. perkara itu tidak  disedari sehinggalah tulang menjadi patah.



Mengikut statistik yang dikeluarkan di Malaysia, 218 daripada 100,000 orang mengalami osteoporosis manakala 88 lelaki daripada jumlah yang sama turut menderita penyakit itu.

opsss.. fakta ini perlu kita ambil kisah..


"Bagi wanita yang berusia 45 tahun ke atas, risiko untuk mendapat osteoporosis lebih tinggi berbanding penyakit lain termasuk kencing manis atau kanser payudara "

perlu juga diambil kira.. wanita yang telah beberapa kali hamil dan melalui fasa penyusuan bayi secara eksklusif juga cenderung mengalami kekurangan kalsium.





BAGAIMANA KEADAAN PESAKIT OSTEOPOROSIS ??


Selain melemahkan tubuh, kesan penyakit osteoporosis yang boleh mengakibatkan kesakitan yang keterlaluan atau tidak mampu lagi untuk berdikari sekali gus memberi impak yang besar kepada kesihatan mental dan menjejaskan kualiti hidup DAN boleh membawa kepada kemurungan.







Patah tulang akibat osteoporosis boleh menjadi sesuatu yang mengerikan terutama sekiranya membabitkan tulang pinggul malah boleh membawa kepada kematian.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) baru-baru ini menamakan osteoporosis sebagai isu kesihatan utama seiring dengan penyakit serius bukan berjangkit yang lain.

Dijangkakan lebih 50 peratus kejadian patah tulang akibat osteoporosis berlaku di Asia menjelang 2050 biarpun banyak rawatan disediakan. 

Ini kerana penduduk Asia paling ramai terdiri dalam kalangan mereka yang berusia dalam tempoh empat abad akan datang.



bayangkan..  pada umur 50 tahun.. masih lagi bekerja mencari rezeki.. di suatu pagi..kita bangun dari tidur.. terus ke bilik air .. 

dan tiba-tiba anda tergelincir di bilik air.. dan kaki anda patah. sudah pasti kerja anda terganggu.. keyakinan diri juga semakin berkurangan jika sakit berlarutan. dan akan berlarutan kepada masalah kewangan pula...





BAGAIMANA MENJAGA KESIHATAN TULANG ??


  • Elakkan minuman bersoda. Kandungan fosfornya yang berlebih boleh    melepaskan kalsium yang ada di tulang.
  • Jauhi alkohol dan merokok. Keduanya boleh membuat turunnya kepadatan tulang.
  • Kurangkan minum kopi dan teh. Lebih baik minum susu yang banyak mengandungi kalsium, vitamin D, protein fosforus, dan kalium.
  • Pengambilan sayur-sayuran hijau, brokoli, susu, dan variasi susu yang berguna untuk membekalkan vitamin D bagi tulang.
  • Biasakan bergerak dengan jenis gerakan yang aktif. Misalnya menari, bersenam, naik-turun tangga, berjalan, latihan beban memakai barbel, dan sebagainya.
  • Bersenam secara aktif akan menguatkan semua otot. Semakin kuat otot, maka mencegah terjadinya osteoporosis.
  • Penggunaan bawang putih dan merah untuk mendapatkan kebaikan tulang dari zat belerang yang dikandungnya.
  • Bangun pagi dan berjemurlah dengan sinar matahari pagi sekurang-kurangnya selama 15 minit.Ini membantu mengaktifkan provitamin D di bawah kulit menjadi vitamin D.



TANDA-TANDA AWAL TERKENA OSPTEOPOROSIS

pada peringkat awal tidak begitu ketara. ia mengambil masa berbulan-bulan.. atau bertahun-tahun untuk muncul ...

Tanda osteoporosis termasuklah :
1. sakit sendi
2.sukar untuk berdiri lurus atau duduk 
3.kepatahan tulang tanpa hentaman atau hentakan.
4.Bongkok yang biasa berlaku di kalangan warga emas adalah satu gejala osteoporosis. Ia berlaku apabila tulang vertebra patah ( atau pecah ) membuatkan susah untuk menyokong berat badan.




KISAH SAYA 



alamak !! risaunya... selalu jugak sakit di kawasan yang ditunjukkan dalam gambar...

sakit tu ketara selepas  bersalinkan afiq nan... dulu2 bila tengah enjut buaian afiq nan tu lagilah kronik sakitnya... kalau duduk lama kat office sakit tempat yang sama...


memandangkan umur pun dah tak berapa nak muda.. chewah!!! tua tak mau sebut tu.. ahak !!!  saya bercadang nak cari penyelesaia untuk masalah tu... 

kerisauan tentang kesihatan.. seterusnya osteoporosis...  saya tergerak hati nak cuba ostematrix shaklee dan minyak ikannya iaitu omega guard.




 OSTEMATRIX 


Ostematrix shaklee.. kita panggil juga sebagai pil kalsium.. atau pil susu...sebab warnanya yang putih dan wangi macam susu. sayalah yang bagi nama tu.. 

pil pun wangi jek.. macam bau susu..

Ostematrix Shaklee mengandungi mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati yang terdiri daripada kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. 

Nutrien-nutrient ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dengan lebih efisien  dan menghalang endapan sesetengan mineral. 

Kajian telah membuktikan supplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yg telah berumur secara berkesan.





OMEGA GUARD



merupakan minyak ikan terbaik di dunia.  diekstrak daripada ikan dari laut sejuk. 

berfungsi untuk memelihara fungsi sendi. bagaimana caranya ? paras asid lemak omega-3 larut dalam tisu rawan. oleh sebab itu ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan.   

omega guard juga berfungsi untuk mencegah arthritis, memelihara fungsi-fungsi sendi dan gout dengan efektif.


APA KESAN YANG SAYA RASA

"alhamdulillah... nampaknya ada sedikit perubahan. dulu kalau duduk lama menghadap komputer.. belakang leher saya akan terasa pijar.. panas.. sekarang sakit juga.. tapi tak seteruk dulu.... dan sempatlah duduk lama menghadap komputer tu.."

"tidur malam  pun lebih nyenyak... bangun pagi rasa fresh jek...  dan ... ia membantu proses pelawasan sangat-sangat...."


haaa.. nampak tak kepentingan penjagaan tulang... selepas membaca entri saya, pastikan anda berfikir banyak kali mengenai masa depan keluarga dengan memeri lebih perhatian kepada kesihatan tulang yang mana banyak dilupakan oleh kebanyakan wanita.

nak tau rahsia lanjut saya mengenai cara penjagaan tulang ?? boleh contact saya dengan cara berikut :


FB : Azlina Hamdan
FB Page : Syaza's MOM Corner
Call/sms/whatsapp : 013-7755256


Email :azlinahmdn@yahoo.com


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...