Followers

Sunday, November 16, 2014

KEAJAIBAN BERSEDEKAH UMPAMA MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI. REALISASIKAN DALAM KEMPEN BACK TO SCHOOL 2015.



Apa je anak-anak mintak sebelum naik sekolah tahun baru kebanyakannya akan dipenuhi oleh mak ayah ? betul tak ? nak kasut baru ? bag baru ? kotak pensil baru ? stokin pun sama baru ?  bag tak usah cakap...  hatta termasuk seluar kecik pun mak ayah belikan yang baru..



pendek kata, from top to bottom semuanya baru.. masa ni kalau cium anak2 semuanya macam bau kedai.

anak-anak pun penuh bergaya je bila jalan ke sekolah. penuh keyakinan.. dengan rambut tersisir kemas.. yang ada anak perempuan, tudung awning siap ditempah. yang pengawas segak ber neck tie...


TAPI..

pernah tak kita bayangkan perasaan anak-anak yatim. jalan penuh longlai ke sekolah .. apa tah lagi bila nampak kawan-kawan lain dihantar oleh ibu/ayah masing-masing.. menaiki kereta.. dan semua serba baru. kasut sekolah masih putih bersih.. jika berkasut hitam masih lagi tebal tapaknya..

dia..kalau  ada pun mungkin kasut putih  tahun lepas punya agaknya.. agak2 masih boleh dipakai, masih boleh bawak berjalan.. pakai saja..




aduh... kalau dapat diselam hati anak-anak ni.. alangkah sedihnya... bayangkan yang berjalan penuh longlai tu anak kita..bayangkan yang hatinya meronta-ronta nakkan kasut baru tu anak kita ??? bayangkan yang mengalir air mata tengok kawan-kawan ber bag baru tu anak kita ?

alhamdulillah.... jika anda terbaca entri saya ni, yakinlah... anda telah diberi 50% peluang untuk membantu anak-anak yatim ini merasai nikmat menyambut sekolah tahun baharu..

kami barisan shaklee independent distributor (SID) daripada group Rich Family telah bekerjasama dengan pihak Rumah Kanak-kanak Tengku Budriah, Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membantu anak-anak ini menyambut musim persekolahan dengan suasana meriah.. sebab tu kami namakannya sebagai "PROGRAM BACK TO SCHOOL 2015".







SEDIKIT INFO MENGENAI RUMAH KANAK-KANAK TENGKU BUDRIAH

Rumah Kanak-Kanak Tunku Budriah Cheras dibangunkan dengan satu tujuan untuk menyediakan tempat perlindungan dan jagaan yang terbaik kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik untuk menjamin pertumbuhan jasmani dan emosi yang sihat dalam suasana yang tenteram dan selamat. 

Kanak-kanak yang diperintah masuk ke Rumah ini adalah terdiri daripada anak-anak yatim, miskin, didera, ditinggalkan dan yang terabai.

Berdasarkan maklumat daripada RKKTBC, seramai 70 orang kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan 7 tahun sehingga 12 tahun dikenalpasti akan menjalani sessi persekolahan 2015 nanti.


KEMPEN "BACK TO SCHOOL 2015"

Kempen Back To School 2015 yang bertujuan untuk membantu anak-anak ini bersedia untuk kembali ke alam persekolahan dengan keadaan yang gembira dan ceria sama seperti anak-anak kita. 

Sumbangan yang dikumpulkan nanti akan terus disalurkan kepada tabung untuk pembelian peralatan persekolahan mereka. 

Kami juga telah mendapatkan kerjasama dari pihak Mydin untuk mendapatkan bekalan kesemua peralatan sekolah yang diperlukan .

TAJAAN BERUPA :

1)Tajaan Kelengkapan Sekolah : RM150
2)Tajaan Set Pakaian Sekolah: Rm100
3)Tajaan Sepasang Kasut : RM30
4)Tajaan Korporat : RM1500 (minima 10 orang)


Selain dari keperluan persekolahan, pihak RKKTBC juga sangat memerlukan bantuan seperti selipar, lampin pakai buang saiz S – XXL dan juga tikar. 

Jika  rezeki anak-anak ini lebih dan sekiranya kutipan Tabung Back To School mencukupi untuk menampung keperluan 70 orang anak yang bersekolah, baki wang tersebut (jika ada) akan digunakan untuk membantu belanja dapur dan keperluan-keperluan lain pula.


BAGAIMANA CARANYA ??




Kutipan atau tajaan boleh disalurkan terus ke akaun Master Norliza Rusman (CIMB 7602390876  dan notify ke lydzar@gmail.com. Mohon tuan/puan mengisikan GoogleForm ini :http://bit.ly/tabungBackToScoolRAYTBC untuk tujuan rekod kami.


kerjasama dan kprihatinan para dermawan dan budiman semua sangat-sangat saya hargai.  maka, jadikan lagi 50% peluang anda mudah menjemput rezeki dengan membantu anak-anak ini lebih genmbira menyambut musim persekolahan bagi tahun 2015.

'Surah Al-An’am : Ayat 152 – “Dan janganlah kamu hampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik (untuk mengawal dan mengembangkannya, sehingga ia baligh (dewasa, serta layak mengurus hartanya dengan sendiri); dan sempurnakanlah segala sukatan dan timbangan dengan adil”



ATAU ANDA PILIH UNTUK MENDERMA DENGAN CARA INI ???

P/S : setiap pembelian produk shaklee daripada saya sepanjang bulan November ini, 10% daripada keuntungan tersebut turut saya salurkan dana bagi kempen Back to school 2015. 

Dalam pada anda  sibuk menjaga kesihatan dengan pengambilan supplement shaklee, secara tidak lansung anda juga berjaya membantu anak-anak kecil ini. pasti anak-anak kecil ini mendoakan kesihatan dan kesejahteraan anda kembali. 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...