Followers

Monday, November 24, 2014

PESAKIT ASMA TAK NAK DAPAT KESAN SAMPINGAN AKIBAT KERAP SEDUT NEBULIZER, JADI BAGAIMANA ???





ada yang panggil lelah.. semput.. asma.. 
semuanya refer pada benda yang sama
dan anda akan dipanggil sebagai pesakit asma

masa sekolah.. 
masa belajar kat U... 
memang ada beberapa orang kawan yang memang ada asma ni..
sampai ada yang masuk wad


pesakit asma

antara yang biasa saya dengar pasal asma  :
tak boleh minum air batu
tak boleh sejuk
tak boleh kena habuk
memang dari kecik ada asthma

bahaya... katanya sebab  ..
tiba2 je boleh kena asthma ni.. 
dan ubat sentiasa kena ada dalam simpanan

biasalah... masa tu  saya tak ambik endah pun..
yelah... kita bukan ada asthma pun kan!!
even masa anak2 saya  doktor suspect ada asthma pun saya tak menghadapi situasi yang betul2 dikenal pasti sebagai asma.


pesakit asma



meh kita tengok dulu fakta mengenai asma :

"Common symptoms include wheezingcoughing, chest tightness, and shortness of breath"

Asthma is thought to be caused by a combination of genetic and environmental factors. Its diagnosis is usually based on the pattern of symptoms, response to therapy over time and spirometry. It is clinically classified according to the frequency of symptoms, forced expiratory volume in one second (FEV1), and peak expiratory flow rate. Asthma may also be classified as atopic (extrinsic) or non-atopic (intrinsic) where atopy refers to a predisposition toward developing type 1 hypersensitivity reactions.

ok..
hadam betul2 ye fakta di atas
sebelum baca cerita seterusnya.



Jun 2013

satu malam.. tengah tengok tv.. 
duduk2 di rumah macam biasa
tiba-tiba batuk tak berhenti.. 
dan rasa semacam..

tak tau nak cerita "lain macam" tu macamana..
boleh dikatakan seperti batuk2 macam biasa.. 
tapi lama-kelamaan bila tarik nafas rasa berat .. 
dan makin berat
pendek kata tak macam selalu

sepanjang malam saya batuk seperti itulah...
tanpa syak apa2

esoknya... nafas makin pendek2
tekak rasa pahit macam demam
tapi tak demam

setiap kali tarik nafas ..
rasa tak puas
sebab nafas pun pendek2 jadinya



pesakit asma


sakit belakang.... 
tak usah nak cakaplah..

ya allah...
tulah.. cakap besar kan sebelum ni
allah nak tunjuk tu..
jangan cakap besar lagi lepas ni..
tak pernah kena asthma ye??

tidur malam tu.. 
saya tak boleh baring telentang macam biasa sebab kalau tidur macam tu memang tak  boleh bernafas langsung

kena tidur duduk
solat pun tak larat nak berdiri


apa tah lagi nak berjalan-jalan dalam rumah
walaupun hanya untuk jarak 3 meter sahaja perjalanan
saya rasa nak pitam

masih lagi dalam keadaan tertanya-tanya..
sakit apakah ini ...

petang esoknya..
ketika saya nak mandi..

tapi bila air terkena kat badan
saya rasa seolah-olah macam menggelupur sebab tak boleh bernafas ...
itu saat paling seksa rasanyalah


masa tu macam2 dah saya terpikir

teringat kalau apa2 jadi kat diri sendiri
anak2 dahlah kecik2 lagi



pesakit asma

malam tu jugak saya ke klinik
terpaksa dipapah oleh suami


lepas cerita serba sedikit pada doktor..

tak taulah apa yang sempat saya cerita dalam keadaan termengah2 begitu


apa lagi...
kena marah lah 
doktor kata "bahaya ni. boleh mati awak tau tak !! !!"


doktor tanya 
kenapa tak ke hospital awal ?
erkk.. saya takde jawapan
terkebil2 je mampu masa tu

terus doktor bagi sedut gas sekejap malam tu
eh..eh..eh..
macam dapat gas ajaib
terus rasa lega serta -merta

itu pengalaman pertama saya ambik gas tu
apa nama tu ?
orang panggil ambik neb ..
owh...nebulizer nama penuhnya


pesakit asma

In medicine, a nebulizer[1] (or nebuliser)[2] is a drug delivery device used to administer medication in the form of a mist inhaled into the lungs.

dan pesakit akan diberi  salbutamol.


Salbutamol bertindak dengan cepat untuk membukakan 
saluran pernafasan untuk meningkatkan aliran udara 
masuk dan keluar dari paru-paru anda.


 Salbutamol  boleh diambil secara oral atau disedut secara langsung 

ke dalam paru-paru untuk mengawal simptom-simptom 
asma (seperti pernafasan berdesit, keketatan dada, batuk 
dan sukar bernafas).



kesan sampingan yang mungkin berlaku akibat pengambilan ubat ini :


Kardiovaskular
-------------------
Kegetaran, terutamanya tangan anda
Denyutan jantung yang lebih cepat daripada keadaan biasa atau 
    tidak teratur
Kemerahan dan perasaan hangat pada muka dan leher

Sistem saraf
-------------------
Perasaan gelisah, atau kesukaran tidur


Otot dan tulang
--------------------
Ketegangan dan kekejangan otot 

Kesan setempat
---------------------
Kekeringan mulut atau kepedihan mulut dan tekak (terutamanya
   dengan  penggunaaan alat penyedut. 

alamak.. banyak juga kesan pengambilan salbutamol ni... walaupun ianya tidak berlarutan untuk jangkamasa yang lama..
tapi saya tak nak bergantung kepada ubat sema-mata

pesakit asma

ok..

balik semula cerita di dalam bilik doktor di klinik


 " memang ada asthma ke ?"
saya jawab "takde"
sebab tu tak ke klinik awal2

macamana nak tau asma ke bukan doktor ?

doktor kata "tengok.. kalau lepas ni berulang asma lah tu.."

kalau tengok pada simptom tu 
shortness of breath" saya ada..
frequency of symptoms    pun ada dah..

sebenarnya ini kali kedua saya kena sejak Jun  2012.
tapi masa kena 2012 tu saya tak ke hospital pun..
tak tau pun  ini yang dipanggil asma masa tu

cuma fakta yang ini saya tak bagitau doktorlah.. 
sebab kompem kena marah kan !
ahak!!

betul sangkaan doktor tadi..
tak sampai sebulan lepas tu, saya kena lagi serangan asma
kali ni saya terus ke hospital
emergency terus..

dan dari tempoh tu.. sehingga 5 bulan berikutnya, 3 kali saya ulang-alik ke hospital.. sedut gas

ya allah..
baru saya tau betapa seksanya bila ada asthma
susah hati...
memang susah hati
sebab tak tau apa pencetus asma saya ni

pesakit asma

see...
patutlah susah nak bernafas kan..
bronchial tube  kita jadi sempit laluan dia

bila kita berusaha untuk tarik nafas macam biasa..
itu yang beri tekanan pada dada dan belakang
itu yang sakit sangat belakang tu


pesakit asma



ini dia pencetus utama asma
mungkin saya kalah dengan ice.. 
mungkinlah kan..

food..  which one ?
tak berapa jelas sangat kesannya
sejuk.. mungkin... office air cond sejuk tahap melampau...
rumah pulak tingkat 3 sejuk wooo...


lepas insiden jun 2013 tu

kami tak berminat nak pakai sebarang carpet di rumah
semuanya ganti dengan tikar buluh jek


suami saya bersihkan sungguh2 rumah dan dalam bilik tidur

pergh... berkilat ooo rumah
eh..eh.. 
ada hikmah gak saya kena asthma ni rupanya
hehehe...

tapi saya notice..
jangan sampai batuk
kalau batuk teruk.. 
silap2 itulah penyebab saya kena ke hospital segera


opsss.. adakah sebab anak2 bulus saya

masa tu ada dalam lebih kurang berbelas ekor  kot kat rumah
sebab 2 ibu kucing beranak lebih kurang sama masanya


doktor pesan..

jangan terdedah pada habuk,asap
jangan makan buah sebab buah sejuk katanya..


dalam pada tu..
saya tercari-cari jugak penawar nak bagi kurang asthma ni
sampai bila saya nak berulang-alik ke hospital


bila sedut gas tu bukan gas kosong2 tau..
ada ubat letak dalam tu

lagi banyak kali saya sedut gas.. 
lagi banyak saya sedut ubat tu sekali
dan saya tak nak apa2 kesan sampingan  macam di atas tu bila makin kerap saya sedut neb tadi.



pesakit asma

Allah bukakan hati saya untuk cuba omega guard shaklee
katanya boleh membantu bagi pesakit asma macam saya

alhamdulillah...
dalam tempoh 9 bulan pertama selepas saya cuba omega..
saya tak lagi ke emergency sebab asma

hanya selepas 9 bulan selepas saya terkena serangan asthma yang terakhir baru saya kena ke hospital semula..

walaupun tak membantu pulih secara total.. 
nampaknya ia membantu jugak untuk menjarakkan tempoh serangan asma

dan saya tak perlu asik sedut gas berubat itu jek...
makin jatuh hati saya dengan shaklee..



bayangkan yea... 

pernah satu ketika denyutan jantung jantung jadi laju sangat..
dan..
tangan  saya jadi menggeleter selepas sedut neb tu.. 



haaa...

kebetulan bulan may 2015 ni, 
shaklee ada promo beli 6 percuma 1  dan beli 2 diskaun 5%.


meh ambik kesempatan ni kita borong oemga guard.


pesakit asma

nampaknya omega guard ni bukan untuk pesakit asma sahaja..
macam-macam kebaikannya..


beli untuk asma jek..

rupa2nya ada kesan lain ..
macam lecithin yea..

so, sapa2 yang ada asthma
dan nak kuruskan badan
boleh cuba omega guard shaklee
membantu mengurangkan asthma

kurus pun dapat..
haaa.... nak tak ? nak tak ?
opsss.. selingan sekejap...

akhir sekali
ada fakta yang paling menakutkan pasal asma ni ?

asma  boleh menyebabkan kematiann
atau
Kerosakan saraf otak akibat kekurangan oksigen yang berpanjangan. 


jika anda sayangkan keluarga dan tidak mahu jadi apa-apa yang lebih buruk pada anda, cuba dapatkan omega guard shaklee ini dan saya akan guide anda dengan cara pemakanan yang betul pada anda.


psss.... omega guard pun kanak-kanak asma pun elok ambik tau ? nak tau sesuai untuk kanak-kanak yang macamana ? umur berapa ? sila contact saya



Azlina Hamdan
sms/call/whatsapp 013-7755256
email : azlinahmdn@yahoo.com
FB : Azlina Hamdan
FB Page : Syaza's MOM Corner

atau boleh order terus dari sini..










2 comments:

  1. Aku dh nak sakit jiwa kena penyakit ni.semua bnda pantang.ini x boleh..itu x boleh..mmg sakit jiwa.aku ni penggemar mnuman berais.skrg ni dh jd budak baik plak kena mnum air suam2 panas jek.setiap hari je aku asyik mengah2.aku x tau sampai bile aku nak tahan diri aku dr minum ais.

    ReplyDelete
  2. kenalah berpantang makan minum bila kena asthma ni.. kalau sendiri sakit kan susah ? hehehe.. akak pun dulu gitu jugak.. alhamdulillah.. tahun lepas sekali jek ambik neb... omega guard memang best!!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...