Followers

Sunday, July 31, 2011

SAYA, PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA...





rasa2nya, dari umur 7 tahun (masa tu baru tahu apa erti tengok anak bulan) sehinggalah tahun lepas, penyimpan mohor besar raja-raja nie masih orang yang sama. pendek kata, daripada saya masih darjah 1, hinggalah dah beranak 3 nie, ayatnya masih sama, cuma tukar tarikh jer...

namun begitu, keadaan sudah banyak berubah. jika dulu, pengumuman puasa/raya ini ditunggu-tunggu. kalau tak dengar pengumuman nie, macam tak sah rasanya puasa esok hari. kalau terlepas dengar kat radio, tunggu pulak tv... punyalah hebatnya pengumuman nie. lepas tu, semua ahli keluarga berkumpul depan tv. kalau untuk pengumuman raya, kalau malam tu tak nampak anak bulan , semua2 pakat jawab "alaaa...........". pernah ada 1 tahun tu, pada hari tengok anak bulan (tak ingatlah pulak, tapi awal tahun 90-an), suratkhabar utusan siap keluar front page dan tambahan 1 lagi page di dalam, bercerita mengenai pusingan bumi mengelilingi matahari dan semua cerita mengenai planet2. dalam paper tu diceritakan jangkaan bahawa anak bulan tidak akan nampak pada hari tersebut, bermakna , raya akan jatuh pada hari lusanya... dulu2 hanya jangkaan dan keputusannya dinantikan sewaktu pengumuman mohor besar raja2.

tapi, anak2 zaman sekarang, keluar je kalendar setiap awal tahun, tarikh puasa dah tahu dah... mak ayah pun dah boleh plan bila start nak ambik cuti raya. pengumuman seperti di atas, sudah tidak ditunggu-tunggu. tak percaya, cuba tanya anak2 sekolah rendah? diaorang tahu tak pengumuman raya/puasa tu apa? atau pernah tak mereka menunggu beramai2 di depan tv, tunggu apa pernyimpan mohor besar raja2 nak bagitau apa?

2 comments:

  1. Tertarik dengan entri ini. Memang betullah, dulu lain sekarang lain. Seronok betul masa kecil-kecil dulu tunggu pengumuman raya. Sekarang budak-budak dah tak kisah. Tak dengar pengumuman pun, boleh cari maklumat di hujung jari. Namun, keterujaannya tak sama kan!

    ReplyDelete
  2. kak long mawar merah... a'ah kan... keterujaannya dah hilang...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...