Followers

Saturday, November 22, 2014

JANGAN BIARKAN MASALAH KEPUTIHAN YANG SERIUS BERLARUTAN SEHINGGA MENJADI PENYEBAB KEPADA KANSER RAHIM.


masalah keputihan

kebanyakan wanita menganggap masalah keputihan sebagai isu remeh dan begitu klasik untuk dibincangkan. 

jarang sekali masalah keputihan dibincangkan secara terbuka. biasanya wanita yang bermasalah , akan bercerita sesama rakan sekerja atau teman rapat sebelum merujuk kepada doktor.

Statistik menunjukkan hampir 75% wanita yang sudah berkahwin berhadapan dengan masalah keputihan berikutan daripada aktiviti seksual.


Setiap wanita perlu mempunyai pengetahuan asas yang mampu membezakan pengeluaran lelehan lendir faraj secara semula jadi atau penyakit keputihan yang serius yang memerlukan rawatan perubatan.

Keputihan atau lelehan lendir yang keluar dari faraj wanita ada pelbagai sifatnya dan berbeza di antara seorang wanita dengan yang lain.
Keputihan biasanya berwarna jernih atau kelabu keputihan. Lazimnya, jika keputihan tidak berubah kepada warna kekuningan atau kehijauan bermakna tiada jangkitan.

masalah keputihan


kebanyakan majalah wanita sering menyentuh isu masalah keputihan ini. ini menunjukkan bahawa masalah ini perlu dipandang serius oleh kaum wanita. 

opsss... bukan saja isteri... tapi suami juga perlu ambik kisah isu ini supaya masalah ini dapat ditangani pada peringkat  awal.


Terdapat 2 jenis keputihan iaitu fisiologis dan patologis. berikut ialah perbezaan yang wanita perlu tahu.

Sifat
Keputihan Fisiologis
Keputihan Patologis
BentukLendir yang cair dan tidak melekatLendir yang kental dan melekat
WarnaBerwarna putih atau krimBerwarna kuning atau kelabu atau hijau
BauTiada bauBerbau busuk
Jumlah yang dikeluarkanSedikitBanyak
KekerapanSemasa subur dan sebelum haidApabila berlaku jangkitan pada bahagian faraj
Petanda lainTidak gatalGatal dan faraj kelihatan kemerahan dan mengalami radang
RawatanTidak perluPerlu rawatan yang segera

Keputihan fisiologis merupakan petanda yang sangat normal di mana hampir setiap wanita melalui keadaan ini. 

Sebaliknya, keputihan patologis disebabkan oleh jangkitan kuman (bakteria dan/atau kulat) perlu dirawati.

so.. sekarang anda dah kenal pasti samada keputihan anda normal ataupun tidak ??




DAN kenapa masalah keputihan menjadi "big issue" bagi wanita ?

masalah keputihan

Penyakit keputihan yang tidak dirawat akan mengundang kepada pelbagai komplikasi yang merbahaya. ia bukan sahaja berpotensi untuk menyebabkan :
1. kemandulan 
2. kehamilan di luar rahim yang menyebabkan pendarahan yang boleh mengakibatkan kematian ibu dan bayi.
3. penyakit kanser rahim yang boleh membawa kematian. 

Penyakit keputihan yang tidak diambil perhatian pada jangka masa yang lama lebih sukar untuk diberikan rawatan. Ini adalah hasil daripada penambahan sifat kerintangan bakteria atau kulat terhadap antibiotik atau antifungal.
Wanita yang mempunyai sistem daya tahan badan yang rendah, penyakit keputihan yang dianggap biasa boleh menjadi serius dan mengancam nyawa. 
Jangkitan yang bermula pada bahagian faraj boleh menyebabkan infeksi sekunder di mana kuman tersebut boleh memasuki saluran darah akibat aktiviti menggaru yang menghasilkan pembentukan luka. 
Gejala ini dikenali sebagai kandidiasis invasif yang sangat merbahaya dan memerlukan rawatan rapi.



masalah keputihan

kenapa ye wanita A ada penyakit keputihan ..

 kenapa wanita B dan C takde ??? kenapa ? why ? why ?



ia dipengaruhi oleh beberapa faktor iaitu :

 1. kebersihan 
-------------------
Wanita sentiasa digalakan untuk mencuci bahagian sulit dengan air bersih dan memastikan ia kering selepas membuang air kecil dan selepas aktiviti seksual. 
Kelembapan pada bahagian faraj akan menggalakkan pertumbuhan dan jangkitan mikroorganisma seperti kulat dan bakteria.


2. hormon
-------------------
Ketidakseimbangan hormon dalam darah disebabkan oleh beberapa perkara yang tersenarai di bawah:
  • Perembesan hormon estrogen iaitu hormon pembiakan pada wanita hamil membolehkan kulat lebih mudah melekat pada dinding faraj.
  • Pengambilan ubat, khasnya antibiotik yang berlebihan untuk jangka masa yang panjang menyebabkan bakteria semula jadi pada bahagian faraj mati dan ini secara tidak langsung menyumbang kepada pertumbuhan microorganisma patogen seperti bakteria atau kulat.
  • Wanita yang mengalami tekanan akibat daripada masalah peribadi atau gangguan emosi yang lain akan mempengaruhi aktiviti normal otak dalam mengkordinasikan penghasilan hormon yang seimbang.
  • Pengambilan pil perancang keluarga atau pil pencegah kehamilan turut menyumbang kepada ketidakseimbangan hormon dalam darah


3. gaya hidup
-------------------
Wanita yang aktif dalam aktiviti seksual yang tidak sihat, misalnya melakukan aktiviti seks rambang dengan lebih daripada seorang pasangan lebih cenderung untuk mendapat pelbagai jangkitan pada bahagian faraj



4. kesihatan
-------------------
Wanita yang menghadapi penyakit kencing manis, lebih mudah mendapat penyakit keputihan disebabkan oleh kandungan gula yang tinggi dalam rembesan faraj yang membolehkan pertumbuhan kulat yang banyak dan berkembang biak di bahagian faraj. 

Selain itu wanita yang mempunyai system daya tahan badan yang rendah atau terjejas seperti pesakit AIDS,atau barah, atau leukimia juga berhadapan dengan risiko yang tinggi untuk mendapat jangkitan faraj.


masalah keputihan


PREVENTION IS BETTER THAN CURE.
HOW ??

  • Sentiasa memastikan bahagian faraj berada dalam keadaan bersih dan kering.
  • Elakkan penggunaan pembersih faraj yang menganggu kestabilan PH atau menyebabkan kegatalan.
  • Sentiasa menukar atau mengganti tuala wanita semasa menstruasi (haid).
  • Gunakan pelapik seluar dalam (panty liner) pada saat yang diperlukan sahaja. 
  • Elakkan juga pemakaian seluar dalam yang ketat dan diperbuat daripada kain satin.
  • Jangan menggunakan sebarang produk wangian seperti bedak atau ubat sembur pada bahagian faraj.
  • Elakkan pengambilan ubat secara berterusan tanpa nasihat doktor.
  • Kurangkan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.
  • Amalkan gaya hidup sihat dengan mengelakkan aktiviti seks rambang atau hubungan kelamin dengan lebih daripada seorang.
  • Elakkan kehadiran benda asing di dalam faraj seperti kondom yang tertinggal selepas aktiviti seks.
  • Basuh bahagian sulit dengan air yang bersih dan buang air kecil selepas aktiviti seks.
  • Berjumpa doktor dengan segera dan melakukan pemeriksaan vagina jika terdapat sebarang tanda-tanda yang dinyatakan di atas.
  • Melakukan apa-apa aktiviti yang menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan seperti melancong.

JANGAN  STRESS.. JANGAN MURUNG.. DAN JANGAN SAMPAI HISTERIA

APA KATA AMALKAN PETUA BERIKUT:



masalah keputihan

Dapatkan secekak pucuk pegaga dengan akarnya sekali dan bersihkan. Kemudian anda rebuslah pucuk pegaga tadi bersama 2 gelas air bersih.masukkan secubit garam.
sejukkan, tapis dan minum 2 x sehari. amalkan sehingga masalah keputihan dan rasa gatal itu hilang.

ATAU PUN...
masalah keputihan

Ambil 12 helai daun sireh dan bersihkan. sediakan 1 liter air suam. Ramas kesemua daun sireh tadi bersama-sama air suam tadi.Tapiskan air.
Gunakan air tapisan untuk mencuci bahagian alat sulit anda.
Selain dapat menghilangkan rasa gatal dan bau, petua ini juga dipercayai dapat merapatkan kembali bahagian alat sulit wanita.

AMALKAN PENGAMBILAN SUPPLEMENT 
masalah keputihanmasalah keputihanmasalah keputihan


ALFALFA bersifat sebagai anti-kulat. tambahan pulan ia mengandungi phytoesrogens  yang berfungsi seperti kacip fatimah
~ GARLIC - bertindak seperti antibiotik juga sebagai agen amti kulat. Ia membantu meningkatkan sistem imun badan, meningkatkan kesihatan.
~ GLA COMPLEX - mengelakkan kulat daripada merebak dan membantu kesuburan

masalah keputihan


wanita2 di luar sana.. jangan lagi anggap masalah keputihan sebagai isu remeh.  ambil langkah pencegahan sebelum menjadi lebih parah. dan jangan sampai ia menjadi amcaman kepada hubungan anda suami isteri.

dan sila berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan segera. serta jangan lupa amalkan petua di atas. petua orang-orang tua ni banyak faedahnya.

pengambilan supplement pun jangan dilupa. banyak testimoni yang berkesan hasil dari pengambilan set keputihan ini. better late than never..

boleh hubungi saya :
Azlina
013-7755256
email : azlinahmdn@yahoo.com



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...