Followers

Monday, January 24, 2011

SEMAKIN MAJUKAH KITA...?










Zaman berubah... semakin maju... tetapi tak bermakna semakin baik keadaan kehidupan.
Bayangkan.. zaman semakin maju, tetapi kita ragu-ragu untuk berjalan seorang diri ke mana-mana . hatta ke pusat membeli belah yang ramai pengunjung sekali pun. bolehkah dipanggil itu sebagai satu kemajuan..

jika dulu anak-anak perempuan bebas pergi balik ke sekolah sendiri, tetapi kini "mesti" berjemput. semua ibubapa risaukan keselamatan anak perempuan. dulu, di dalam kawasan sekolah dikira tempat paling selamat untuk anak-anak. tetapi kini tidak lagi. kalau tak masakan keluar dalam suratkhabar hari ni, tajuk "meja melayang hempap kepala". walaubagaimanapun kredibilti guru sebagai pendidik anak bangsa jangan sekali-kali diragukan. terima kasih kepada bekas cikgu-cikgu saya di Sek.Keb. Spg (4), Pt. Jamil,. Muar, Johor... (sekolah pertama yang mengajar saya dari tidak tahu membaca kepada tahu membaca dengan lancar malah lebih dari itu).

sekadar ingin berkongsi pesanan dari ibu untuk saya kepada cucu-cucunya. sebelum melepaskan anak- anak ke sekolah, bacakan Ayat Kursi serta surah alam nasyrah. semoga anak-anak selamat menimba ilmu di sekolah serta mendapat lebih keberkatan. insyaallah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...