Followers

Tuesday, May 10, 2011

IKAN MASAK KICAP & SAWI JEPUN GORENG











anak tak selera makan ? nak masak apa ?
biasanya anak2 suka segala jenis makanan berunsurkan kicap kan ?
apa kata kita masakkan ikan masak kicap untuk dioarng.
mesti licin nasi dalam periuk !!!!


sawi jepun masak tumis air


ikan tenggiri masak kicap

Aish... lama beno rasanya tak buat entri baru. kesibukan yang diluar jangkaan, sebaik sahaja habis marking jawapan student, bersambung pulak dengan ke kursus. 

hari ni baru nak buat entri yang tajuk tu, ala-ala keibuan gitu!!! chewah!!!

ikan masak kicap??? jangan buat malulah azlina... 
ikan masak kicap pun nak letak gambar dalam blog kamu ke? 
lauk paling senang selepas masak singgang dan telur goreng.

disebabkan malu jugaklah, gambar nie dah terperap hampir setahun lebih dalam memory kad. 
gara-gara en. suami menegur, katanya " kalau ikan masak kicap pun nak snap gambar, ini sudah lain ceritanya". 
serta-merta terbantut idea nak upload gambar nie.

tapi itu cerita setahun lebih yang lepas. 
hari ini, kerajinan mengatasi rasa malu setahun yang lepas itu. 

akhirnya berjaya jugak letak gambar ikan masak kicap dan sayur sawi goreng yang tak seberapa nie... 
barulah nampak sinonim macam blog ibu2 kan?? nak jugak ke resepinya???
 ok.. check it out...

IKAN MASAK KICAP

1. ikan goreng ( tak kisah ikan jenis apa2 pun, yang dalam gambar ni, ikan tenggiri)
2. bawang merah + bawang putih+ halia+lada hidup+ sedikit garam = ditumis
(kuantiti, pandai2lah agak, tapi ingat : nisbah bawang merah : bawang putih bersamaan dengan 3:1)
3. selepas naik bau bahan ditumis, masukkan ikan goreng.
4. curah kicap manis, balik2kan ikan.
5. curahkan sedikit air asam jawa.
6. sebelum angkat, nak letak tomato pun boleh gak, serta hirisan bawang besar.

SAWI JEPUN TUMIS AIR

1. bawang merah+ bawang putih +lada besar+ ikan bilis + garam = ditumis.
2. selepas naik bau bahan tumisan tadi, masukkan sayur.
3. kalau nak berkuah sayur tu, tuangkan sedikit air.

"APA-APA SAJA JENIS LAUK, KALAU DIMAKAN DENGAN NASI PANAS CONFIRM MENJILAT JARI"

kalau ada anak-anak kecik kat rumah, masakkan je lauk kicap ni..
tak kisahlah kan..
ayam masak kicap..
ikan masak kicap..
sotong masak kicap
semua pun layannnn...

sedap tau!!!

kalau anak takde selera makan jugak selepas buat macam-macam nak buat camne pulak ?

cer bagi meal shakes. macam video kat atas tadi tu..

macamana pulak nak dapatkan meal shakes tu ?

boleh contact saya



Azlina (SID 891980)
013-7755256
azlinahmdn@yahoo.com










2 comments:

  1. sedapnya nampak ikan tu.. macam dah terasa dah kat lidah ni ha..

    ReplyDelete
  2. gara2 gambar diedit, ikan masak kicap pun terasa sedap kan...Ina... menu malam ni ke?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...