Followers

Friday, January 14, 2011

SOYA 1000 KHASIAT

Inilah rupa pokok kacang soya.


Ini kacang soya sebelum diproses.


Selepas diproses menjadi susu kacang soya, ada yang ditinkan.


Jual dalam cawan ada jugak


Ada juga yang dibotolkan.

Pilihan untuk penggemar yang gemarkan dalam bentuk kotak pun ada pelbagai pilihan.

Tidak kira apa jua bentuknya, banyak khasiat yang ada di dalamnya.

1) Ia merupakan pembekal protein yang lebih murah berbanding dengan ikan, ayam dan telur. apatah lagi diwaktu harga ayam pun mahal, ikan lagilah mahal, telur pun sebiji dah RM0.36, maka air soya adalah pilihan paling tepat...untuk vegetarian, soya penting sebagai pengganti protein di dalam menu harian mereka.

2) bagi baby yang allergic dengan susu lembu, boleh digantikan dengan minum susu berasaskan soya.

3) boleh mengurangkan risiko terkena penyakit jantung jantung dan juga kanser.

4) mempunyai kadar lemak yang rendah

itu hanya sebahagian daripada khasiat air kacang soya. kacang soya mula diproses untuk dijadikan minuman dan idea ini mula timbul dari negara China. di sesetengah negara Asia, minuman ini merupakan satu kebiasaan dan ada juga diantara mereka yang menjadikan air soya sebagai minuman yang wajib ada dalam menu harian mereka.

ermm... kita pulak bila lagi nak bertukar ke minuman yang penuh khasiat nie... mudah nak dapatkan di mana-mana. kalau nak proses sendiri pun boleh di rumah.
untuk mempelbagaikan lagi pilihan, terdapat inovasi dalam trend meminum air soya. ada sesetengah penggemar yang suka mencampurkan air soya dan cincau, ada juga air soya yang menggunakan air gula berperisa pandan, sirap, serta menggunakan gula kelapa. errmm.... memang sedap....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...