Followers

Thursday, November 27, 2014

MOTIVASI DIRI : LA TAHZAN INNALLAHA MA'ANA WAHAI KAKAK..


alhamdulillah.. lega dengar suara si kakak..
tiada nada  sedih dalam suaranya.

bila si kakak call ibu
suruh ibu tunggu, 
sekejap lagi ayah sampai ambik ibu kat office
kita ke sekolah sama-sama katanya
sungguh.. suara itu memberi motivasi diri pada ibu

masa tu result UPSR dah pun kami terima melalui SMS

KAKAK

20 tahun yang lalu
ibu menangis sepanjang minggu gara-gara keputusan PMR
yang mana subjek sains dapat C, secara automatik tak layak kekal di SBP.
mana mau diletak muka ni...
nak sekolah dekat mana pulak ??

hari ini...
si kakak yang sentiasa dapat 5A setiap kali peperiksaan
trial pun dapat 5A
tiba-tiba hari ini bila UPSR keluar hanya dapat 4A1B

apa perasaan anak ??
apa perasaan ibu ??

tipulah kalau kata si kakak tak sedih
tipulah kalau kata ibu tak frust 

KAKAK...

dengar yea apa ibu nak beritahu ..

KITA MERANCANG DENGAN BAIK, NAMUN ALLAH RANCANG LEBIH BAIK

ingat kisah ibu 20 tahun yang lepas
kalaulah IBU masih di SBP itu
ibu akan masih kekal di science stream
dan akan masih ambik subjek sains yang ibu tak suka 110%

tapi allah takdirkan
masa PMR
subjek yang sains yang ibu tak suka itulah yang dapat C

kerana itulah ibu ditakdirkan ke sekolah teknik
ibu ambik kelas pengurusan 

rupa2nya minat ibu pada subjek akaun
dan tak sangka
keputusan ibu cemerlang masa SPM
dengan 8 aggregate

masa tu ya allah...
baru sedar

hanya 2 tahun selepas itu..

kesedaran mula timbul
kenapa allah takdirkan yang ibu tak stay di SBP itu

ibu percaya..
kalau ibu stay di situ
masih lagi berada di kelas sains
result spm ibu belum tentu akan secemerlang seperti result spm di sekolah teknik

syukur..
ya allah..
hanya selepas 2 tahun baru ibu sedar nikmat allah nak bagi

kan..
macam ibu dah bagitau sebelum ni

kita merancang dengan baik
tapi ... allah rancang lebih baik

KAKAK

ibu ucapkan tahniah

tahniah atas usaha sepanjang perjalanan sebelum UPSR

UPSR bukan penamat perjalanan hidup

jauh lagi perjalanan perlu diharungi

mari kita raikan kejayaan KAKAK 

dan jangan lupa kisah yang ibu bagitau di atas 


KEPADA KAWAN-KAWAN KAKAK

tahniah auntie ucapkan

teruskan kecemerlangan

jangan lupa ajak KAKAK setiap kali buat study group


KEPADA CALON UPSR 2014

jadikan ini sebagai titik permulaan hidup
bukan pengakhiran perjalanan kalian

rezeki allah di mana-mana
menuntut ilmu sampai kita mati

apa-apa pun kalian harus berbangga
dalam kekalutan soalan bocor 

masih lagi tabah mengambil peperiksaan ulangan
dan masih mampu mencapai keputusan cemerlang 


KAKAK

teruskan berusaha mencapai kejayaan

takkan ada yang datang bergolek
takkan ada yang pipih datang melayang

ada lagi 5 tahun sebelum kakak melangkah ke universiti

ingat janji kita

"KITA SAMBUNG BELAJAR KAT UNIVERSITI DI KOREA SAMA-SAMA"



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...