Followers

Sunday, May 15, 2011

SELAMAT HARI GURU!!!

hadiah daripada syaza, afiq dan nan untuk cikgu-cikgunya. terima kasih, cikgu...



16 Mei... Selamat Hari Guru....


KENAPA GURU SEKOLAH RENDAH?



ingin sekali rasanya berjumpa dengan guru yang pernah mengajar saya di sekolah rendah. sebab apa cikgu sekolah rendah saja yang disebut? rasanya hampir semua diantara kita lebih teringatkan cikgu sekolah rendah berbanding sekolah menengah. kenapa ye??? sebab cikgu sekolah rendah semuanya baik2, cikgu sekolah rendahlah cikgu pertama yang ajar membaca, cikgu sekolah rendahlah cikgu pertama yang rotan kita. pengalaman pertama disekolah baik yang pahit, mahupun yang manis, semuanya bermula di sekolah rendah. apatah lagi disulam dengan kenaangan manis zaman kanak-kanak. walaubagaimanapun, jasa guru di sekolah menengah tidak dinafikan.




CIKGU SAJA KE YANG LAYAK DIRAIKAN SEMPENA HARI GURU??


dah namanya pun HARI GURU, gurulah yang disambut. pendidik di peringkat lepasan SPM macamana? ohhh.... itu bukan guru. itu mungkin dipanggil sebagai lecturer, en, cik, puan,penyelia dsb... walaupun golongan ini bukan dikategorikan sebagai guru, alangkah manisnya pada HARI GURU ini , golongan mendapat ucap selamat, kad ucapan, sms, email, ataupun kalau nak demand sikit mungkin hadiah daripada pelajar mahupun bekas pelajar. nak lebih ber "ICT" mungkin ucap selamat di laman facebook mahupun twitter.


UCAPAN SAYA



Sempena sambutan hari guru, saya ingin ucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru-guru/pensyarah-pensyarah di :



SK Parit Jamil Spg (4) 1986 - 1990



SRK Sri jamil - 1991



SM Sains Johor - 1992-1994



SM Teknik Kuantan - 1995-1996



Pusat Asasi sains, UM 1997-1998



Fakulti Perakaunan dan Perniagaan, UM 1998- 2001



"JASA KALIAN TETAP DIKENANG"




2 comments:

  1. bagus nya ajar anak begini :) semangat dari kecil harap di bawa ke besar :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...