Followers

Thursday, February 3, 2011

ADA APA DENGAN KUALA KEDAH?

masa zaman sekolah dulu2, subjek sejarah adalah subjek yang paling tak disukai, hakikatnya melawat tempat bersejarah adalah sesuatu yang berbeza dengan subjek sejarah. seeing is believing...

kuala kedah , selain terkenal dengan kota kuala kedah, juga merupakan sumber mendapatkan ikan dan segala jenis makanan laut dengan harga borong. tak jauh dari kota kuala kedah nie ada satu jeti. ramai orang tunggu nelayan baru balik dari laut kat jeti ni semata-mata nak beli ikan dengan harga yang jauh lebih murah.




anak2 kepenatan menunggu ibu dan ayah membeli ikan. sambil tu membelek kucing yang ada kat situ.


tak sampai 20 minit, jualan makcik nie langsai... tu yang khusyuk sangat mengira duit tu....


ikan penuh satu bekas tu, cuma RM6 jer... murah giler.... jenis ikan tak taulah pulak...

0rang ramai berkerumun melihat ikan yang dijual oleh peniaga sambil berebut-rebut mendapatkan bekalan ikan fresh.


posing lagi.....sementara menunggu bekalan ikan yang lain pulak sampai. kalau lapar, jalan kaki tak sampai 20 langkah dari jeti nie, ada sebuah kedai makan, jual gulai ikan termenung... perggh.... sedap giler... seekor ikan dalam gulai tu RM 1.50 jer... murah kan? gambar gulai ikan termenung??? takde... tak sempat nak tangkap gambar semuanya dah licin...


haaaa... tu diaaa...... ada bot baru sampai... tak sempat bawak naik ke darat dah ada orang booking.. cepat.. cepat... siapa cepat dia dapat.... ish!ish! ish! bukan booking bot tu tau, tapi booking ikan, ketam ngan udang yang ada dalam bot tu!

tak jauh dari jeti nie, boleh gak gi lepak2 kat tepi laut. takde apa yang menarik kat sini, kecuali setiap petang ada banyak mat2 kereta yang pakat tayang sound system kereta masing2 untuk mencari pemenang pertandingan sound system kereta siapa paling canggih kot!



tak jauh dari tepi laut tu jugak, ada kota kuala kedah. kubu zaman perang dulu2... petang2 syok gak makan aiskrim macam depa berdua nie sambil menghadap laut selat melaka... ada gak pengunjung yang memancing kat sini.


pengantin2 baru banyak ambik gambar kat sini sebab pemandangan lawa sangat especially waktu petang... kami pun nak jugak bergambar macam pengantin2 tu...


bergambar lagi....



cantik kan?? so, sape2 yang berminat nak datang, kota kuala kedah ni hanya dibuka sampai pukul 7.00 malam sahaja. tepat pukul 7.00 malam, pak guard akan tiup wisel suruh semua pengunjung keluar. mereka nak tutup pintu pagarlah pulak...

5 comments:

  1. lama tak pi kola kedah..dok balik alor setar tak dan singgah pun...

    ReplyDelete
  2. khairil... the best part about kuala kedah is "GULAI IKAN TERMENUNG". seekor hanya rm1.50 jer...

    ReplyDelete
  3. ada mcm2 di kedah. saya orang kedah jugak. org aloq setaq ja. =)

    http://myartcrafting.blogspot.com/2014/02/mac-giveaway.html

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...