Followers

Saturday, May 5, 2012

LAKSA IKAN SEKOQ VS LAKSA UDANG?


laksa ikan sekoq


hai... kalau berblog tapi tak cerita pasal makanan tak boleh kan? 

mesti nak jugak ada sikit2 pasal makanan gitu!

kami di johor, laksa hanya dimakan di rumah (nak makan kena masak sendiri). begitu konsepnya.. 

tapi , bila duduk di kedah, dari pagi sampai ke malam, kebanyakan kedai makan menawarkan menu LAKSA. 

so, korang nak breakfast LAKSA boleh, nak lunch dengan LAKSA dialu2kan, nak supper LAKSA pun available tau ! perghhh.... dasyat kan??

mai nak habaq... kalau mai kedah, especially area alor setar, sila2kanlah singgah pekena LAKSA IKAN SEKOQ... (macam yang keluar kat KOSMO tuh). 

apa bezanya dengan laksa lain? kelazatannya the bestlah,  serta ditambah seekor ikan untuk satu pinggan. 

setakat minggu lepas, harga masih lagi kekal RM3.00 sepinggan. cubalah.. confirm teringat2... 
gambar di atas kami snap masa laksa nie baru sampai kat meja... 
5 minit kemudian toksah ceritalah... licin... clear...

pssst..... nak bagitau  1 rahsia nie..
kat sini kan..

kalau nak tambah laksa free tau, tapi kalau nak tambah ikan , kena caj lagi RM1. okeylah tu kan...


ERMMMM....apa pulak gambar kat bawah nie kan ?

haa... nak cerita lagi... tengah kami sakan mengorder LAKSA IKAN SEKOQ, ada orang kat kedai tu tanya,nak cuba tak LAKSA UDANG. 

kami tanya, sepinggan berapa? dia kata RM4.. ermm.. beza RM1 je dengan LAKSA IKAN SEKOQ. apa kata kita cuba?? 

hasilnya seperti gambar di bawah... 

SEDAP.... dalam tu adalah udang 4 ekor.. boleh tahan juga besarnya... kuah masih lagi rasa asal kuah laksa, cuma ditambah dengan udang... 

YANG INI PUN  DISYORKAN UNTUK DICUBA...

laksa udang 4 ekoqlah kot namanya!!! hehehe..

selain daripada 2 menu diatas, pelanggan juga boleh cuba rojak buah (BEST TAU!!), cendol biasa + pulut, ABC serta jagung bakar...

pendek kata, dengan RM20, kita 1 family (kalau macam saya 5 orang sefamily), boleh rasa macam2 menu di sini. 

gerenti PUAS HATI. 
gerenti KENYANG..

so, tunggu apa lagi, jom kita serbu
LAKSA IKAN SEKOQ.

bagi mereka yang ada anak-anak yang berselera makan
patut bawak ke sini

harga berpatutan
gerenti puas hati

errmm.. masih ada lagi ke anak-anak yang takde selera makan tak ibu -ibu ?
selepas disogok dengan laksa ikan sekoq pun tak jalan

kita makan sikit punya selera..
dia pakat tengok jek!!

apa kata cuba tengok video ni







--------------------------------------------
Azlina Hamdan
SID 891980
013-7755256
azlinahmdn@yahoo.com


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...