Followers

Monday, November 17, 2014

KERANA DIABETIS. CUCU SANGGUP BUAT APA SAJA DEMI DATUK TERSAYANG.


23 APRIL 2013


assalamualaikum ...
assalamualaikum...
asalamualaikum...

ini dah 3 kali bagi salam. ustaz pesan kalau pergi rumah orang, bagi salam sampai 3 kali tapi masih tuan rumah tak menyahut, baliklah.. maknanya tuan rumah tak berkelapangan terima kedatangan kita. 

ish... tapi tu kalau bertandang rumah orang lain. masalahnya ini rumah atok kot.. mana atok ni.. selalu pagi-pagi macam ni tok bagi ayam makan,   bersihkan halaman rumah atau  belek-belek pokok bonzai kesayangan tok.. 

paling koman pun tok akan  berborak dengan pak leman, sebelah rumah. itu memang rutin tok selepas pencen 2 tahun lepas. 




                                      

tiba-tiba terdengar suara tok dari dalam bertanya "siapa tu  ?"

 "ini liza ni tok.." sambil tersengih-sengih aku menyahut.


sampai di pagar tok ketawa melihat aku. "kenapa tak bagitau nak balik. budak bertuah betul" . aku dipeluk erat sebaik saja selepas mencium tangan tok. 

"tok sihat ?" ...  tanya ku sambil ku cium pipinya lagi sekali. "eh.. tengok oranglah . ini askar pencen tau". seloroh tok... rupa-rupanya tok tertidur pagi tadi. tu yang tak dengar aku bagi salam. tok tidur pagi ???? aish.. macam lain jek ni. tok bukan jenis yang tidur waktu pagi. 


30 APRIL 2013

seminggu berada di kampung, ada perubahan pada tok kali ni. tok nampak kurus berbanding sebelum ni. tulang di dada jelas timbul.. especially bila tok sarung t-shirt pagoda warna putih favourite tok . 

aircond rumah tok sentiasa terpasang. dahlah pasang aircond, kipas  tak tutup pulak tu.. pusing penuh sampai 5. bila tanya, tok bagitau badan dia rasa panas. mak aiii.. aku yang "comel" ala-ala POOH gini pun rasa sejuk sampai ke tulang. tok boleh kata panas. biar betul ????




atas meja pulak sentiasa ada air manis. habis 1 jag air teh, tok suruh aku buat air teh laici pulak. kemudian air sirap pulak... walaweh!!! duduk berdua pun hampir 5 jag air aku buat tau! kau ada ???

lagi satu.. pagi-pagi nampak tok tak aktif macam selalu. pukul 9-11 pagi, tok akan tidur. mengantuk katanya dan nampak tok sangat letih. walhal tiap-tiap malam tok tidur awal. 

dan aku lihat.. betis tok ada bintik-bintik hitam. sebelum ni takde rasanya... sekarang tok selalu mengadu rasa gatal kat bintik-bintik hitam tu. kadang-kadang mengadu rasa kebas di kaki. 



risaukan keadaan tok, aku urut perlahan-lahan kakinya.. sambil mengomel "tulah.. orang dah bagitau ... tok jangan buat kerja-kerja berat". kan mama dah upahkan orang tolong tok bersihkan rumah, masakkan untuk tok . tok degil tau !!"

macam selalu.. tok buat dek jek.. 

tok memang rajin orangnya. tak reti duduk senyap kat rumah. dan tok tak berpantang bila makan. semua pun tok makan.. janji sedap, tok kata. favourite tok fastfood lah.. tok lagi terror tau bila  order kat fast food restaurant berbanding aku yang tenung menu lagi lama daripada mengorder. sebab confuse.. semua pun nampak sedap.




dan, aku mula tak sedap hati bila tengok tapak kaki kanan tok macam luka. nak kata bernanah..macam yea... bila aku cuba bersihkan tok kata tak sakit..

dan paling sedih.. mata tok , rabunnya semakin teruk.... rabun dekat makin teruk, rabun jauh pun sekarang dah makin naik power barangkali. 

haa... korang jangan pandai-pandai  kata tok aku kena buatan orang yea.. mahu pun  kata kena santau. errm.. bolehlah!!!  itu last choice kot kalau doktor kata tok sihat.. tok aku tak apa-apa. masalahnya, doktor pun tok dah lama tok tak nak jumpa. ada sejarah hitam. entah apa yang hitam aku pun tak paham...


 1 MEI 2013

rasa bergegar kepala.. berpusing keliling.. bila doktor sahkan yang atok menghidap kencing manis atau istilah perubatan dipanggil sebagai diabetis. doktor menegur, katanya agak lewat untuk aku bawak tok ke hospital pada masa tu. 

rupa-rupanya perubahan yang aku perasan selama ni merupakan tanda-tanda awal bagi pesakit diabetis. aduh! menyesalnya dalam  hati.. kenapalah aku buat tak tau jek selama ni tanda-tanda tu..

terngiang-ngiang kata doktor. "cik perlu faham bahawa kencing manis ini tidak boleh disembuhkan dan ia merupakan suatu penyakit yang anda terpaksa hidup bersama buat selama-lamanya. Ubat-ubat yang saya bagi tu cuma untuk mengawal keadaan anda sahaja."

tak sangka.. tumpah jugak air mata aku depan doktor muda itu.. rasa nak menjerit kuat-kuat "kenapa doktor tak boleh bagi ubat terbaik pada atok saya ?. kenapa ? kenapa ?"


                                     
 2 MEI 2013

hasil meng google , rupa-rupanya tok  menghidap diabetis jenis kedua, iaitu   NIDDM ( Noninsulin Dependent Diabetes Mellitus).  ada 2 kemungkinan : Ada 2 kemungkinan - samada kekurangan insulin atau insulin kurang aktif.


KENAPA  TOK SELALU LETIH ?

yang aku paham, something wrong about insulin yang dihasilkan oleh pankreas tok. Insulin bertanggungjawab sebagai pengankut glukosa dari aliran darah ke otot2, lemak dan sel jantung, dimana glukosa digunakan untuk menjana jentera sel. 

takde benda lain yang boleh ganti fungsi insulin ni. jadi kalau badan tok kekurangan insulin, tu yang glukosa tak boleh diangkut ke serata badan untuk bagi badan tok bertenaga.

sebab tu tok nampak sentiasa letih. sebab tu tok selalu tertidur waktu pagi. 


KENAPA HUJUNG JARI TOK BERUBAH JADI WARNA HITAM DAN BERNANAH ?

sebab jari-jari kaki merupakan bahagian yang paling jauh daripada jantung, darah yang sampai dekat sana sudah pun kehilangan daya tolakan. Tambahan lagi darah bergula yang pekat. 

Makanan dan oksigen tidak dapat sampai dan sisa toksik tidak dapat diangkut keluar, menjadikan ini keadaan yang 'perfect' untuk pertumbuhan bakteria.

Ini adalah kerana sel darah putih yang bertugas untuk bunuh bakteria tidak dapat sampai ke tempat dijangkit. Musuh jahat bakteria boleh merebak dalam masa sangat singkat..



1 MEI 2014

ya allah..selamatkanlah atuk... tak sangka...cepat betul kuman merebak. kaki kanan tok terpaksa dipotong  1 tahun selepas kali pertama aku bawak tok jumpa doktor. 

luluh hati tengok keadaaan tok.. 





                                  
YA ALLAH..
kaki itulah yang menyokong tok bila dokong aku ke kedai. kaki itulah yang menghantar aku ke sekolah. kadang-kadang kaki itulah yang menggendung aku bila nak petik buah rambutan. 

saat ini hujan lebat tak terkata.. menangis dalam hujan.. supaya atok tak nampak aku menangis.  aku nak atok tabah. jangan sesekali tunjuk sedih depan tok.

aku bertekad nak bantu tok. aku tak nak keadaan jadi semakin teruk. sebab komplikasi lain yang boleh terjadi kepada pesakit diabetis ialah seperti :

a. Hilang Penglihatan 
b. Importancy
c. Gangrene  
d. Infection 
e. SERANGAN JANTUNG / STROKE ( arteriosklerosis) - penyempitan arteri             besar. Risikonya 2 hingga 4 kali ganda. Untuk stroke 2 – 6 kali ganda. 
f. MASALAH NEUROLOGI (Neuropati) – paling lumrah, jejaskan fungsi saraf seperti  rasa terbakar, dan kebas. 
g. Tekanan darah tinggi h. Sakit buah pinggan 


SITUASI DI MALAYSIA
                                        
kisah liza dan atoknya itu hanya salah satu daripada beribu  situasi ahli keluarga bila orang tersayang disahkan menghidap diabetis. dan masa tu sudah agak lewat untuk mendapatkan rawatan daripada doktor. 






di malaysia statistiknya begini.. 5:1.. bayangkan yea... berapa kali situasi di atas berulang dalam setiap keluarga.

berapa ramai yang menangis akibat kehilangan tempat bergantung.
berapa ramai yang air matanya tak berhenti-henti jatuh sebab kehilangan tok tersayang..
atau suami tercinta...
dan derita akibat kehilangan isteri solehah..


BERAT MATA MEMANDANG BERAT LAGI BAHU MEMIKUL

biasanya pesakit diabetis dibekalkan dengan deretan ubat-ubatan yang ada kesan sampingan. kita boleh rujuk di portal rasmi MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia.




selalu dengar dialog macam ni "kenapa bacaan glukosa dalam darah saya masih tinggi walaupun walaupun saya jaga permakanan saya dan sudah habis makan ubat-ubat ?"

kita perlu faham keadaan ini.  kencing manis ini tidak boleh disembuhkan dan ia merupakan suatu penyakit yang anda terpaksa hidup bersama buat selama-lamanya. Ubat-ubat yang  tu cuma untuk mengawal keadaan anda sahaja."

zaman sekarang, tak salah kalau kita cari alternatif bagi membantu pesakit diabetis ni menjalani kehidupan yang lebih baik. oppss... jangan silap yea.. ubat-ubatan doktor masih lagi kena makan. semoga kaedah alternatif ini ada kesan yang lebih baik untuk keluarga kita.  


RANGKAIAN PRODUK SHAKLEE YANG  "MESRA DIABETIS" 



produk shaklee mempunyai rangkaian produk yang membantu dalam proses menjadikan kehidupan pesakit diabetis lebih sihat DAN ceria. 

                                                   ATAU 

jika mereka dah tak terlelan segala jenis pil seperti di atas... mana nak telan udengan ubat - ubat lagi kan..


VIVIX

kita juga boleh memilih untuk  dapatkan mereka VIVIX. vivix ni kita perlu minum saja... 1 hari pun 1 sudu kecik je sukatannya. 





vivix di ekstrak dari anggur muscadine. besar tau size anggur ni. mempunyai kuasa anti-oksida.juga mengandungi Polygonum Cuspidatum- fungsinya adalah memperbaiki sel mati dan meningkatkan penghasilan sel hidup.

Turut terkandung di dalamnya  Resveratrol dan 15 Polifenol adalah 10 kali ganda lebih hebat dari Resvestrol itu sahaja.


RESVERATROL

haaa... Resveratrol di dalam Vivix membantu meningkatkan sensitiviti tubuh terhadap hormon insulin. makanya sensitiviti tubuh terhadap insulin dapat ditingkatkan. 

kan tadi kita dah tau sebelum ni.. pesakit diabetis mempunyai masalah insulin samada kekurangan insulin atau insulin yang kurang aktif. maka di sini kita nampak bagaimana kandungan resveratrol dalam vivix membantu pesakit diabetis.


TESTIMONI VIVIX

meh kita tengok testimoni diabetis dengan vivix shaklee. alhamdulillah.. walaupun vivix ini tidaklah membantu hilangkan diabetis secara total, tapi nampak kan.. bagaimana ia mampu membuat pesakit diabetis rasa lebih gembira. 




CUCU TERDESAK NAK BANTU DATUK

ini mesej whatsapp yang saya terima  daripada seorang cucu yang sayangkan datuknya. tengok.. banyak hati2 yang terguris akibat sakit diabetis ni. 




RESPIND SID :

ini saja alternatif yang sis bole cadangkan  dik... jangan biarkan moment2 manis adik bersama datuk hancur dek kerana diabetis seperti situasi cerita yang sis tulis kat atas sekali tadi... beri yang terbaik ye dik untuk datuk. 

gurau2lah ngan datuk.. kalau keadaan datuk makin baik, baru kita boleh bawak atuk jalan2 makan angin.. bisikkan padanya " buat masa ni atuk kena jaga makan tau !!. liza teringin nak bawak tok jalan2 macam dulu. atuk ingat tak bila kali terakhir kita makana angin sama2 ke  ........." akhir sekali jangan lupa bisik jugak kat telinga atuk "liza sayang atuk"...


apa-apa pertanyaan boleh tanya kak ye dik.. pembaca lain pun sama gak.. boleh je pm2 saya... kita bantu mana yang boleh ok!

contact saya dengan cara berikut :

Azlina
013-7755256
email :azlinahmdn@yahoo.com


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...