Followers

Monday, January 17, 2011

BILA GAS MEMASAK ASYIK-ASYIK HABIS...


dulu-dulu, sebiji tong gas bersaiz kecil di rumah kami bertahan sampai 3 bulan. tapi semenjak 2 bulan yang lepas jangka hayatnya semakin singkat. dahlah harga gas makin naik, cepat pulak habisnya... kini hanya bertahan selama 1 bulan jer... heran betul... adakah kerana faktor2 berikut :


1) kekerapan memasak yang terlampau berbanding sebelum ini ( yang ini memag mustahil, rasa2nya kekerapan memasak makin mengecil peratusnya berbanding dulu2..apatah lagi bahan mentah yang semakin mahal sekarang nie, dengan harga sekilo bawang besar mampu mencecah sehingga RM5)


2) tiub getah bocor (ini paling bahaya.. mesti segera diperiksa... tapi setakat ni takde pulak bau gas yang kuat apabila di dapur)


3) pengusaha gas memang isi kurang kandungan gas tersebut.. ini diakui sendiri oleh pemilik kedai. katanya mereka dapat tong gas yang sudah berisi, mereka tolong jualkan saja...


bengang betul... jika ini masih berlarutan kepada siapa mahu diadukan? kepada tribunal pengguna mungkin boleh kot... sejak itu, kami menggunakan kepakaran mengagak isi kandungan gas dengan mengangkat tong gas sebelum membelinya... jika memenuhi piawaian 'agakan' kami, barulah tong gas tersebut di bayar.....dengan syarat agakan kami itu tepat atau pun hampir2 tepat.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...