Followers

Thursday, November 13, 2014

TAK SANGGUP TENGOK MUKA DI CERMIN GARA-GARA PARUT CHARLIE DI MUKA


selama ni hanya pernah dengar pasal binatang nama CHARLIE saja.. tapi kejadian di satu petang.. memaksa saya mengorek lebih dalam apa sebenarnya binatang yang dinamakan charlie ni..

kisah bermula.. bila Nan balik dari sekolah agama. dari jauh nampak macam ada satu bekas merah .. dari sebelah mata macam mengalir sampai ke ke bawah mulut. sekali tengok macam kesan melecet pun ada..

tanya padaa dia.. ada main apa2 ke? dia cuma bagitau "nan ada main bawah pokok, tiba2 nan rasa muka nan panas"

ok... lumrah ibu nak menyedapkan hati yang gundah gelana ni..  sambil bagi jawapan, kalau tak sakit oklah tu nan..

esok pagi, bangun tidur... tu diaa...macam kena air panas pun ada..tapi takkanlah kena air panas tuan punya badan tak perasan pun..

lama-kelamaan bekas tu jadi melepuh macam kena air panas.. sebab gelembung-gelembung tu ada air kat dalamnya.

risaunya hati ibu... betul2 sebelah mata kedudukannya.. hari tu jugak bawak jumpa doktor..




doktor bagi ubat sapu.. doc suruh observe tengok macamana keadaan.. kalau makin teruk kena refer hospital semula. nak bagi ubat tahan sakit sebarang tak boleh pulak sebab nan ada G6PD

masa tu memang no idea.. apa sebenarnya yang kena pada nan. bila post di FB muka nan, ada kawan2 tegur.  katanya ini macam kena charlie.

dari saat itu...
mulalah saya gogole semata-mata nak kenal binatang bernama charlie ni.


ehsan google

haaa..  berdasarkan carian di google inilah binatang yang dinamakan charlie..
lorr... saiznya kecik je.. patutlah nan  tak perasan bila masa binatang ni lalu kat muka dia.. panjangnya dari 10-15mm jek..

charlie dikategorikan bukan sebagai semut.. tapi sebagai kumbang. charlie dikhabarkan boleh terbang..tetapi lazimnya ia berjalan.

dimaklumkan, charlie biasanya ada di kawasan bendang. dan jugak kawasan yang berdekatan kebun kelapa sawit..

ok.. sekolah nan tak jauh dari kebun kelapa sawit.. fakta ni boleh menyokong ..macamana nan boleh kena kena bisa charlie


ehsan google

haaa.. cer tengok.. lebih kurang sama macam nan kena je kan..


ehsan google

owh... ramai juga yang kena serang ngan charlie yea... serious.. sebelum ni tak pernah dengar pun pasal binatang ni

dan yang paling menyusahkan hati sebab kawan2 bagitau.. bekas ni akan jadi parut.. mak aaiii... kat muka pulak tu.. macamana pulak nanti muka nan..

nak buat macamana ni yea.. ubat doktor bagi saya sapukan juga. dalam masa yang sama terpikir2 macamana nak hilangkan kesan parut tu

tapi feedback dari anak2 lain pulak.. hehehe... ibu... cikgu bagitau kan..
sekarang senang nak  beza mana satu afiq .. mana satu nan. sebab yang ada parut tu nan.

jadi cikgu dan kawan2 takkan tertukar oranglah lepas ni..hahaha...alahai...si kembar saya.



parut yang bagi beza afiq nan

ibu masa tu desperate sungguh macamana nak hilangkan parut ni.. pulak2 ada yang komen kat gambar nan..alaa... tak handsomelah lepas ni. 
kebetulan masa tu di rumah ada 


Vitamin E Shaklee



Cocoa Butter Oil 


Vitamin E takkan nak bagi nan makan..  nan baru 10 tahun masa tu.. dan semua pun maklum. mana-mana vitamin E ni dipercayai boleh hilangkan parut. kalau tak.. takkan vit E ni jadi produk paling laris di pharmacy bila ada yang ada masalah nak hilangkan parut di badan.

so, apa saya buat..

saya cucukkan vitamin E shaklee ni dan campurkan dengan Cocoa Butter Oil.. sebab Cocoa Butter Oil ni pun katanya boleh hilangkan parut juga..senang!!
cari saja  Cocoa Butter Oil di watson atau guardian

entah berapa kali saya sempat sapu pada muka nan sebab alasannya busuklah.. berminyaklah... biasalah kan.. kids!! tapi saya paksa kan jugak..

5 bulan selepas itu... alhamdulillah.. parut makin pudar. kecuali ada kesan parut kecik kat sebelah mata kanan dia





sekarang.. selepas kira-kira setahun setengah peristiwa nan kena bisa charlie tu.. parut takde sepenuhnya

lagi satu.. pemulihan maybe lebih cepat sebab dipengaruhi oleh faktor umur nan yang masih muda. dan kulit nan bukan jenis yang senang berbekas hitam kalau luka atau melecet.

tapi.. saya tertarik nak tau apa kandungan yang ada dalam vitamin e.
Vitamin E shaklee diekstrak daripada biji anggur, minyak kacang soya serta minyak biji gandum.

vitamin E adalah vitamin E larut lemak serta anti-oksidan. shaklee punya semulajadi yea.. no sintetik..sintetik


kalau  di muka nan si bujang kecik ni saja ibu dah desperate semacam camne nak bagi hilang parut.. apatah lagi uolss di luar sana yang ada kesan parut charlie di muka. 

anak-anak dara..  si bujang teruna.. bakal pengantin baru...eh! pengantin lama pun nak jugak hilangkan parut kena bisa cahrlie tau!! apa kata cuba resepi hilangkan parut saya pada kesan parut masing-masing. boleh apply jugak apad parut2 lain seperti accident ke ... kesan jerawat ke..

makanya...jangan  lama-lama biarkan parut charlie di muka menganngu emosi anda apabila memandang cermin. kembalikan zaman kegantengan masing2... apatah lagi yang bakal jadi raja sehari tu kan!!


tak tau macamana nak dapatkan vitamin  E shaklee macaman ? boleh hubungi saya dengan cara  berikut :


sms/call/whatsapp Azlina 
013-7755256
email : azlinahmdn@yahoo.com
FB : Azlina Hamdan
FB Page : Syaza's MOM Corner



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...