Followers

Tuesday, May 29, 2012

PERTANDINGAN KUCING TERCOMEL 2012

25 Mei 2012

bukak 2 jer  facebook , ternampak petzilla post something kat wall dia... ada pertandingan kucing tercomel kat ANEKA , GURUN pada 26 maylah... wah!wah!wah!.. 26 may tu bukan esok ke?... nak masuk ke tak ek? errmm.. cuba jerlah.. bawak anak2 tengah cuti sekolah nie... tapi, yang mana satu pulak nak bawak pulak nie? takde preparation apa pun... ok... tanya Aneka, Gurun dulu nampak gayanya nie. ada kategori apa? barang apa kena bawak ? pendaftaran pukul berapa ?  tidurlah dulu... esok pagi pikir lain.. nak masuk bertanding ke tak....

 pentas pertandingan...

26 Mei 2012

lepas subuh, check FB. yesss...., Aneka , Gurun ada reply soalan semalam. dia kata kategori terbuka. maka , kami decide untuk bawa si orang minyak dan akak si tembam saja... masuk 2 penyertaanlah kiranya nie.. 1 penyertaan kena sertakan 1 resit belian produk PURINA (min RM10). semua pembelian mestilah dari ANEKA, Gurun sahaja...

sampai di Aneka, tepat pukul 2.20 petang, terus kami ke kaunter pendaftaran. tu dia... no giliran kami, No. 1 dan 2. kami orang pertama buat pendaftaran rupa2nya.... 
kena letak namalah pulak sebelum bertanding.. tak pasal2 akak si tembam dapat nams BUBU . BUBU bertanding  atas nama Dik Nan sebagai owner.

"Nini", nama untuk si orang minyak... sungguh2 tak sesuai dengan tuannya...hehehe...  ini pulak Cik Syaza Afiqah sebagai owner.

mula2 nampak macam excited, scratch here.. scratch there....

lepas tu, sampilah juri nak check, mereka boleh tidur pulak... tidur yang amat nyenyak yer..
 
comey kan??

soooooo cute...........

tak nampak kepalalah pulak.. nampak badan dia yang very the gebu gitu!

my fav. colour...

macam BIBI kami...

Ini jiran NINI & BUBU sepanjang hari tu..

like a Queen..

ini sebahagian jer dari kucing2 yang masuk bertanding... ada banyak lagi yang semuanya cute2 dan gorgeous2... ada 2 sesi untuk hari tu. sesi 1, kucing diperiksa dari segi kebersihan/ kesihatan/kecomelan. sesi ke 2  plak. kena buat catwalk pulak kucing2 nie kat mini stage.

Ini sesi catwalk NINI...
nampaknya lama jugak nak tunggu keputusan diumumkan... kami kan calon pertama dan kedua.so, kenalah bagi semua kucing2 tu buat catwalk, barulah keputusan diumumkan.

ini budak sudah boring tak terkata...
dalam pukul 6 macam tu, result sudah mula diumumkan. rasa2nya, takde harapan kami nak menang. kucing lain semuanya gebu2... cage diaorang pun cantik2. kami alas cage pun baru beli masa sampai kat Aneka tadi... dahlah kucing kami yang paling muda.  

MC umum yang dapat saguhati dulu. selepas 6/7 orang/ekor diumum sebegai penerima saguhati, nama kucing kami masih lagi tak disebut. MC pulak kata, sekarang akan diumum tempat ke 3, 2 dan 1. dan last sekali akan disambung semula dengan saguhati... ish... pelik sungguh aturannya kan. 

ish! kalau gitu gayanya macam takde chancelah kami menang .. takkan dapat no. 3/2/1 kot! maka, MC pun umumlah pemenang tempat 3 dan 2. tetiba pulak, MC umum pemenang saguhati terakhir sebelum umum tempat pertama. MC sebut nama NINI. macam familiar jer kan nama tu.. tak sempat toleh kiri kanan, alih2 nampak Syaza naik atas pentas... hehehe.. patutlah rasa familiar.. nama kucing sendiri daa... tulah.. nama Bidan terjun. mana nak ingat... 

sengih sampai ke telingalah Cik Syaza tuu...........

alhamdulillah.. ini satu permulaan yang baik bagi kami yang tak pernah masuk bertanding. dan juga satu pendedahan untuk kami sebelum masuk bertanding lain masa pulak. dan juga, langkah pertama menuju kejayaan yang lebih besar untuk "orang minyak" nampaknya... Eh! NINIlah.. dah tukar nama kan....


NINI (orang minyak)... god job!


NINI (akak si tembam)... kita try next time yer sayang...

sesi berposing dengan piala + hamper.... yuhuuuu........
 
okeh... back to JITRA..... 




2 comments:

  1. memang comey, actually dua2 ekor comey :)

    tahniah !!

    ReplyDelete
  2. tq najib..
    ibu ni tolong layan ke hobi anak2 jer nie.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...