Followers

Friday, May 25, 2012

JANGAN NAK TIPU SAYA LAGI!!!


01X262XXX : boleh bercakap dengan Pn. Azlina? (suara penuh confident)-  
                       pemilik suara (perempuan)


saya          : ya saya....


01X262XXX : saya dari  bank XXX card centre, ingin buat sedikit 
                   pengesahan. kad kredit pn. expired pada XXXX ?


saya          : ya.. (dahi sudah berkerut-kerut)


01X262XXX : pn. masih lagi pakai XXXXXX kad kredit ini ?


saya          : ya.... untuk apa ya pengesahan ni?


01X262XXX : untuk kami poskan VIP card.


saya          : takpe.. takpe.. saya tak berminat...


01X262XXX : tut..tut...tut........


saya           : ish.. ish.. ish..... bersopan santunnya perempuan nie..


JANGAN NAK TIPU SAYA LAGI... ini bukanlah teknik tercanggih pernah digunakan untuk mereka2 yang tak bertanggungjawab ni untuk mengecaj kad kredit pengguna tanpa disedari... dan ini bukanlah kali pertama saya terima call macam nie...

buat makluman pembaca, sekiranya kita tak kata apa2 dan setuju terima VIP card nie, dia akan tanya, no. kad kredit kita, no.  yang ada di belah belakang kad kredit kita, hatta kata laluan kita pun dia akan tanya. katanya semua pemegang  kad kredit  akan "dapat" VIP kad.. PEMBETULAN.. bukan "dapat" percuma.. kita  yang kena bayar.. tu diaaaaa..... bukan RM100-200 tau! paling kurang RM500...

dan pernah juga saya tanya balik pada yang tukang telefon ni. mereka mengaku call dari bank XXXX. selepas saya diminta buat pengesahan , diaorang boleh tanya saya, kad puan nie MASTERCARD @VISA ?  eheheh... kata call dari bank XXX, takkan jenis kad customer  pun nak tanya kat kita  balik  ???  haaa.... kan dah KANTOI....

macamana pulak kalau ada diantara kita yang dah terbagi segala no. yang ada ada pada kad kredit tu ? seelok2nya.. call customer-service bank kad kredit kita, mintak dia block serta-merta kad kita tu.. sebelum mintak block, boleh cuba check dengan pihak bank samada sempat tak transaction yang tak diingini ni dicaj dari akaun kita...( nasihat dari saya yang pernah terbagi segala no. yang diaorang mintak... )

biasanya pihak bank akan tanya kenapa kita nak block kad kita, dan diaorang akan take note aduan kita tu....  and then, bank akan cadangkan kita cancel kad lama dan ambik  kad baru terus , instead of block the card temporarily...  takut2, kalau masih guna kad lama, diaorang akan klon kita punya kad pulak...

the main problem is, who spread our information to them??


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...